Ubi Rebus bersama Sambal Tumis Ikan Bilis

3:52 PM

Apa yang saya  rasa ketika ini.

Lapar. Sedangkan pukul 1 lebih tadi sudah makan nasi berlaukkan tomyam ayam dan sayur-sayuran. Malas hendak berlama-lama di dapur kerana mood masak tiada sangat hari ini. Semalam, tertunai juadah yang saya idamkan. Hehe. Ubi rebus cicah sambal tumis ikan bilis. Handmade. Sengaja saya masak sambal lebih. Hajat hati ingin difrozenkan supaya saya dapat buat nasi lemak. Saya masukkan dalam 3 bekas dan frozenkan. Esok-esok kalau nak buat just defrost dan panaskan.

Terima kasih buat suami kerana susah payah mencari ubi kayu untuk saya. Maaf la abang. Teringin tak hengat. Dapat rasa sikit pun jadi lah. Jangan tak tahu, bukan sikit, tapi banyak juga yang saya ngappp. 
  
 

Pagi tadi sempat juga menanak nasi lemak untuk bekalan suami dan anak-anak ke sekolah. Dah lama juga tak buat nasi lemak sendiri. Asyik beli aje. Sedap punya pasal tak sempat lah nak snap bagai. 

Sedih dengar cerita Nurin bila dia cuma sempat makan nasi lemaknya 4 sudu. Selebihnya kawan-kawannya makan sampai habis. Aduhai.. nasib baik mama ada tinggalkan sepinggan nasi sebab mama tak larat nak habiskan semua. Balik sekolah tu,terus dia makan. Siap menjilat jari. Habis sepinggan nasi. Alhamdulillah. Nasi dan lauk tengahari pula mama bekalkan untuk dimakan di sekolah agama.

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments