Recycle: Air Basuhan Ikan dan Air Beras

5:14 PM

Dulu-dulu kan, arwah mak saya selalu  simpan  air basuhan  ikan, ayam dan juga air beras. Katanya  untuk menyiram  pokok-pokok yang ditanamnya supaya subur dan sihat. Memang  benar, pokok-pokok  yang arwah mak tanam memang  segar bugar. Sejuk air tangan  arwah  mak. Tanam apa  je mesti hidup  dan  mendatangkan  hasil. Alhamdulillah, atas izinNya juga.
Saya dah lama lupa petua arwah  mak ni. Selalunya  saya buang air basuhan  begitu sahaja. Sejak saya pergi  Forum Perdana  Ehwal  Islam  di Masjid Besi oleh Ustaz Badlishah, Ustaz Kazim Elias dan juga Us. Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Ustaz Kazim mengingatkan  kami tentang usaha mengguna semula  bahan buangan ini. Syukur saya pun mula insaf dan mulakan  usaha  murni ini. Hehe!

Mari kita kitar semula  kawan-kawan!

Mentang-mentang tengah sibuk dengan hobi gardening kan? weeee

Tadi, saya masak Kari Ikan Merah, permintaan anakanda Nurin. Saya baru aje mula ni. Basuh-basuh ikan, terus simpan dalam botol plastik air mineral dan label. Oleh kerana dah tengahari, saya simpan lah ini untuk petang nanti, kalau terlupa boleh buat untuk esok. Tu yang sibuk dok label-label. Arwah mak cakap, siram pokok bunga atau pokok-pokok yang kita tanam ketika cuaca redup. Kalau panas-panas nanti pokok melecur. Betul atau tidak saya pun tak pasti la. Saya ikut aje cakap arwah mak. 

Saya dan Nurin tenga berkobar-kobar ni nak bercucuk tanam. Nak mulakan semula taman herba. Nak educate anak-anak tentang berkebun, herba dan sayur-sayuran. Aktiviti cuti sekolah la katakan. Selari dengan moto Shaklee, Always Safe, Always Work, and are Always Green.

Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


You Might Also Like

0 comments