November 2014 - CIK MIL MILA

Sunday, November 30, 2014

Annual Concert and Annual Awards Tadika Restu 2014
8:32 AM0 Comments
Unbelievable but she did it again! Nurin Alya Fatihah berjaya merangkul anugerah Excellent Student for Year 2014. Rasa nak hug dia masa event tu tapi sebab dia sibuk menjadi Mistress of Ceremony. Anyway, I feel bad sebab underestimate dia yang bijak ini. Sorry girl. I love you...

Curi-curi snap!

Bersama owner of the tadika Restu, Puan Sapiah
Best Student 2014
Mistresses of Ceremony

MC

Tahun lepas Kakak Nurin dapat award yang sama, both of them dapat nombor satu. This year giliran Alya pula. Alhamdulillah. Syukur kepada Illahi. Semoga kecemerlangan ini berkekalan sampai bila-bila. Menjadi anak-anak yang solehah, selamat dunia akhirat.

Big gal!


I am amazed bila tengok persembahan anak-anak tadika ini. Sangat berbakat. Lebih hebat koreografer mereka iaitu cikgu-cikgu Tadika Restu. Hats off to the teachers. Congratulations!

Photo Credit: FB Teacher Ida

We will miss Tadika Restu surrounding. Sapa-sapa yang duduk berdekatan Taman Putra Perdana ni, digalakkan anda mendaftar tadika anak-anak di sini. In shaa Allah, berbaloi-baloi. They can read in 2-3 weeks time! Even the parents were thought how to train the kids at home.

Ada 24 persembahan oleh kanak-kanak dari 2 buah Tadika Restu ini. Alya menyertai 3 persembahan. Antaranya:

Malay Traditional Dance: Joget Senyum Memikat

Story Telling: Si Ayah Katak yang Sombong




English Dance: Bara-Bara Bere-Bere

Semoga anak-anak kita meneruskan kecemerlangan di dunia dan akhirat!

Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Wednesday, November 19, 2014

Sakit!
4:36 PM 2 Comments
Tadi saya dengar IKIM FM bersama Prof. Dr.Abdul Latiff Mohamad, Dekan CUCMS. Tajuknya "Halalkah Ubat Anda?- Kesan Memilih Produk Farmaseutikal Secara Tidak Berhemah". Seronok dan sangat bermanfaat mendengarnya. Rasa menusuk jiwa raga sebab terkena betul-betul ke batang hidung sendiri.

Pendekatan Prof ni lebih kepada holistik. Kenapa kita sakit? Tak tahu macamana nak explain sebab tak boleh nak note down kerana saya tengah drive tadi. Yang saya faham, sakit itu adalah anugerah dari Allah, penawarnya juga ialah dari Allah.

Ada terselit sedikit cerita, dari Ibnu Abbas tentang seorang wanita yang sakit epilepsi datang bertemu Rasulullah mohon Rasulullah mendoakan kesembuhan untuknya kerana apabila sakit epilepsi itu datang menyerang, maka auratnya akan terdedah. Maka Nabi Muhammad (SAW) berkata, ‘Jika engkau mahu, engkau bersabar dan bagimu syurga, dan jika engkau mahu, aku akan mendoakanmu agar Allah Menyembuhkanmu.’

Wanita itu menjawab, ‘Aku pilih bersabar.’ Lalu ia berkata lagi, ‘Tatkala penyakit epilepsi itu menyerangku, auratku akan terbuka, maka doakanlah agar auratku tidak terdedah.’
Maka Nabi pun mendoakannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)



Sebenarnya sakit itu adalah laluan mudah untuk kita meraih keampunan Allah, dengan syarat kita bersabar. Mudahnya berkata sabar, tapi untuk melaksanakannya sangat sukar. Semoga saya tetap istiqamah bersabar. Tidak mengeluh dan tetap taat mengabdikan diri kepada yang Esa.

Dan lagi, apa yang saya faham, bila kita ditimpa sakit hendaklah kita redha dan sabar. Tetap beramal soleh dan berusaha untuk sembuh mengikut syariat. Janganlah kerana terlalu mahukan sembuh sehingga kita sanggup mensyirikkan Allah, mengambil ubat-ubatan yang haram dan terlarang. Sedangkan ketika kita sakit, kita sedang dalam proses untuk mendekatkan diri kepada Allah. Untuk sembuh memerlukan proses. Jangan tergopoh gapah mencari ubat magik, sakit hari ini sembuh keesokkan harinya. Sedangkan sakit itu datang pun memakan masa.

Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Reading Time:

Tuesday, November 18, 2014

Birthday Party: Frozen Theme
12:25 AM0 Comments
Ini bukan birthday party anak-anak saya yer. Tak mampu lah kami nak buat begini. Selalunya birthday party anak-anak (Read: more to doa selamat keluarga aje) secara kecil-kecilan untuk keluarga terdekat.

Ini party class mate Nurin, kembar Natasha & Alayna dengan adik bongsu mereka Dinara. Tiga orang birthday girls!. Kebetulan saya dan nenda mereka sering bertemu sewaktu mengambil Nurin pulang dari sekolah. Kagum dengan kesungguhan mommy mereka. Rasanya sudah dirancang sejak 4 @ 5 bulan lepas lagi. Kalau saya tak silap!

Inilah birthday girls nya... Beautiful!

M



Candy buffet Frozen



Our favourite. Its kambing bakar!


Some of the candy buffet items








Save for the kids yang sibuk dengan magic show and games


MB pun sibuk!!!


 Tumpang sekaki

Magic show




Its Olaf!


This is what we brought back to our house. Dah macam mini Frozen party pulak




Thank you for inviting us Soosan, Datin and family! We had fun and the food was awesome!




Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Monday, November 17, 2014

Supplement yang Sesuai untuk Hepatitis B
11:47 PM1 Comments
Saya banyak mendapat soalan ini dari teman-teman seperjuangan bisnes, bakal pelanggan dan juga pembaca blog saya. Terima kasih kerana sudi singgah dan baca. Terima kasih juga kerana percayakan saya untuk memberi panduan kepada anda yang berkenaan. Selagi saya mampu berkongsi, akan saya kongsikan. Tidak luak ilmu saya kalau saya berkongsi dengan anda semua. Sedangkan berkongsi ilmu itu amat dituntut sebagai amalan jariah.

Sebelum disahkan mempunyai virus hepatitis B, saya memang sudah mengamalkan supplement Shaklee. Kurang lebih setahun. Memang sebelum mengamalkan vitamin-vitamin ini saya mudah letih, lesu, kerap demam dan selalu tidak bermaya. HR di tempat kerja kata saya MC Queen! Saya mengambil vitamin untuk lebih bertenaga dan sihat. Alhamdulillah, banyak bezanya. Lebih sihat, bertenaga dan bersemangat!

Apabila saya mengetahui saya mempunyai virus ini, saya mula gusar dan ligat memikirkan apakah yang patut saya lakukan supaya saya kekal sihat dan cergas seperti biasa. Setelah mendapat konsultasi dari Dr Sara dan juga upline-upline Shaklee saya, saya memutuskan untuk meneruskan pengambilan vitamin-vitamin Shaklee yang selalu diambil ditambahkan dengan dua vitamin penting ini iaitu NutriFeron dan Vivix.

Vitamin Shaklee Yang Sesuai Untuk Hepatitis B yang saya amalkan

1. Vita-Lea
2. B Complex
3. Sustained Released Vita-C Plus
4. Ostematrix
5. ESP
6. Omega Guard
7. NutriFeron
8. Vivix
9. Performance Drink (sekali sekala)

Sebenarnya tidak ada rawatan khusus untuk merawat jangkitan ini. Yang penting cuma kita perlu kuatkan antibodi kita supaya kita tidak mudah mendapat simptom-simptom.

Sukar untuk menyingkirkan virus hepatitis B ini sepenuhnya, yang penting kita berusaha untuk sihat dan hidup seperti orang lain.

Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Sunday, November 16, 2014

Temujanji HKL: Hepatitis B dan Kehamilan
9:24 PM0 Comments
Temujanji saya dengan Dr Sara dijadualkan jam 11:30 pagi. Biliknya sudah berpindah ke tempat yang lebih besar. Kawasan menunggunya berhawa dingin, sofa yang selesa dan tidak sesak dengan orang ramai. Syukurlah berbanding dulu yang sangat-sangat sesak. Walaupun perlu menunggu, tapi dengan suasana seperti ini saya lebih relaks dan tenang.

Kadangkala saya terpaksa bangun kerana terlalu penat duduk. Maklum orang berbadan dua seperti saya. Masa dihabiskan dengan berborak dengan pesakit-pesakit lain. Berbincang tentang penyakit yang dihadapi dan isu-isu semasa. Percaya atau tidak, bila saya berada di hospital, saya rasa sangat-sangat bersyukur. Walaupun banyak masalah kesihatan, tapi ianya tidaklah seteruk yang disangka. Buka mata dan hati dengan luas, ramai lagi yang tidak bernasib baik. Allah lebih tahu yang terbaik buat hambaNya.

Walaupun appointment pukul 11.30 pagi, nama saya dipanggil sekitar pukul 1:30 ptg. Lebih 2 jam menunggu. Tak mengapa jika itu yang terbaik untuk saya. Bila dipanggil berdebar-debar sangat. Walaupun hampir setahun saya gagal temujanji, tapi itu tak bermakna Dr Sara tidak mengingati saya. Oh! dia dah hafal kes pesakit dia!

Banyak yang kami berbincang tentang kehamilan dan hepatitis B. Raut wajah Dr Sara tenang tapi penuh makna. Dia faham situasi saya. Katanya dia memahami keadaan ibu mengandung macam saya. Mudah stress dan bad health history. Ketika hamil, antibodi ibu menjadi sangat rendah. Mudah sangat dijangkiti demam, sakit gigi, lenguh-lenguh badan apatah lagi jika mengalami tekanan perasaan.

Sumber: Carian Google


Sebenarnya saya tak adalah fikir sangat tentang Hepatitis B. Saya fikir positif saja. Kalau pun saya boleh menjangkiti bayi dalam kandungan, semuanya itu sudah ditakdirkan. Saya hanya mampu berdoa dan berusaha selebihnya saya berserah. Ketentuan Allah itulah yang terbaik. Saya hanyalah hamba selayaknya diuji.

Menurut Dr Sara, dalam kes saya, peratus jangkitan kepada bayi dalam kandungan adalah 33%. Jika bayi saya punya antibodi yang kuat, dia boleh melawan dengan sendirinya. Banyak faktor yang perlu diambil kira. Sememangnya saya perlu berfikiran positif ketika hamil. Makan makanan yang berkhasiat, teruskan pengambilan supplement untuk ibu hamil dan juga ambil makanan yang baik untuk kuatkan antibodi. Ketika lahir bayi perlu diberi suntikan immunoglobin. Apapun semuanya ketentuan Allah. Saya redha. Mohon doa semua semua saya kuat dan tabah melalui dugaan ini.

Ada juga makanan yang perlu dikurangkan atau dielakkan. Antaranya kerang-kerangan juga makanan berproses dan herba-herba kerana ia membebankan fungsi hati.

Untuk lebih memahami isu ini saya jemput anda semua baca artikel hebat ini http://e-kesihatanmalaysia.blogspot.com/2012/01/hepatitis-b-dan-kehamilan.html

Seperti biasa selepas seisi konsultasi saya ke jabatan patologi untuk mengambil darah. Jika wireload tinggi saya disarankan membuat rawatan dengan pengambilan ubat. Itupun jika saya setuju dan sanggup menerima kesan sampingan. Temujanji seterusnya ialah pada 27hb November, 2014.


Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Thursday, November 13, 2014

Eksperimen Berani Mati
5:06 PM0 Comments
Lama tak update blog. Tak dapat nak buat sebab lately ting tong sikit. Ting tong tu apa agaknya? Fikir lah sendiri .
Sumber: Google
Ibu hamil ini sedang merasai simptom-simptom kehamilan yang agak kronik. Itu pada pandangan saya lah. Sebab berbeza berbanding minggu lepas dan sebelum itu. Rasa sakit kaki, pening lalat, letih lesu. Nak tahu kenapa ? Sebab saya skip vitamin dah seminggu ni. Nak tengok apa jadi kalau saya tak makan vitamin. Pengambilan makanan harian saya seperti biasa tak cukup nutrien seperti yang disarankan. Walaupun begitu Ostematrix tidaklah dapat saya tinggalkan sebab kaki yang lenguh-lenguh sangat menyukarkan tugas harian. Bila makan tu rasa lega. Cuma lemau lemau tetap ada kerana tak cukup nutrisi . ESP pun tak boleh tinggal sebab sarapan saya tak sempurna tanpanya . Berani saya ambil risiko kan??? Walaupun nampak macam kerja gila tapi saya rasa inilah motivasi terbaik untuk saya konsisten dengan makan vitamin ikut jadual.

Kronik juga bila check up tadi. Hb saya sejak hamil yang ketiga tak pernah bawah 11. Hari ini cuma 10.6. Merah!!! Haaa... patutlah lemau lemau. Pening lalat. Letih lesu. Anda jangan berani nak skip multivitamin , b complex , omega dan vitamin C tau!! Ngeri sangat. Berbeza keadaannya.

Check up kali ni, saya dipertemukan dengan dietition iaitu pakar pemakanan. Dia terangkan tentang nutrisi penting untuk ibu mengandung, termasuk vitamin dan  makanan tambahan yang perlu diambil. Saya sangat beruntung kerana diberi peluang ini. Tak semua ada peluang ini. Hanya yang terpilih. Yang terpilih tu bukanlah yang terbaik, tetapi yang menghadapi masalah. Huwaaaa...
Nanti saya ceritakan serba lengkap tentang pemakanan untuk ibu hamil yang ada masalah GDM. Sehingga itu, tunggu...
Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Reading Time:

Wednesday, November 5, 2014

Sakit Kepala Ketika Hamil
5:00 PM0 Comments
Seboleh-bolehnya saya akan cuba mengelakkan makan sebarang ubat. Malah sejak ber'Shaklee saya memang hanya makan vitamin Shaklee jika saya sakit kepala. 

Sumber: Google
 Jika sakit kepala, atau pening-pening atau rasa sakit-sakit badan, saya akan makan vitamin B Complex. Bila tiba sakit kepala mencucuk-cucuk, saya makan 2 biji B Complex sekaligus dan air yang banyak. Kurang sejam dari itu biasanya sakit kepala akan lega. Sambil itu banyakkan rehat. Duduk atau baring sambil istighfar banyak-banyak. Sakit kan penghapus dosa.

Bagaimana B Complex membantu mengurangkan sakit kepala? B Complex vitamin yang sangat baik untuk saraf. Jika saraf kita mendapat nutrien secukupnya, maka dia mengurangkan risiko sakit kepala. Jika sakit kepala makan lah B Complex secukupnya. Ia boleh diambil banyak kerana vitamin ini larut air, jadi tiada isu overdos.

Tak perlu sapu minyak kapak atau minyak angin apatah lagi ubat-ubatan paracetamol! Sayangi diri, sayangi anak dalam kandungan.

Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Sambal Ikan Bilis dengan Petai
4:52 PM0 Comments
Asyik-asyik soal menu dan makan kan? Haha.. yang sebenarnya saya nak update blog hari-hari sekurang-kurangnya 3x. Tapi idea tak berapa nak ada, dan kalau ada pun lambat sangat nak draf. Jadi, draf paling senang ialah tentang cerita hari ini. Biasanya tentang menu hari itu ataupun tentang anak-anak. 
Biasanya saya kehabisan idea untuk memasak. Oleh kerana itu, saya perlu tanya warga isi rumah nak makan apa. Suami saya seperti biasa tak kisah apa jua menu saya. Cuma adakala dia bagi idea. Sasaran seterusnya ialah anak-anak. Hari ini Nurin mahu makan sambal ikan bilis dengan petai serta sayur bayam masak air. Orang jawa kata masak bening! 
Ini dia rupa sambal ikan bilis dengan petai saya. Nak resepi ker? Ala..sama je macam sambal-sambal lain.
 
Sambal Ikan Bilis dengan Petai
Bahan-bahan

Cili kering yang diblender-semangkuk
Bawang besar sebiji - blend halus
Bawang putih 5 biji - blend halus
Ikan bilis semangkuk -rendam dan basuh bersih
Petai 3 papan-saya belah 4 sebab besar
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara
Panaskan minyak. Tumis bahan yang diblend (bawang besar, bawang putih dan cili kering) hingga garing atau pecah minyak. Gunakan api sederhana. Bila dah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kacau. Bila agak-agak dah kering sedikit, masukkan ikan bilis dan petai. Kemudian perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Siap!

Semangat Nurin makan. Risau pula mulut dia berbau petai. Penat pesan supaya gosok gigi bersih-bersih hingga hilang bau petai tu.

Alhamdulillah.

Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Tuesday, November 4, 2014

Temujanji di HKL: Doakan Saya
9:06 PM0 Comments
Dua hari ini rasa berdebar-debar lebih hebat dari biasa. Saya menerima panggilan dari HKL untuk bring forward appointment yang sepatutnya dijadualkan pada 20 November kepada 6 November, 2014. Seperti mengerti perasaan mama, anak dalam kandungan saya yang saya namakan Sufi (yang masih belum diketahui jantinanya) sangat aktif. Seronok berdebar bercampur-campur.

Mengapa saya jadi resah? Sedangkan selama ini saya sudah pun redha dan menerima segala kemungkinan? Pesan pada diri, banyak-banyak istighfar dan fikir yang baik-baik saja. Semoga yang ditakdirkan adalah yang baik-baik sahaja. Meminjam kata-kata ilmuan Ustaz Pahrol.

What you get is what you see – apa yang kita dapat, bergantung kepada apa yang dilihat. Dan tidak ada penglihatan yang paling tepat dan jelas melainkan dirujuk kepada pandangan Allah.


Appointment ini sebenarnya sudah dinanti-nantikan sejak mengetahui saya mengandung anak ketiga. Begitu sukar untuk membuat temujanji memandangkan klinik pakar gastro mempunyai ramai pesakit dan salah saya sebab gagal temujanji sejak Jan 2014. Salah saya! Perkara sudah pun berlalu. Untuk apa disesali, teruskan kehidupan seperti biasa.

Oleh kerana tarikh temujanji jatuh pada hari persekolahan, dan anakanda Nurin akan menjalani peperiksaan matapelajaran Jawi di Sekolah Rendah Agama pada waktu petang saya terpaksa mengheret suami untuk mengambil alih tugas saya pada tengahari itu. Untuk menukar tarikh agak mustahil kerana bukan mudah mendapat appointment dengan doktor pakar. Pertemuan ini untuk mendapatkan nasihat tentang virus hepatitis B dan kaitannya dengan saya dan bayi dalam kandungan. Mungkin ada boleh baca kisah sebelum ini di SINI

Doakan saya yang baik-baik sahaja ye.

Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Reading Time:

Monday, November 3, 2014

Makanan Wajib Ibu Hamil: Makanan yang Kaya dengan Omega-3
4:57 PM1 Comments
Mengapa omega-3 dikatakan sangat penting untuk ibu hamil dan anak-anak seawal usia kelahiran? Mengikut pembacaan saya, jika ibu hamil mengamalkan omega-3 asid lemak asid docosahexaenoic (DHA) yang banyak sepanjang kehamilannya, bayi yang dilahirkan iaitu dalam tempoh enam bulan pertama boleh menjangkaui dua bulan lebih awal berbanding ibu hamil yang mempunyai tahap DHA yang rendah. Penting juga untuk antibodi bayi sejak dalam alam rahim lagi.

Bermaksud, perkembangan bayi itu lebih cepat atau lebih awal dua bulan dari bayi yang normal. Jika sepatutnya bayi sudah merangkak sekitar usia 5 bulan, bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai tahap DHA yang tinggi sudah boleh merangkak sekitar usia 3 bulan. Faham tak? Hihi... kalau tak faham bolehlah baca kat link ini ya

http://www.webmd.com/baby/news/20040716/pregnant-omega-3-essential-for-babys-brain

Ini menunjukkan betapa pentingnya ibu hamil mengambil makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 untuk perkembangan dan kecerdasan otak bayi dalam kandungan.

DHA sangat penting untuk perkembangan otak, yang mana ianya terkumpul dalam dua tahun pertama kehidupan seseorang. Berbanding dengan organ yang lain, otak dan sistem saraf mengandungi tahap DHA yang paling banyak.

Kajian menunjukkan bahawa wanita memerlukan kira-kira 250 mg DHA setiap hari semasa mengandung, tetapi sangat sedikit yang memenuhi kriteria ini. Diakui, untuk mendapatkan DHA daripada sumber makanan menjadi masalah besar bagi wanita hamil. FDA mengesyorkan makan sehingga 12 ounces bersamaan dengan 340 gram seminggu ( purata dari 2 kali makan) dari pelbagai jenis ikan dan kerang-kerangan yang rendah merkuri, seperti udang, tuna , salmon, dan ikan keli. Masalahnya pula, kebanyakan makanan laut ini terdedah kepada pencemaran (tinggi merkuri dan toksik) yang boleh menyebabkan kanser. 


Sumber: Google


Opsss!!! Jangan risau ibu-ibu!

Shaklee telah menghasilkan OmegaGuard. Shaklee OmegaGuard™ ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard™ membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA. Untuk ibu hamil disarankan mengambil satu pertiga sajian sahaja. Lebih dari cukup!

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Ia diekstrak dari ikan laut sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukanlah dari hati minyak ikan. 3x lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

DAN.... bulan ini adalah waktu yang paling sesuai untuk menikmati khasiat terunggul. MENGAPA??
Sebab Shaklee telah menawarkan promosi beli 6 botol OmegaGuard™, percuma sebotol OmegaGuard™ atau beli 2 botol dan mendapat 5% diskaun! Hanya bulan November 2014!!






Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time: