Kemaruk Meroti !

4:07 PM

Serius!

Suka sangat mencuba sesuatu yang baru di dapur. Kali ini suka nak meroti pula walaupun tanpa Bread Maker. Gigih ibu mengandung ni nak buat roti. Suami layankan sahaja. Dia bawa saya ke bakery shop untuk menggembirakan saya! Haha... Menggembirakan isteri juga adalah nafkah batin. Ye betul!! Suami saya memang hebat bab-bab ini. 

Roti pertama yang saya cuba ialah roti pizza ( saya yang panggik roti pizza, tapi kalau ikut resepi mereka panggil roti sosej. Resepi ini saya merujuk kepada blog otai masakan iaitu Che Mat Gebu. Alhamdulillah menjadi. Terima kasih CMG!


ROTI SOSEJ "BSN" DAN SOSEJ BLOSSOM

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus
1/2 camca teh garam halus
10 gram susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 gram telur (1 biji telur, pecahkan, kacau sedikit dan timbang, simpan bakinya)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Bread Maker, guna air biasa)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
10 batang sosej Ayamas, celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise, untuk hiasan
Sos tomato, untuk hiasan
Mix vege (karot, kacang pis, jagung), untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK DOH ROTI :- Masukkan yeast dalam bekas bersama 10 gram gula halus dan air suam, kacau rata dan biar hingga berbuih. Sementara itu, gaul tepung, baki gula halus, bread improver, bread softerner, garam halus dan susu tepung hingga rata, buat lubang di tengah2 bancuhan tepung. Tuang telur dan bancuhan yeast yang telah berbuih tadi, gaul perlahan2 hingga menjadi doh. Masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal, uli 20 minit tanpa berhenti. Bulatkan doh, letak dalam bekas dan tutup, biar 50 minit hingga 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam Bread Maker, pilih setting untuk DOH dan tekan ON, tunggu hingga siap (selalunya BM akan mengadun selama 30 minit tanpa henti, dan memerap selama 1 jam),
  2. UNTUK ROTI SOSEJ "BSN DAN BLOSSOM :- Tabur sedikit tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Kemudian bahagikan kepada 10 bahagian sama besar (mat timbang 50 gram sebiji). Bulat2kan dan ketepikan. Ambil 1 bahagian, leperkan sedikit dan canai memanjang sehingga mendapat ukuran sama dengan panjang sosej (seperti gambar di atas). Balutkan sosej tadi dengan doh roti.
  3. Kelar sosej hingga putus pada 8 bahagian, seperti dalam gambar. Kemudian tolak 1 keratan ke kanan dan 1 keratan ke kiri, buat hingga siap, itu untuk gaya BSN. Untuk gaya blossom pula, cuma perlu tolak keluar keratan sosej tadi dan pusingkan hingga membentuk bunga. Keratan terakhir anda letak di bahagian tengah. Kemaskan dan alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap dan perap 30 minit.
  4. Sapu dengan kuning telur (baki dari 30 gram tadi), kemudian paipkan sos tomato dan diikuti mayonnaise. Tabur dengan mix vege, rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....Selamat mencuba!!...
Lepas menguli. Lenguh jugak ler

Selepas diperam selama sejam

Sebelum dihias-peram selama 8 minit

Bahan tambahan

Selepas dihias

Bakar sampai masak

Assistan yang Berdedikasi
Dah siap!!
 
Ini merupakan aktiviti bersama anak-anak. Mereka memang suka menolong saya di dapur. Cuma kena bersabar dengan rumah yang berselerak selepas itu. 
 
 
Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments