Pengalaman Melahirkan Baby Sofea Secara Pembedahan (C-Section)-Part 1

5:09 PM

Lama saya mengambil masa untuk berkongsi kisah kelahiran anak ketiga. Hmm... Sudah 24 hari bersalin baru hari ni rasa nak bercerita tentang pengalaman bersalin kali ini. Memang menunggu saat yang sesuai sebab sedang dalam proses pemulihan luka pembedahan. Ditambah pula kesibukan mengurus anak-anak lain yang bersekolah.
Saya mendaftar masuk pada 26hb pukul 11 pagi. Setelah mendaftar saya menunggu giliran di kawasan menunggu di Wad Bersalin. Berdebar-debar rasa hati melihat suasana di situ. Ramai yang menunggu giliran. Ada yang daftar terus je masuk ke labour room, mungkin kerana terlalu hampir untuk melahirkan. Ada juga yang menunggu sejak pagi. Tak kurang ada ahli keluarga yang menunggu berita yang menggembirakan.

Beberapa minit kemudian, nama saya dipanggil. Nurse cek tekanan darah, berat dan urine. Kemudian perut saya 'diikat' untuk CTG. Hehe. Lama juga nak tunggu CTG ni selesai. Alhamdulillah.... jantung baby masih kuat. Selepas selesai CTG saya diminta untuk menukar uniform berwarna pink. Maka secara rasminya, saya sudah tidak boleh keluar dari wad bersalin.

Part yang paling saya tak suka bila nak masukkan branular. Aduhai sakitnya. Bengkak terus. Doktor yang pasang tu tak pakar sangat pasang branular. Doktor praktikal kot?Terpaksa saya mengadu dengan nurse. Serta merta dibuka. Lepas tu pula saya dipanggil oleh doktor bius untuk diberi penerangan tentang cesarean, bius, dan kesan-kesan sampingan. Banyak juga dokumen yang perlu ditandatangan. Masa baca tu macam ngeri. Part ni juga agak suspense bila doktor tanya samada saya mahu 'ikat' memandangkan ini cesarean yang ketiga. Banyak risiko yang perlu saya tahu dan suami saya dipanggil untuk tujuan ini.

Selesai semuanya saya diminta menunggu sementara katil saya siap. Suami hantar makanan. Tak tahu pula ada makanan disediakan untuk ibu-ibu di situ. Makan pun tak berapa nak selera. Teringat anak-anak. Mulalah sedih. Huhu...Ramai juga yang senasib dengan saya (elective cesarean). 5 orang! Kami berkongsi cerita. Sedikit sebanyak mengurangkan rasa gusar di hati. Usai makan, saya solat Zohor. Nama saya dipanggil sekali lagi. Kali ni pula oleh 2 doktor yang melakukan cesarean untuk saya. Mereka menemuramah saya sambil-sambil cek perut dan memberikan penerangan untuk cesarean esok. Sesi saya yang kelima (terakhir) dijangkakan pukul 4 petang. Saya diminta berpuasa pukul 12 tengah malam. Lama tuuu...

Suasana di wad bersalin meriah sungguh. Ramai ibu-ibu beruniform pink. Ada yang duduk rehat-rehat. Ada yang mundar mandir menahan sakit, ada yang merungut kerana lama menunggu katil, ada yang relaks. Saya pula suka perhati. Berbalas senyum dan bertukar cerita.Saya masih tak pasti nasib saya.

Kesian suami menunggu di luar. Lepas Asar barulah saya dan 4 orang yang senasib tu dipanggil naik ke wad. Kalau ikut kelayakan, saya cuma layak ke kelas satu 2 bedded. Tapi, sebelum bersalin, saya perlu ditempatkan diwad 5E kelas 3 kerana ada prosedur-prosedur yang perlu diikuti. Redha.

Nurse bawa saya ke katil. Eh bukan sekadar katil, saya dihantar ke wad khas (isolated) satu bilik seorang kerana background kesihatan saya (hepatitis B). I was considered as bio hazard patient. Huhu. Bilik tu pula sejuk sangat. Mengigit hingga ke tulang. One side bagus juga sebab saya ada privacy sendiri, on other side err... sejukkkk sangat dan sunyi. 


Sunset. Permandangan dari wad 5E

Katil 28
 Suami menemani sehingga waktu melawat tamat. In fact terlajak banyak sebab guard tak masuk wad saya tu. Nurse cuma datang sekali sekala. Kebetulan adik ipar menghantar WA imej anakanda Alya menangis rindukan saya di rumah. Ada nota khas juga untuk saya. Huwaaa.. tewas juga. Sedih sangat. Bertambah-tambah sayu rasanya bila suami pulang. Seorang diri. Melayani ucapan dan doa selamat sahabat-sahabat di WA dan FB.

Nota dari Alya

Haaaa... rupanya malam tu bukan untuk saya tidur lena. Hehe. Rasanya macam setiap jam kena kejut. Sekejap-sekejap cek tekanan darah. Lepas tu cek gula. Cek suhu. Diberi juga ubat tahan muntah untuk persediaan cesarean esok. Paling tak best bila  pasang branular. Ni memang sejarah sebab 3x percubaan pun tetap tak boleh pasang. Darah dah meleleh. Bengkak pula tu. Dugaan. Lupa nama doktor tu. Mungkin doktor praktikal. Cina perempuan. Kesian pula tengok dia menggigil -gigil nak pasang branular dan nak ambil darah. Banyak kali dia minta maaf dan dia minta izin untuk panggil doktor lain. Then, ada doktor lelaki take over. Doktor lelaki nampak cool. Sekejap je dia buat. Settle. Dia siap bagitahu yang doktor cina perempuan tu baru lagi. Tak diberitahu pun saya tahu. Huhu..Iyalah, saya maafkan.

Subuh esoknya, saya bersiap-siap untuk mandi dan solat. Saya diberitahu akan dimasukkan tube urine dan drip air untuk elakkan saya dehidrate. Maklumlah berpuasa. CTG pun diaorang nak buat. Lama pula CTG kali ni. Doktor cakap tak cantik dan kena repeat lagi dan lagi. Dikhuatiri baby distress. Mungkin sebab saya berpuasa. Tapi baby gerak aktif macam biasa.

Kelam kabut tengok nurse dan doktor dalam bilik saya tu. Kemudian specialist masuk (tak tahu nama)-things went so fast. But she said, we are just fine. Me and baby. Alhamdulillah. Mesin CTG di off kan. Saya diminta berehat sebelum turn saya tiba. Tube urine dimasukkan, juga drip air. Huwaaa... sangat tak selesa.

Nak tunggu pukul 4 rasa lama sangat. Sebab tak buat apa-apa sekadar baring kat katil. Nak bangun pun tak boleh sebab ada tube urine tu. Suami pun dapat teman sekejap sahaja sebab nak solat Jumaat dan urusan-urusan lain.

Well, we plan Allah is the best planner. Sepertu yang dimaklumkan, saya sepatutnya dibedah pada hari ini (Jumaat, 27hb) , tapi Allah lebih mengetahui, saya tidak dapat di czer hari yang dijadualkan ni kerana turn sebelum saya, wanita yg diczer mengalami pendarahan yang teruk dan mengambil masa untuk diselesaikan. Gerun juga saya dengar. Banyak darah terpaksa di top up kerana pendarahan yang serius.

Giliran saya ditangguh ke hari Selasa 3hb March , 2015. Saya di discharged kan petang itu juga. Saya dimaklumkan pada pukul 3 petang. Doktor yang memaklumkan berkali-kali minta maaf kerana menangguhkan pembedahan saya. Menurutnya, penangguhan seperti ini jarang-jarang berlaku. Seperti mahu menangis, saya menerima takdir ini dengan redha. Saya dibenarkan makan setelah berpuasa sejak tengah malam tadi. Tube urine dan branular dicabut. Terasa sakit dan bengkak di sana sini. Allah... suami pula tiada di sisi.

Balik rumah anak-anak kemain happy tengok saya.

"Mama..mana baby???"

Haha... baby belum boleh keluar.


Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

1 comments