Bila Ibu Mengandung Mula Menyangkul aka Gardening: Part 2 - CIK MIL MILA

Friday, December 5, 2014

Bila Ibu Mengandung Mula Menyangkul aka Gardening: Part 2

Bahagian depan rumah memang semak sebenarnya. Lupa pula nak ambil sebelum aktiviti penebasan. Heheh. Saya bertanggungjawab mencantas dahan-dahan pokok yang kecil-kecil. Bab-bab menogelkan pokok memang favourite saya. Jom tengok apa yang saya dah buat dengan pokok mulberry, pokok limau purut, pokok buah ajaib (ni encik suami bagitahu) dan anggur (sikit-sikit je).

Pokok Ajaib (tak tahulah apa yang ajaibnya)

Pokok Limau Purut

Pokok Mangga

Pokok Mulberry

Yang paling best, waktu kami melakukan aktiviti ini, hujan lebat betul. Sempatlah suami saya mandi hujan tu. Saya berteduh bawah porch sambil memotong dahan-dahan pokok mulberry. Lepas tu saya tanam balik semula. Seronok.
Selepas 12 hari

Berpasu-pasu saya tanam

Hari Isnin baru ni ( saya tanam Isnin minggu lepas , kira dah seminggu) dahan kecil yang saya cucuk tu dah mula bercambah! Subhanallah...seronok sangat.

Kalau menjadi pokok mulberry ni, saya nak sedekahkan sebahagiannya kepada yang mahu.

Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: