May 2014 - CIK MIL MILA

Friday, May 30, 2014

Bahagianya Cuti Sekolah
5:01 PM0 Comments
Alhamdulillah...

Akhirnya tiba juga musim cuti sekolah yang ditunggu-tunggu selama ini. Rehat sikit dari urusan menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Bukanlah saya mengeluh dengan tugasan ini, malah saya bersyukur dapat menguruskan semuanya sendiri. Sekurang-kurangnya anak-anak saya punya banyak masa dengan saya, mengeratkan lagi bonding kami.

Walaupun begitu, saya tetap sibuk menguruskan COD dan pengeposan untuk customer seantero Malaysia. COD makin rancak sebelum closing esok. Saya hangkut sekali anak-anak bersama. Bahagia juga sebab ada peneman bersama. Walaupun agak huru hara tapi bersyukur kerana mereka ada di sisi.

Aktiviti di dapur macam biasa. Saya belum dapat membuat aktiviti baking dan memasak bersama mereka. Sekadarnya menyediakan makan tengahari dan makan malam. Sibuk juga bertemu mata dengan anak-anak didik Shaklee.

Jadi mereka terpaksalah layan diri memenuhi waktu lapang. Nampak sangat wajah kebosanan mereka ni.


Promosi Meal Shakes beli 6 Percuma 1 masih berbaki sehingga esok. Jangan lepaskan peluang ini. Untuk lebih jimat daftarkan sebagai ahli dan layak mendapat 15-25% diskaun. Jika rajin buat sharing boleh dapat cash bonus sehingga 21% malah lebih dari itu!

Hubungi saya ya..

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Adakah Vitamin Membantu Ibu yang Menyusukan Anaknya
4:45 PM0 Comments
Soalan: Adakah vitamin boleh membantu ibu yang ingin menyusukan anaknya?

Jawapan: Ya, kerana vitamin memberi tenaga dan menstabilkan hormon kepada si ibu. Tidak terhad kepada itu sahaja, ianya menenangkan perasaan dan mengurangkan rasa stress yang boleh mengganggu proses penghasilan susu ibu. Multivitamin yang lengkap dengan zat besi membantu pertumbuhan anak,. Alfalfa penting banyak membantu tubuh si ibu dalam penghasilan susu dengan lebih efektif. Ada banyak lagi vitamin untuk menjayakan penyusuan.

Oh jangan risau, semuanya bergantung kepada budget anda. Jemput baca perkongsian saya tentang penyusuan ini.

KLIK SINI : SET PENYUSUAN IBU
Sumber: Google


Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Wednesday, May 28, 2014

Kenapa lah Normila Asyik Kempen Meal Shakes ni?
1:11 PM0 Comments
Hellooooooo......promosi Meal Shakes bakal berakhir 3 hari lagi!! Wahai ibu bapa yang bijak bestari dan mengutamakan kesihatan anak-anak, ambil peluang berharga pada bulan ini. Bukan senang tau Shaklee nak bagi promosi semacam ini. Setahun sekali pun tak tentu.


Kenapa saya sibuk-sibuk nak ibu bapa semua memberikan anak-anak Meal Shakes? Apa faedah ibu bapa boleh dapat?

Nak tahu kena baca ni.

1. Anak-anak boleh menikmati hidangan lengkap yang kaya dengan asid amino dan nutrisinya mudah di serap oleh tubuh badan.

2. Anak anda berpeluang menikmati khasiat yang dihasilkan dari bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) & bahan2 lain.

Apakah Lactalbumin?

Ia merupakan bahan terbaik yang mengandungi organisma protein yang berkualiti dan mudah di serap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi sehingga ke orang dewasa.

Anak-anak saya


Oh...Meal Shakes supplement untuk kanak-kanak sahaja ker?

Sesiapa sahaja boleh mengambilnya, terutama seperti yang di bawah ini

1. Pelajar

2. Kanak-kanak

3. Ibu hamil terutama yang mabuk dan kurang selera makan. Ibu mendapat nutrisi penting sekaligus menambah selera makan

4. Ibu yang sedang berpantang dan menyusukan bayi

5. Atlet/ahli sukan

6. Vegetarian

7. Orang yang mudah di jangkiti penyakit disebabkan oleh imun badan yang rendah

8. Mereka yang terlalu sibuk bekerja dan kesempitan waktu untuk makan tepat pada waktu.

9. Mereka yang tidak boleh menelan pil


Perlu diingatkan Meal Shakes hanyalah supplement atau makanan tambahan. Jadi ia bukanlah bermakna anak-anak tidak boleh makan makanan lain. Meal Shakes sekadar menampung lompong kekurangan nutrisi dalam tubuh. Maklum lah sukar mendapatkan makanan berkhasiat masa kini.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Monday, May 26, 2014

Meal Shakes: Antara Penyelesaian Anak-anak Yang Kurang Selera Makan
11:57 AM0 Comments
Benarkah Meal Shakes boleh membantu menambah selera makan anak-anak?

Mari kita lihat apa kata ibu-ibu yang telah mencuba Meal Shakes ini.

Puan Wajihatun Nor -
Say Yes to MEALSHAKES.
Anak saya Danial dah 4 tahun. Sejak umur 1 tahun lebih dia mula kurang makan malah memilih utk makan. Pernah sampai minta susu shj seharian. Ibu mana tak risau kan. Sejak beri Mealshakes dia mula makan sedikit demi sedikit. Walaupun bab makan memang susah, dia tidak pernah sembelit, jarang demam dan tak pernah warded mcm kanak2 yg lain. Itu yg paling penting!

Puan Ida Khairani Ahmad -
Anak anda picky eater?
Samalah anak sayapun. Namun sekarang selera makannya sudah menigkat. Syukur Alhamdullilah. Saya telah mencampurkan sesudu MealShake Shaklee ke dalam susunya setiap pagi.
Sekarang walaupun saya masukkan sayuran ke dalam nasinya, beliau makan ja. Kalau dulu, "no no no" siap dengan jari. Then terus sentap xnak makan. Dah la makan pun sejemput.
Bestnya rasa bila dia nak makan tanpa luak balik tu.
Sekarang memang wajib makan lunch dan dinner. Kalau lambat dia boleh cakap "Ibu makan time", "Ibu, Nazhan nak nasi". Kalau dulu... Sorry la nak request nk makan. Boleh pulak berhari xmakan nasi, relax ja. Syukur Alhamdulillah dengan perubahan sejak sebulan ni. Mudah mudahan berterusan sampai bila-bila.
 
Puan Eizan Adzan-
Salam semua, semoga ceria di pagi jumaat yang mulia ini.
Di pagi yang indah ini saya ingin berkongsi testimoni sendiri yang menggunakan Mealshake untuk anak perempuan saya.
Sejak dari dulu anak saya ni ( umo 2 tahun++ ) selalu menghadapi masalah sembelit dan kurang selera makan walaupun badan agak berisi . Dah macam2 cara saya gunakan untuk ilangkan masalah ni, sedih tengok dia menangis kesakitan dan badan berpeluh2 tiap kali nak poo poo. Akhirnya saya nekad untuk cuba bagi dia minum mealshake yang dicampurkan dengan susu formula biasa, setelah hampir 3 minggu alhamdulillah dia x lagi menangis waktu poo poo malah jadi lancar je..senang hati saya melihat perubahan ni..selera makan dia juga semakin bertambah..syukur sebab Shaklee menyediakan penyelesaian yang terbaik untuk masalah saya ni.


Anda mempunyai masalah yang sama dengan ibu-ibu ini? Apa kata anda cuba berikan anak anda Meal Shakes yang sedap ini. Rasa French Vanillanya dan aromanya yang lazat membantu membuka selera makan anak-anak anda. Kami sekeluarga sangat sukakan rasanya. Berebut-rebut gitu!! 
Makan roti pon nak taruk Milo dan Meal Shakes...

Bukan setakat rasanya yang sedap ia juga membekalkan protein dan 19 jenis vitamins dan mineral untuk anak-anak anda. Membina pertumbuhan yang lebih baik, cergas, sihat dan cerdas.

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Thursday, May 22, 2014

Testimoni Nutriferon Shaklee
4:39 PM0 Comments

Credit: Master Norita Idris.

Testimoni Shaklee Nutriferon

Dulu sering sakit atau selsema di pagi hari sehingga jam 10 pagi. Tapi semenjak amalkan Nutriferon, alhamdulillah saya perasan tiada lagi selsema. - Inilah testimoni dari kawan saya apabila suaminya kini tiada lagi alahan sejuk waktu pagi.

Apa sebenarnya Nutriferon ini?

Nutriferon adalah supplement yang unik dari Shaklee dan tidak terdapat dari mana-mana syarikat lain. Ia adalah makanan khas untuk interferon iaitu sel antibodi dalam tubuh kita. Ia secara langsung membantu sistem imun bertambah baik dan menjadikan perisai tubuh kita lebih kuat.

Ada golongan yang terpaksa bergantung dengan ubat dan antibiotik namun akhirnya mengalami sakit lain akibat kesinambungan terlalu bergantung pada ubat tadi.

Jikalau mereka dapat mencuba Nutriferon dan nikmati perbezaannya, saya yakin mereka pasti jatuh cinta.

Adakah kanak-kanak sesuai untuk amalkan produk ini?

Jujurnya produk ini tidak diuji pada kanak-kanak bawah 12 tahun. Saya sendiri pernah beri pada anak saya masa mereka sorang 6 tahun dan sorang 2 tahun. Apa yang saya dapati mereka mengalami ulser dan demam.

Namun sebagai ibu, hati ibu mana yang sanggup melihat anaknya sakit malah doktor sering menyogokkan dengan antibiotik walhal saya tahu ia tak bagus untuk buah pinggang.

Setiap hari saya berdoa pada ALLAH, tunjukkan saya penawar untuk atasi ekzema anak saya.

Berpunca apabila Nasa mendapat jangkitan pada gusinya dan ada nanah, doktor memberi antibiotik lagi. Saya tak tahan dengan dunia ubat. Pada saya secara peribadi ia boleh melembapkan otak kemudian hari.

Maka saya dan suami dah sepakat nak beri Nutriferon tetapi kali ini kami nekad nak bancuh dengan Performance drink agar tiada lagi ulser atau demam selepas amalkan Nutriferon.

Alhamdulillah selepas 2-3 hari Nasa mengadu tiada lagi sakit gigi atau merasa gusinya bengkak seperti sebelum ini. MasyaALLAH gembira hati saya.

Secara kebetulan seorang kawan saya whatsapp saya berikan pengalaman anaknya amalkan Nutriferon. Ia membuatkan saya teruja untuk berikan pada Addin dan Nasa ditambah mereka ada ekzema.

Ia adalah supplement untuk boost immune sistem. Alhamdulillah kami sekeluarga amalkan setiap hari dibancuh bersama ESP, Performance Drink, Meal Shake dan minum satu sekeluarga.

Harapnya, entry dari Master Norita Idris  ini dapatlah menjawab persoalan ibu-ibu di luar sana tentang Nutriferon. Hubungilah saya untuk mendapatkan supplemen ini. Untuk penjimatan bolehlah jadi ahli dan layak mendapat diskaun 15%-25%.
Salam Sayang,

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Kisah Suami, Isteri dan Vitamin
4:00 PM0 Comments
Tadi tengah basuh pinggan selepas masak saya teringat kisah ini. Kisah benar setahun yang lalu. Masa tu saya baru je join Shaklee. Dapat SMS dari seorang wanita. Menurutnya dia baru lepas pantang dan memerlukan vitamin untuk ibu berpantang. Dia mahu saya COD di rumahnya pada hari Rabu pagi pukul 10. Saya ingat dengan jelas masa dan harinya sebab saya masa tu masih bekerja. Kerja saya ketika itu memang sangat sibuk ya ampun mengalahkan PM. Pukul 10 pagi memang waktu tengah rancak betul tu. Saya kata, oleh kerana saya tak boleh nak COD, apa kata saya pos kan aje ataupun saya COD selepas waktu kerja. Dia menolak. Alasannya, suami dia tak tahu yang dia beli vitamin dan suaminya tak boleh tahu. Kalau suaminya tahu teruk dia kena marah nanti.

Ya Allah... suami apakah itu? Isteri perlukan vitamin untuk berpantang. Dah ler suami tak bagi duit untuknya beli malah melarang pula dia beli pakai duitnya sendiri.  Kejam betul saya rasa.

Mungkin saya tak tahu cerita yang sebenarnya... tapi itulah dia hakikat kehidupan. Saya rasa sedih sebab tak boleh nak COD waktu tu, saya suruh dia mencari pengedar lain. Selepas itu kami tidak berhubungan. Saya  minta maaf jika puan itu ada terbaca entry saya ini. Bukan untuk mengaibkan tapi sebagai pengajaran. Nama puan itu pun saya sudah lupa. Mungkin dia juga sudah menjadi pengedar Shaklee, malah mungkin sudah berjaya sekarang. Takdir Allah siapa yang tahu.

Kasihannya kan wanita. Penat lelah mengandung, melahirkan anak bukanlah mudah. Sakit, perit, penat, lelah hanya Allah yang tahu. Mohonlah suami-suami memahami keadaan isteri. Bukanlah banyak sangat permintaannya. Cuma mahukan badan yang sihat untuk menjalankan tanggungjawab yang sempurna bagi seorang isteri dan ibu. Siapa juga yang mendapat faedahnya, tentulah sang suami dan anak-anak. Apalah sangat hadiahkan isteri dengan vitamin-vitamin. Bukanlah si isteri beli racun untuk membunuh diri. 

Ada banyak kes yang saya lalui sejak bergelar pengedar Shaklee ni. Isteri memang perlu tanya suami kan? Kebanyakannya memang suka lah manfaat vitamin ni, tapi penghujungnya suami cakap....tak ada budget. Saya cakap, tak pe belilah ikut budget, kami boleh cadangkan mengikut budget. Ada yang jawab macam ni. Tak de budget untuk vitamin langsung. Huh...

Sedih sangat bila isteri dah beriya-iya nak suami cakap macam tu. Lagi sedih bila suami tu boleh pula make up kan kereta, pakai gadget mahal-mahal, pakaian jenama, makan tempat mahal tapi keperluan kesihatan isteri diabaikan. Isteri solehah...redha. Sebab itulah isteri perlu ada pendapatan sendiri. Sekurang-kurangnya boleh mengurangkan 'beban' suami. Yang sebenarnya bukanlah beban pun tapi tak nampak faedahnya.

Tapi...bukan semua suami macam tu. Banyak juga suami yang survey vitamin untuk isteri. Nak isteri yang menawan, cantik, hebat di ranjang dan sihat. Siapa yang untung, suami juga yang untung kan?

Wahai suami di luar sana... sayang isteri tinggal-tinggalkan.... tapi biarlah isteri itu sihat dan menawan supaya tanggungjawab nya terlaksana dengan cemerlang.
 
Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Cerita Tentang Alfalfa
3:28 PM0 Comments
Bila sebut tentang Alfalfa, pasti orang kaitkan dengan Shaklee. Senang nak cerita. Tak perlu lah saya cakap banyak-banyak.

Jom lah kita kenali produk terhebat ini. Saya memang peminat Alfalfa. Psttt...suami pun suka. Awww. Memang berebut isteri-isteri di luar sana nak makan alfalfa. Apa pasal agaknya ya? Yang paling orang suka alfalfa ni sebab ia berfungsi seperti kacip fatimah. Eratkan hubungan kasih sayang dengan suami. Bagi rapat dan ketat.

Untuk ibu menyusukan pasti dah tahu juga. Alfalfa ni hebat dikenali sebagai milkbooster, iaitu penggalak susu. Jangan percayakan statement saya kalau anda tak cuba dan lalui sendiri. Harga mampu milik. Semulajadi, selamat dan bermanfaat.

Nak tahu apa manfaatnya jom klik klik sini
http://mamanurins.blogspot.com/search/label/alfalfa%20complex

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Tuesday, May 20, 2014

Amaran Kolesterol Tinggi : Jemput-Jemput Vege
11:13 AM0 Comments
Alhamdulillah. Semalam merupakan hari pertama saya berpuasa dalam tahun ini. Malu saya nak sebut sebab ah..teruk benar saya ni. Bukankah kita disunatkan berpuasa setiap Isnin dan Khamis. Banyak sungguh alasan . Sedih..

Pengalaman berpuasa untuk hari pertama biasanya penuh dengan drama. Ingat lagi zaman saya bekerja, bila pertama kali puasa memang selalu sakit kepala. Pening sepanjang hari dan tak boleh nak fokus buat kerja. Faham-faham je la, hari pertama setelah berbulan-bulan makan. Sahur berat macam mana pun mesti pagi-pagi dah lapar dan yang tak bestnya tu pening sangat. Hari kedua keadaan menjadi normal.

Alhamdulillah, sejak kerja dari rumah ini, semuanya berjalan dengan baik, syukur. Sebenarnya puasa kan mengawal nafsu, bukan nafsu makan minum sahaja, ia juga puasa minda, puasa anggota dan puasa nafsu-nafsu lain. Ia semuanya tentang iman dan juga tentang kita menjaga fikiran. Fikirlah positif. Saya membayangkan orang-orang susah serata dunia yang tak punya cukup makan. Alah...apalah sangat kita ni berbanding mereka. Insaf :(

Saya juga masak tengahari seperti biasa kerana Nurin perlu makan sementelah dia melalui peperiksaan minggu ini, sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Menu yang menjadi pilihan Nurin ialah tomyam. Saya masakkan dia tomyam ayam, kangkung belacan dan telur dadar. Menu yang sama saya panaskan untuk buka puasa tetapi....suami saya tukang rasa dan tukang adjust rasa masakan saya. Maklum orang puasa masak campak-campak tanpa rasa. Hehe...

Saya tambah juga jemput-jemput sebagai juadah berbuka puasa, kali ini resepi baru pilihan suami. Apa dia? Jom kita kongsi resepi.

Jemput-Jemput (jagung, taugeh,  kucai, bawang besar, bawang putih)

Bahan-bahan

Tepung gandum-ikutlah banyak mana. Saya guna lebih kurang 300gm
Jagung manis-saya guna whole kernel dalam tin jenama Ayam Brand. Nak guna yang fresh lagi best!
Taugeh-segenggam
Kucai-segenggam, dipotong kecil-kecil lebih kurang seinci
Bawang besar sebiji-dipotong dadu
Bawang putih - dipotong dadu
Sedikit garam
Cili padi dicincang (optional)
Air panas mendidih

Cara-cara
Satukan semua bahan kecuali cili padi dan air panas. Kacau rata-rata. setelah semua nya sebati baru masukkan air panas mendidih sedikit-sedikit. Kacau. Masukkan air dan kacau lagi sehingga adunan menjadi pekat. Jangan sampai adunan cair. 


Lupa nak ambil gambar step terawal.  Paling penting adunan pekat supaya mudah dibentuk. Jika adunan cair, ia tidak boleh digoreng kerana melekat dengan minyak. Faham ker?? 

Cili padi saya letak ke dalam adunan selepas dua kali gorengan supaya anak-anak saya tak tergigit cili nanti. Adunan terakhir itu khas untuk saya dan suami. Haha.


Goreng sehingga kekuningan dan garing. 


Garing seperti ini


Lepas tu makan panas-panas cicah dengan sos kegemaran. yang pic bawah ni makan sebagai supper. Sebab perlu ulangkaji untuk peperiksaan dulu.


Selamat mencuba ya.

Amaran!! Jemput-jemput seperti ini perlu digoreng dengan minyak yang banyak jadi ia sangat tinggi kolesterol dan kalori. Untuk selamat, buat sekali sekala sahaja dan ambil supplement emulsifier seperti lecithin dan omega guard untuk jantung yang sihat. Untuk kesan terbaik ambil alfalfa untuk singkir kolesterol yang sudah diemulsi.


Jangan gundah kerana harganya mampu milik. Hubungi saya untuk belian. Konsultasi percuma disertakan.

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Monday, May 19, 2014

Meal Shakes Makanan Segera Kegemaran Nurin & Alya
5:25 PM0 Comments
Hari ini dah masuk hari ke 19 untuk promosi Meal Shakes. Belum terlambat saya nak berkongsi cerita tentang Meal Shakes ini. Memang kegemaran keluarga saya, customer-customer saya dan ibu-ibu yang pernah mencubanya.


Ia datang dalam bentuk serbuk boleh dibancuh dengan air kosong sahaja, atau jika ingin rasa yang unik tapi sedap boleh campurkan bersama susu, diblender bersama jus buah-buahan atau kurma. Apabila dibuka penutupnya bau vanilla sangat harum dan menyelerakan. Ia sesuai dijadikan makanan atau minuman segera yang sihat.

Ia mudah dibancuh, sedap dan berkhasiat. Mudah diserap ke dalam tubuh dan merupakan protein berkualiti tinggi. Mealshakes ini bukan sahaja kaya dgn protein dan kalsium malah juga kaya dengan vitamin penting terdapat iaitu Vitamin A, Vitamin B12, B6, Thiamin, Riboflavin, Asid Folic, Vitamin C, Vitamin E, Biotin, Vitamin D, Niacin, dan juga mineral-mineral penting kalsium, iodin, besi, fosforus, magnesium, selenium, chromium, molybdenum dan zinc. Fuhh...letih menaip segala jenis vitamin dan mineral.

Memang sesuai sangat untuk anak-anak kita yang sedang membesar. Alhamdulillah. Nurin dan Alya sudah mengamalkannya sejak tahun lepas lagi. Kulit mereka lebih cantik berbanding saya ( of course la kan!) Dua tahun sudah Alya dijangkiti chicken pox dan dan parutnya semakin mengilang seperti tidak pernah kena campak langsung! Alhamdulillah..

Mereka jarang demam, tiada sembelit, bijak dan aktif. Ringkasnya, memang best la. Puas hati. Daripada saya membelikannya mainan ataupun pakaian yang mahal-mahal baiklah saya melabur kepada kesihatan mereka. Dan sememangnya saya memang kedekut nak beli mainan. Meal Shakes ini pelaburan yg berbaloi dan bukanlah mahal sangat pun! Sesiapa sahaja pun mampu memilikinya. satu canister untuk seorang makan, boleh bertahan hingga 2 bulan. Tapi saya kat rumah ni satu canister sebulan je sebab dua orang budak bijak ni minum hari-hari. Kadang-kadang makan begitu sahaja. Phewww!!~~~

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Vitamin yang Sesuai untuk Jeragat
4:55 PM0 Comments
Rasa tak best betul bila tengok cermin ada jeragat kat pipi. 

Sumber: Google
 Jerawat lebih mudah dirawat daripada jeragat.  Jeragat pun bukan keluar sehari dua, makan masa juga. Kalau dan jadi tu, jangan biarkan, jom kita basmi!!! Cakap macam nak basmi penyakit je kan. Eh! penyakit la juga sebab menyakitkan mata. Ni cakap pasal diri sendiri tau. Bukan sapa-sapa. Kalau ada yang terasa, kita ni satu kapal lah kiranya. 

Kadang-kadang kan, bila saya telek-telek muka kat cermin, rasa macam nak kikis pakai pisau je. Hahaha...melampau betul!

Kan best kalau jeragat hilang bak magik! Macam ni tingggggggggggg!!

Sumber: Google

Tapi macam tak mungkin berlaku sekelip mata. Haha.
Seperti yang kita tahu, saya guna KITA sebab memang ramai yang tahu bahawa kulit memerlukan tiga vitamin iaitu B, C dan E untuk kulit kekal remaja, tapi tak tahu brand apa yang terbaik. Tentulah saya kata Shaklee yang terbaik kerana saya sendiri sudah menggunakannya. Protein juga sangat ketara hebatnya dalam mengurangkan parut.


B-Complex
  • Penting untuk hormon yang stabil. 
  • Jika tubuh badan kita punya B-complex yang mencukupi, kita lebih bertenaga dan tidak mudah letih. Bila letih, ia sangat jelas terpampang di wajah.  
  • Kukurangan vitamin ini dalam tubuh menyebabkan hormon tidak stabil dan mudah marah. Bila kita asyik marah-marah, air muka kita akan cepat keluar garis-garis halus yang mempercepatkan penuaan. 
  • Jagalah emosi dengan B-Complex sudah pasti kecantikan terpancar di wajah menjadi berseri-seri.

Sustained Release Vita-C Plus
  • Merupakan komponen penting dalam pengeluaran kolagen dalam tubuh manusia. Ia membantu memerangi kemusnahan kolagen dan tekanan oksidatif. Keputusan dari ujian klinikal menunjukkan vitamin C yang semulajadi menggalakkan pembentukan kolagen dan mengurangkan kesan radikal bebas, membantu untuk mengekalkan kulit muda dan tegang
  • Kolagen adalah struktur sokongan protein yang penting untuk kulit muda dan tegang. Secara keseluruhan, jumlah kolagen dalam kulit menurun bergantung kepada usia, proses yang berterusan dipercepatkan oleh beberapa faktor seperti cahaya matahari, merokok, radikal bebas, dan keradangan. Vitamin C adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk meningkatkan sintesis kolagen dan melambatkan kemusnahan itu.

Vita-E Complex
  • Dikenali sejak bertahun tahun lamanya sebagai vitamin yang hebat untuk memperbaiki dan menyembuhkan tekstur kulit.
  • Antioksidan yang sangat baik, ia mampu menghalang kerosakan kepada sel-sel kulit.
  • Penyelidikan menunjukkan vitamin E mempunyai kesan yang sangat positif dalam rawatan parut
  • Minyak vitamin E yang tulen dan semulajadi membantu dalam melicinkan tekstur kulit, menjadikannya lebih sekata dan mempercepatkan pertumbuhan semula sel.
  • Sel kulit yang berparut sebenarnya mengalami kekurangan kolagen (protein semulajadi dalam kulit) dan keanjalan. Vitamin E membantu untuk meringankan kemunculan parut dan akhirnya menyingkirkan mereka. Ia meningkatkan tekstur kulit, simulasi aktiviti antioksidan.
ESP
  • Protein soya yang organismanya tidak dibah suai secara genetik (bukan GMO), sangat penting untuk menjana dan memperbaik semula sel-sel tubuh, menyelenggara dan memperbetul tisu, mengeluarkan enzim dan hormon. Bila sel rosak diperbaiki, sel yang diganti dengan sel yang sihat. Kulit yang berjerawat dan berjeragat mendapat manfaat hebat dari protein ini.  

  • Protein mengurangkan kesan hitam dan parut akibat jeragat dan jerawat
Kenapa saya kongsi pasal ni tiba-tiba? sebab permintaan vitamin seperti ini sangat tinggi. Banyak repeat order dari customer tau. 

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Grilled Chicken, Potatoes and Vege
4:12 PM0 Comments
Air tangan kekanda terchenta Pie Shafie. Adinda tengok aje...

Semalam saya up status ni kat  FB. Hehe.



Saya teringin nak makan western style untuk lunch tapi malas nak masak, dan peti ais penuh dengan raw material. Apa lagi, order kat en suami yang baik hati. Dah ler baik hati, pandai pula ambik hati kami anak beranak. Alhamdulillah...

Inilah hasilnya. Tak dan kami nak buat plating satu satu walaupun cuma 4 orang aje. Selera masing-masing berbeza. Nurin cuma makan kentang, Alya makan ayam. Mama makan semua cuma roasted garlic dan roasted tomatoes dalam kuantiti yang kecil. Papa makan semuaaaa sekali.


Roasted chicken tu sangat sedap. Tak terlalu over, sedang-sedang dan masih juicy, tak dry. Roasted vege yang lain juga sedap tak terkira. Ada bawang besar, tomato ceri, lada benggala/capsicum, whole garlic (with skin), juga cilantro. Itu yang menaikkan bau dan rasa. Kacang buncis dan sebahagian tomato ceri itu di celur (blanched). Fresh dan umpppphhh!!

Sebenarnya rasa roasted garlic lebih sedap berbanding cara masak yang lain. Bawang besar yang dipanggang juga penuh dengan rasa. Mixed taste from the chicken juice and the vegetables.


Suami saya menggunakan satu labu bawang besar dan dibelah dua.

Oh yaaa.....paling penting dalam cerita ini ialah sos black pepper. Saya yang buat.



Sedaplah jugak. Ikut tekak saya kan..

Memang berseleralah semua makan. Tinggal sisa ni je...


Alhamdulillah. Masak sendiri lebih puas hati. Tau halal haramnya, cara masaknya, dan lebih murah berbanding makan di luar. Alhamdulillah

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Menu Sahur Mudah yang Mengenyangkan hingga Waktu Berbuka Puasa
11:17 AM0 Comments
Saya mula berpuasa hari ini. Lambat tindakan untuk qadha puasa Ramadhan yang lepas. Semoga sempat sebelum Ramadhan tiba.

Sahur pagi ni sangat simple tetapi mengenyangkan. Semoga bertahan hingga waktu Maghrib nanti

Menu Sahur Saya 

1. 2 biji kurma (tak sempat nak makan yang ke-3 sebab dah lewat sangat)
2. Susu low fat ESP (sejuk) dibancuh dengan 3 sudu ESP dan sesudu Performance Drink. SEDAP!!!

Sumber: Google

Itu sahaja. Oleh kerana saya seorang yang berpuasa boleh lah buat menu macam ni. Bila tiba bulan puasa nanti harus ada menu berat untuk anakanda saya. Sudah tiba masanya dia berpuasa secara serius. Bi iznillah.

Kenyang tau. Tak percaya? Kalau tak percaya kena cuba sendiri. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan. ESP membekalkan tenaga berterusan yang membolehkan ianya bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang vitamin yang paling HOT dan BESTSELLER di bulan puasa klik SINI yaa..

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Friday, May 16, 2014

Saya Juga Adalah Cikgu
3:38 PM0 Comments
Dulu arwah mak suka sangat kalau saya jadi cikgu. Saya cakap saya tak pandai mengajar, kurang minat dan kurang sabar.

Rupanya doa mak itu makbul. Walaupun tak jadi cikgu secara rasmi di sekolah, saya adalah cikgu kepada internees dan colleagues (masa saya bekerja dulu), sebiji ajar akaun macam cikgu ajar student. cikgu kepada anak2 cucu cicit shaklee saya (downlines), cikgu akaun kepada mereka yang buat bisnes kecil (www.normila.muhamad@blogspot.com) dan paling penting cikgu kepada anak2.

Daripada tak pandai draw, mama dah pandai draw. Walaupun tak cantik, tapi..eh! kenapa masa mama belajar dulu mama tak pandai draw macam ni. Memang keras tangan sangat dulu2

Note:Tengok gambar yang kecil ye. Yang besar tu Nurin yang draw, dia tiru saya punya drawing

Alhamdulilah...


Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Syair Tentang Menghormati Guru-Selamat Hari Guru 2014
10:23 AM0 Comments
Setiap pagi, ketika menghantar anak-anak ke sekolah saya dan anak-anak bersama-sama membaca surah al-Fatihah, Surah Insyirah dan juga potongan ayat dari Surah Ta ha. Kemudian kami akan berselawat 10x. Setelah itu, saya akan bacakan doa ini juga dan diaminkan oleh mereka. Rutin ini akan saya ulangi ketika menghantar Nurin ke sekolah agama. 

Ya Allah, peliharalah anak2 ku (sebut nama) seperti mana Engkau memelihara orang-orang yang soleh. Jadikanlah mereka di kalangan orang yang mendirikan solat dan menghafaz al-Quran. Lapangkanlah dada mereka, tenangkanlah jiwa mereka, terangkanlah hati mereka, lembutkan butir bicara dan perbaiki akhlak mereka sepertimana akhlak Rasulullah SAW. Berikanlah mereka kecemerlangan di dunia dan di akhirat nanti.

Usai membaca doa, saya akan mendengar pula radio IKIM FM. Saya suka benar mendengar slot puisi atau syair yang dibacakan. Antara syair kegemaran saya ialah syair Tentang Menghormati Guru. Kebetulan pula, hari ini hari guru maka saya dedikasikan syair ini untuk anak-anak kita semua, supaya mereka menghormati dan mendoakan guru mereka sehingga ke akhir hayat.

Credit: FB IKIM FM

SYAIR TUNJUK AJAR MELAYU (NASIHAT IBU BAPA KEPADA ANAKNYA)
Oleh : Tenas Effendy

TENTANG MENGHORMATI GURU

Wahai ananda dengarlah amanat
Terhadap gurumu hendaklah hormat
Ilmunya banyak memberi manfaat
Menyelamatkan hidup dunia akhirat

Kepada guru hendaklah sopan
Tunjuk ajarnya ananda dengarkan
Penat letihnya jangan dilupakan
Supaya hidupmu dirahmati Tuhan

Kepada gurumu janganlah durhaka
Jangalah pula berburuk sangka
Tunjuk ajarnya ananda jaga
Supaya manfaatnya dapat dirasa

Kepada gurumu eloklah perangai
Apabila disuruhnya janganlah lalai
Tunjuk ajarnya selalu dipakai
Supaya hasratmu cepat tercapai

Apabila gurumu selalu kau tantang
Ditujuk diajar engkau membangkang
Akibatnya buruk bukan kepalang
Ilmu dituntut berkahnya hilang

Kepada guru jangan menista
Bercakap kasar bermasam muka
Orang benci Allah pun murka
Hidupmu akan terlunta-lunta

Kepada gurumu nampakkan minat
Petuah didengar petunjuk diingat
Supaya belajar beroleh manfaat
Membawa berkah dunia akhirat

Kepada gurumu hendaklah patuh
Ditunjuk diajar jangan mengeluh
Belajarlah dengan bersungguh-sungguh
Supaya hidupmu menjadi senonoh

Anggaplah guru sebagai ibu bapa
Tempat merunjuk tempat bertanya
Memudahkan ananda memahami ilmunya
Supaya pelajaranmu tak sia-sia

Jadikan gurumu contoh teladan
Minta nasihat untuk pegangan
Apa masalahmu boleh disampaikan
Supaya bebanmu menjadi ringan

Kepada gurumu berterus terang
Jangan bercakap main belakang
Supaya belajar hatimu lapang
Guru mengajar hatnya senang

Kepada gurumu berterima kasih
Kerana mengajarmu berpenat letih
Sampaikan dengan hati yang bersih
Semoga menjadi amalan soleh

Wahai ananda permata bunda
Gurumu itu juga manusia
Tentulah ada lebih kurangnya
Maafkan olehmu bila ada salahnya

Kepada guru jangan mendendam
Orang pendendam imannya padam
Budi yang baik jadi tenggelam
Hari depanmu menjadi suram

Budi gurumu janganlah dilupakan
Penat letihnya jangan diabaikan
Ilmu diterima engkau amalkan
Semoga pahalanya sama dirasakan

Budi gurumu selalu dikenang
Jasanya besar bukan kepalang
Engkau dididik menjadi orang
Ditunjukan pula jalan yang terang

Selamat hari guru buat kesemua guru-guruku
Sekolah Rendah Semenchu
Sekolah Menengah Semenchu
Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru
Matrikulasi UPM-  CCE Wangsa Maju
UPM
Upline-upline Shakleeku
Buat kakak-kakak dan adik ipar (Kak Syida, Kak Ros dan  Zaza)
Saudara mara  sepupu sepapat guru
Rakan rakan guru


Semoga Allah ampunkan dosa-dosamu dan mengangkat darjatmu di dunia dan akhirat. Kalau cikgu cikgu nak beli produk Shaklee meh la roger saya ye cikgu!

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Thursday, May 15, 2014

Sambal Sotong dan Sup Kobis
8:55 PM0 Comments
Saya berazam untuk tidak terlalu buang masa di dapur. Masak satu sayur dan satu lauk sahaja untuk makan tengahari. Menu 2 lauk itu akan dimasak sehingga makan malam nanti. Maksudnya untuk 6 portion. Dengan ini, saya menjimatkan banyak masa, tenaga, elektrik, gas dan bahan mentah. Nampak tak betapa kedekutnya saya tentang masa dan yang lain-lain tu. Time is money. Seriously. 

Sebenarnya dah fikir lama dah...kenapa saya terlalu banyak membuang masa dekat sesuatu yang tidak mendatangkan hasil. Contoh tengok tv cerita drama bersiri. Apa yang saya dapat dengan menepek depan tv setiap hari menonton cerita bersiri. Dapat apa? Maaflah saya tak perli sesiapa, saya cakap apa yang saya rasa. Kalau cerita cinta, saya rasa macam useless sangat. Cerita sebegitu rupa buat saya khayal dan berasa di dunia asing sedangkan cerita itu sendiri adalah rekaan semata-mata. Jika pun cerita itu berdasarkan cerita sebenar, perlu ke saya masuk dalam cerita itu dan 'carried away'. Cukuplah watak-watak dalam hidup saya. Bukan lakonan dan berada di bumi yang nyata. Saya setuju jika orang kata cerita bersiri sebegitu sebenarnya ialah sangat lagha dan melalaikan. Membuang masa dan boleh menjadi dosa dalam keadaan tertentu. Ruginya saya dulu. Saya cakap pasal diri saya, bukan orang lain. Maaf kalau ada yang terasa.

Guru saya suruh fikir sebelum membuat sesuatu. Adakah apa yg kita nak buat ni mendatangkan hasil. Hasil itu subjektif. Contohnya, saya nak main game di handphone. Apa yang saya dapat.Mendatangkan hasil tak? Dapat pahala? Dapat duit? Oh! Main game tak dapat pahala dan tak dapat duit. Membuang masa dan melewatkan saya solat. Ini contoh saja!

Waduh..panjang cerita. Sebenarnya nak cerita pasal hidangan lunch dan dinner kami. Sambal sotong dan sup kubis. Saya berjaya masak dalam masa 30 minit. Its quickfire challenge!

Sebenarnya kita boleh buat sesuatu kerja dengan pantas kalau kita fokus. Saya perlukan sejam untuk masak. Kadang-kadang sejam setengah jika masak yang kompleks sikit. Suami saya memang pantas jika masak. Hebatnya dia. 

Saya rasa yang melambatkan tu sebab saya suka masak sikit, basuh alatan memasak sikit, potong sayur kejap. Pendek kata multitasking masa masak. Memang la lambat kan?

Tadi saya cuba buat macam suami buat. Settlekan bahan-bahan masak semua sekali jalan. Masak. Baru berkemas. Fuyoooooooo...Setengah jam settle! Kalau ketika masak tu mengambil masa yang lama contohnya masak daging, barulah boleh sambil-sambil basuh peralatan masak etc. Kalau masak sotong ni, kejap je siap. 

Sambal Sotong

Sup Kobis

Ada beza bila anak-anak makan masakan kita. Mereka jadi lembut hati dan lebih mendengar kata. Perasa yang saya letak mungkin mengena. Perasa apa tu? Sudah pastilah surah al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, selawat dan zikir-zikir. Semoga saya istiqamah!

 Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Kitaran Haid Tidak Stabil
11:14 AM0 Comments
Entah mengapa saya tertarik dengan isu yang terpapar di myMetro tentang masalah sakit puan. Rata-rata dalam 5 orang wanita, seorang daripadanya ada masalah begini. Ini statistik tidak rasmi dari saya. Sejak ber'Shaklee, masalah ini memang sangat biasa didengari.  Ini dia petikan yang saya baca tadi.

Kitaran haid tidak stabil

Saya remaja berusia 22 tahun dan belum berkahwin. Saya mempunyai masalah kitaran haid tidak stabil.

Saya mula datang haid sejak berusia 12 tahun dan pernah dalam setahun saya langsung tidak didatangi haid.

Pelbagai rawatan sudah saya cuba sehingga kini. Saya bimbang jika saya mandul selepas berkahwin. Apakah pandangan doktor untuk membolehkan haid saya lancar semula?

Gadis Runsing,

Jitra Kedah 

Jawapan dari dari Pakar Sakit Puan

Mandul adalah istilah negatif yang jarang dipakai kini. Mandul bermakna anda tidak mempunyai peluang kehamilan langsung. Anda mungkin mengalami masalah kesuburan, tetapi bukanlah mandul.

Apakah yang anda maksudkan dengan pelbagai rawatan? Apakah yang diberitahu oleh doktor anda?

Keadaan anda dinamakan amenorea sekunder, lazimnya ia berpunca daripada gangguan ovulasi (pengeluaran telur). Gangguan ovulasi pula boleh terjadi atas beberapa perkara, inilah yang perlu diselidiki dan dirawat. Jika tidak, ia akan kelihatan seolah-olah anda terpaksa bergantung kepada ubat atau pil hormon mendatangkan haid saja. 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/24
Sumber: myMetro

Sumber:Google

Apakah punca kepada permasalahan ini?

1. Gangguan Hormon

Ovari menghasilkan terlalu banyak telur namun sayangnya telur berkenaan tidak sampai tahap matang bagi membolehkannya melalui proses persenyawaan. Di dalam diri setiap wanita terdapat dua jenis hormon yang dikenali sebagai luteunizing hormone (LH) dan follicular stimulating hormone (FSH). Kedua-dua hormon ini dihasilkan oleh kelenjar pituitari bagi menghasilkan telur. Dalam hal ini, FSH merangsang ovari untuk menghasilkan telur manakala LH pula ditugaskan untuk mematangkan telur.

Apabila ketidakseimbangan hormon berlaku, ratio FSH dan LH tidak betul. Hal ini menyebabkan tahap LH tidak cukup untuk menampung bilangan telur yang banyak.

2. Genetik

Masalah ini turut dikaitkan dengan ketidakseimbangan gula di dalam badan. Ini bererti wanita berkenaan menghadapi masalah penghadaman gula. Biasanya golongan ini berisiko untuk menghidap kencing manis. Oleh yang demikian, sejarah ahli keluarga dapat dijadikan rujukan untuk mengenal pasti masalah haid yang tidak normal. Setelah itu, ia disahkan melalui ujian darah, imbasan ultrasound, laparoskopi dan sebagainya.

3. Mengandung Tanpa Sedar

Ada juga kes wanita yang mengandung tetapi tidak menyedarinya. Mereka sebenarnya mengandung tetapi pada masa yang sama keluar darah, yang disangka haid. Namun, hakikatnya darah yang keluar itu bukan haid tetapi lendir yang berwarna coklat seolah-olah darah haid.

4. Hormon Prolaktin Tinggi

Peningkatan paras hormon prolaktin yang terlalu tinggi menyebabkan haid tidak datang atau datang sekali-sekala. Wanita yang mengalami keadaan sedemikian sering kurang subur. Walaupun seseorang wanita itu belum mempunyai anak atau tidak menyusukan anaknya, masalah ini tetap boleh berlaku. Biarpun belum ada anak ataupun tidak lagi menyusukan anak, kelenjar pituari tetap merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu. Keadaan inilah yang mengganggu kitaran haid.

5. Ubat-ubatan

Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh mengganggu kitaran haid. Pengambilan ubat berkenaan boleh menyebabkan penghasilan hormon prolaktin yang tinggi. Ubat yang dimaksudkan ialah daripada jenis antipsychotic (biasanya digunakan bagi merawat pesakit skizofrenia) atau ubat yang diambil untuk tempoh jangka masa panjang.

6. Daging Berlebihan

Masalah ini dikenali sebagai polyp. Ia adalah daging berlebihan yang keluar daripada lapisan mukus. Ia boleh tumbuh dari dalam faraj, rahim, pangkal rahim atau mana-mana bahagian pun sehingga menyebabkan pendarahan apabila berlaku geselan antara daging dengan bahagian berkenaan. Atas sebab inilah pendarahan tidak menentu berlaku.

7. Masalah Pangkal Rahim

Pangkal rahim yang kecil atau tertutup (stenosis) boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Darah haid yang sepatutnya keluar tidak boleh berlaku disebabkan masalah pangkal rahim wanita berkenaan terlalu ketat ataupun tersumbat. Walaupun begitu, ia amat jarang sekali berlaku.

8. Perdarahan Selepas Persetubuhan

Ini adalah satu tanda bahaya kerana ia mungkin menandakan penyakit kanser pangkal rahim khususnya jika berlaku kepada wanita dalam lingkungan umur 30-an yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Pendarahan selepas persetubuhan juga mungkin disebabkan oleh penyakit lain yang bukan kanser seperti luka pada pangkal rahim (cervical erosion), ketumbuhan bukan kanser ataupun jangkitan kuman.

9. Kanser

Kanser di bahagian rahim atau pangkal rahim turut sama menjadi antara penyebab haid tidak menentu.   

Cara Untuk Atasi

Terdapat pelbagai jenis rawatan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Ini termasuklah :

1. Pemeriksaan ultrasound bagi melihat keadaan rahim dan ovari.
2. Pemeriksaan pap smear.
3. Pemeriksaan darah untuk melihat tahap hormon.
4. Diagnostic dilatation and curettage (DDNC) bagi melihat bukti kanser di dalam rahim.

Berdasarkan hasil ujian berkenaan, doktor akan merawat mengikut keputusan yang diperoleh. Sekiranya terbukti wanita berkenaan menghidap kanser, pembedahan akan dilakukan; jika ia melibatkan jangkitan kuman, antibiotik atau antifungal akan diberi; kalau ia berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon, doktor akan cuba membantu dengan menyeimbangkannya menggunakan hormon tertentu seperti pil perancang keluarga.

Sumber: PaMa Karangkraf

Adakah anda pernah mendengar tentang GLA Complex? 

GLA ialah Gamma Linolik Asid. Kebanyakan GLA  yang tersedia di pasaran dihasilkan dari EPO manakala Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih 2kali ganda GLA dari EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.


Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesannya terpelihara oleh ShakleeGuard, antioksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu manusia.

Hebatnya GLA, telah membantu ramai wanita di sana menstabilkan period, mengandung, mencantikkan kulit 

Untuk lebih tahu mengenai GLA dan manfaatnya, jemputlah klik ke ENTRY saya sebelum ini 




Call/whatapps/sms: 019 2250752 
 Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:
Vitamin untuk Ibu Ketika Berpantang
12:11 AM0 Comments
Apakah vitamin yang terkandung dalam set berpantang/set bersalin Shaklee. Jom kita selusuri satu persatu.





Vita Lea with Iron Formula

Vita Lea merupakan multi vitamin lengkap di dalam satu tablet. Ia mengandugi zat besi yang sangat penting untuk pembinaan sel darah merah. Jika zat besi ibu tidak mencukupi, si ibu akan kelihatan pucat lesi, lesu. tidak bermaya dan paling kritikal boleh mengakibatkan pengsan atau pitam. Pengambilan multivitamin dengan zat besi sangat perlu demi memastikan tubuh mendapat semua nutrisi yang diperlukan. Seringkali kita tidak dapat nutrisi ini dari pengambilan makanan seharian kita.

B Complex
Merupakan vitamin yang sangat penting dalam kehidupan seharian manusia. Tugasnya membantu dalam proses pembinaan sel darah merah dan menstabilkan hormon. Ibu yang berpantang lebih bertenang dan tidak mudah rasa stress dan meroyan. Hormon yang stabil membantu untuk proses pemulihan bagi si ibu yang baru melahirkan anak. Vitamin B complex juga perlu untuk meningkatkan imun sistem dan pertahanan badan.

Sustained Released Vita-C Plus
Kebaikan vitamin C memang tidak dapat disangkal lagi. Merupakan vitamin yang paling penting dalam tubuh manusia. Ia membentuk dan meningkatkan antibodi badan kita. Sangat penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen penting sebagai 'gam' untuk menyatukan setiap sel dalam tubuh. Kekurangan vitamin C membuatkan kulit kita mudah terluka. sensitif dan gusi berdarah ketika memberus gigi. Ibu berpantang memerlukan vitamin C lebih dari orang biasa untuk cepat pulih dan mengelakkan pendarahan gusi.

Zinc Complex
Ianya banyak terdapat dalam ikan haruan dan makanan laut. Walaupun begitu, ikan segar sukar diperolehi dan mahal harganya. Mengapa zink baik untuk ibu yang berpantang? Zink membantu mempercepatkan proses baik luka. Ia merupakan antara vitamin yang penting untuk pertumbuhan. Pengambilan zink dapat dilihat kesannya pada pertumbuhan dan pembesaran bayi, rambut ibu tak mudah gugur dan luka bersalin cepat baik. Tidak hairanlah pengambilan zink setiap hari dalam diet ibu berpantang mempercepatkan pemulihan ibu berpantang.

ESP
Mengandungi protein yang sangat berkualiti. Benar, dalam setiap hidangan makanan kita mengandungi protein seperti ikan, ayam, daging, telur serta minuman soya yang segar samada dibuat sendiri atau dibeli di pasar. Tahukah anda nutrisi protien hanya boleh bertahan pada suhu yang tidak melebihi 36 darjah celcius. Protein yang dimasak dengan suhu yang tinggi (pastinya lebih dari 36 darjah celcius) merosakkan kandungan asid amino dalam protein itu tadi. 

Makanan sel ialah protein. Jika sel mendapat makanan yang cukup dan berkualiti, sel menjadi sihat. Sel yang sihat mempercepatkan pemulihan ibu berpantang. Luka cepat pulih. Pengambilan protein yang mencukupi dengan asid amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat, kuku yang kuat serta mempercepatkan dan membanyakkan penghasilan susu ibu. Penghasilan susu ibu tetap bergantung kepada hukum 'supply and demand'. Banyak juga testimoni yang mana anak yang menyusu lebih cepat kenyang kerana susu ibu yang mengamalkan pengambilan ESP menjadi lebih pekat. 

Ostematrix
Ibu berpantang sangat memerlukan kalsium. Ibu berpantang dinasihatkan mengambil kalsium membantu tulang yang kuat dan tidur yang lena. Susu ibu yang kaya dengan kalsium membantu tulang dan saraf agar anak membesar dengan tulang yang kuat. Ostematrix bukan sahaja mengandungi kalsium malah mengandungi vitamin D, magnesium dan boron untuk membantu penyerapan kalsium yang lebih mantap. Ibu berpantang selalunya tidak punya tidur yang cukup. Pengambilan kalsium membolehkan ibu mendapat tidur yang lena walaupun tidur dalam waktu yang singkat. Mengurangkan masalah kejang dan susu ibu lebih nutrisi.

Nasihat saya,  ambillah vitamin secara konsisten. Ia sangat sangat membantu memudahkan tugasan harian sebagai ibu dan isteri. Mempercepatkan proses pemulihan luka bersalin dan proses penyusuan. Alangkah baik ia diambil dari awal supaya badan kita yang sihat akan terus sihat. Mencegah lebih baik dari mengubati. Jangan tunggu sehingga susu merundum baru mula hendak mengambil vitamin kerana ia melambatkan proses penyerapan.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Selamat berpantang..

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Wednesday, May 14, 2014

Set Bersalin/Set Berpantang Shaklee
5:19 PM0 Comments
Seorang teman meluahkan rasa hatinya, pening dan rambang mata memilih set berpantang atau set bersalin di pasaran. Terlalu banyak dan semuanya menyatakan paling bagus di pasaran. Beliau banyak menghabiskan masa ketika mengandung dengan membuat survey set bersalin yang sekaligus boleh membantu dia membanyakkan susu untuk bakal anak yang dilahirkannya.

Dia dalam dilema untuk makan jamu kerana pengalaman sebelumnya, jamu yang dibeli tidak dapat dimakan langsung kerana anaknya menghidap demam kuning. Doktor dan jururawat menentang keras pengambilan jamu sepanjang tempoh berpantang.Ia dipercayai menambah risiko untuk bayi yang demam kuning kerana hati bayi masih belum kuat untuk memproses susu yang mengandungi jamu yang dimakan oleh si ibu.

Sekarang punya banyak pilihan. Ada juga set homeopati, supplemen dan vitamin sebagai set berpantang. Saya tidak punya pengalaman berpantang dan menyusukan anak dengan mengambil vitamin Shaklee. Waktu itu, saya tidak membuat penyelidikan yang extensive tentang vitamin untuk ibu mengandung, berpantang dan menyusukan. Alangkah ruginya, tetapi sekarang saya belajar dari kesilapan. Saya buat penyelidikan yang penuh malah saya sendiri mendapat banyak testimoni dari rakan-rakan dan adik beradik yang berpantang dengan mengamalkan vitamin Shaklee.

Pada awalnya saya berpendapat vitamin membantu membanyakkan susu. Hakikatnya, vitamin-vitamin ini tidak membanyakkan susu tetapi ia memberi tahap kesihatan dan tenaga kepada si ibu. Memang ada bezanya apabila makan vitamin dengan tak makan vitamin. Pemakanan seharian masa kini tidak seimbang memandangkan ketika berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil dipercayai sejuk, angin dan boleh menambah bisa di badan. Tidur ibu yang berpantang memang tidak akan lengkap 8 jam sehari kerana menjaga bayi yang baru lahir membuatkan ibu-ibu mudah keletihan. 

Sumber: Google

Maka pengambilan vitamin membuatkan ibu rasa sangat berbeza. Susu menjadi banyak sebab dengan makan vitamin, badan ibu sihat dan cergas. Maka ibu dapat kerap susukan bayinya. Dari situ susu  bertambah banyak kerana bayi kerap menyusu.Kita berbalik kepada konsep penyusuan iaitu 'supply and demand'. Memang ada sesetengah orang merasakan tidak perlu mengambil vitamin. Harus diingat, bukan mudah untuk ibu berpantang mengamalkan makanan seimbang dan memenuhi piramid makanan. Di sinilah peranan vitamin sangat penting. Ia menampung kekurangan nutrisi terutamanya kepada ibu berpantang untuk mempercepatkan pulih luka sekaligus menyusukan bayi. Ini sangat kritikal kerana bayi yang baru lahir sangat memerlukan nutrisinya untuk membesar dengan susu ibu. Susu ibu susu yang terbaik di dunia

Demam kuning bayi yang baru lahir mudah pulih dengan susu ibu. Ibu-ibu dinasihatkan menyusukan bayi sekerap mungkin. Jangan risau jika bayi demam atau selsema, kerana vitamin yang dimakan oleh ibu boleh membantu menyembuhkan penyakit bayi melalui susu ibu, dengan izin Allah juga. Ibu-ibu amalkanlah pengambilan vitamin sebagai pelindung kepada bayi.

Syukur sebab sejak kebelakangan ini set berpantang atau set bersalin Shaklee mendapat banyak permintaan. Ramai juga berpantang dengan vitamin Shaklee dan mengakui perbezaan ketara dengan pengalaman bersalin sebelum ini. Benar, badan ibu bersalin memerlukan vitamin untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Bukan sahaja cepat pulih, malah membantu menyusukan anak dengan cemerlang. Stok EBM pun boleh dibuat dengan jayanya ketika berpantang

Paling utama, ianya selamat untuk ibu dan juga bayi. 
Set Bersalin/Set Berpantang Lengkap
Sekiranya anda masih mencari-cari set bersalin, apa kata anda cuba mengamalkan pengambilan vitamin Shakle? In shaa Allah, bukan sahaja cepat pulih dari luka bersalin, buat anda bertenaga ia juga mampu memudahkan penyusuan anda dan bayi. Ia juga sesuai untuk anda yang bersalin secara pembedahan.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut. 
 
Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time: