Temujanji HKL: Hepatitis B dan Kehamilan - CIK MIL MILA

Sunday, November 16, 2014

Temujanji HKL: Hepatitis B dan Kehamilan

Temujanji saya dengan Dr Sara dijadualkan jam 11:30 pagi. Biliknya sudah berpindah ke tempat yang lebih besar. Kawasan menunggunya berhawa dingin, sofa yang selesa dan tidak sesak dengan orang ramai. Syukurlah berbanding dulu yang sangat-sangat sesak. Walaupun perlu menunggu, tapi dengan suasana seperti ini saya lebih relaks dan tenang.

Kadangkala saya terpaksa bangun kerana terlalu penat duduk. Maklum orang berbadan dua seperti saya. Masa dihabiskan dengan berborak dengan pesakit-pesakit lain. Berbincang tentang penyakit yang dihadapi dan isu-isu semasa. Percaya atau tidak, bila saya berada di hospital, saya rasa sangat-sangat bersyukur. Walaupun banyak masalah kesihatan, tapi ianya tidaklah seteruk yang disangka. Buka mata dan hati dengan luas, ramai lagi yang tidak bernasib baik. Allah lebih tahu yang terbaik buat hambaNya.

Walaupun appointment pukul 11.30 pagi, nama saya dipanggil sekitar pukul 1:30 ptg. Lebih 2 jam menunggu. Tak mengapa jika itu yang terbaik untuk saya. Bila dipanggil berdebar-debar sangat. Walaupun hampir setahun saya gagal temujanji, tapi itu tak bermakna Dr Sara tidak mengingati saya. Oh! dia dah hafal kes pesakit dia!

Banyak yang kami berbincang tentang kehamilan dan hepatitis B. Raut wajah Dr Sara tenang tapi penuh makna. Dia faham situasi saya. Katanya dia memahami keadaan ibu mengandung macam saya. Mudah stress dan bad health history. Ketika hamil, antibodi ibu menjadi sangat rendah. Mudah sangat dijangkiti demam, sakit gigi, lenguh-lenguh badan apatah lagi jika mengalami tekanan perasaan.

Sumber: Carian Google


Sebenarnya saya tak adalah fikir sangat tentang Hepatitis B. Saya fikir positif saja. Kalau pun saya boleh menjangkiti bayi dalam kandungan, semuanya itu sudah ditakdirkan. Saya hanya mampu berdoa dan berusaha selebihnya saya berserah. Ketentuan Allah itulah yang terbaik. Saya hanyalah hamba selayaknya diuji.

Menurut Dr Sara, dalam kes saya, peratus jangkitan kepada bayi dalam kandungan adalah 33%. Jika bayi saya punya antibodi yang kuat, dia boleh melawan dengan sendirinya. Banyak faktor yang perlu diambil kira. Sememangnya saya perlu berfikiran positif ketika hamil. Makan makanan yang berkhasiat, teruskan pengambilan supplement untuk ibu hamil dan juga ambil makanan yang baik untuk kuatkan antibodi. Ketika lahir bayi perlu diberi suntikan immunoglobin. Apapun semuanya ketentuan Allah. Saya redha. Mohon doa semua semua saya kuat dan tabah melalui dugaan ini.

Ada juga makanan yang perlu dikurangkan atau dielakkan. Antaranya kerang-kerangan juga makanan berproses dan herba-herba kerana ia membebankan fungsi hati.

Untuk lebih memahami isu ini saya jemput anda semua baca artikel hebat ini http://e-kesihatanmalaysia.blogspot.com/2012/01/hepatitis-b-dan-kehamilan.html

Seperti biasa selepas seisi konsultasi saya ke jabatan patologi untuk mengambil darah. Jika wireload tinggi saya disarankan membuat rawatan dengan pengambilan ubat. Itupun jika saya setuju dan sanggup menerima kesan sampingan. Temujanji seterusnya ialah pada 27hb November, 2014.


Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: