Pengalaman Melahirkan Baby Sofea Secara Pembedahan (C-Section)-Part 2 - CIK MIL MILA

Friday, March 27, 2015

Pengalaman Melahirkan Baby Sofea Secara Pembedahan (C-Section)-Part 2

Isnin 2hb March, 2015, sekali lagi saya mendaftar masuk ke Hospital Serdang untuk melalui prosedur yang sama. Check jantung baby, tekanan darah, urine etc etc, Kemudian dihantar ke wad 5E. Sama macam hari tu juga. Tak de yang berbeza. Yang berbeza cuma nurse dan doktor yang bertugas. Jadi, servis pun berbeza. Lebih baik dan pantas. Pemasangan branular smooth and easy. Alhamdulillah.

Saya bermalam di situ dan dikejutkan beberapa kali untuk pemeriksaan tekanan darah , suhu, ubat tahan muntah sebagai persediaan czer keesokan harinya. Tidur saya tetap lena walaupun berdebar-debar dan merindukan anak-anak di rumah. Cuba bertenang dan bertafakur, entah selamat atau tidak Allah sahaja yang tahu. Seperti dah dapat agak apa yang akan berlaku berdasarkan pengalaman minggu lepas.

Pagi esoknya pukul 5 lebih saya dikejutkan untuk CTG. Untuk cek jantung baby. Saya minta ditangguhkan kerana mahu mandi dan solat Subuh, tapi katanya tak lama. Tunggu punya tunggu sampai pukul 7 masih lagi tak selesai katanya bacaan CTG tidak memberangsangkan. Saya pula dah tak tahan nak buang air besar. Boleh pula doktor tu nak buat VE. Urghh... Saya bertegas cakap yang saya takde contraction. Cuma sakit nak buang air besar. Memang ini waktu tetap saya. Tapi doktor tu bertegas juga. Katanya bahaya. Akur!

Doktor tu cakap memang tiada bukaan dan saya dibenarkan ke tandas. Fuhh lega! Dengan happy saya bermandi manda bersihkan diri. Mungkin ini yang terakhir. Wallahuaklam. Tengah-tengah bersabun pintu bilik air saya diketuk. Potong stim betul. 

"Puan, buat apa tu. Boleh buka pintu sekarang tak?"

"Saya tengah mandi ni. Tengah bersabun. Kenapa ye?"

"Puan kena czer sekarang. Cepat puan"

"Eh! Saya punya turn petang lah!"

"Puan keluar dulu"

"Ok ok. Sekejap"

Cepat-cepat saya bersiap. Dah la bertuala saja. Err.. darurat.

Keluar dari bilik terkejut betul saya. Stretcher warna biru depan bilik air. Beberapa nurse bersedia dengan kelengkapan. Saya diminta pakai baju OT ketika tu juga. Alamakkk... apa yang berlaku ni?

"Baby puan mungkin distress. Report CTG tak cantik. Puan perlu emergency czer sekarang. Puan boleh call suami sekarang"

Waaa...rasa macam nak menangis tapi tak sempat nak buat apa-apa. Saya diminta naik atas stretcher, baju OT dipakaikan, baring dan tiub urine dipasang.

Nurse bagi handphone untuk saya buat panggilan.

Lepas call suami, saya ditolak ke OT. Allah... Hanya kalimah-kalimah suci di bibir dan di hati.

Sampai OT semuanya sudah tersedia. Semua yang terlibat berbaju dan beruniform biru. Tutup 100%. Saya dengar ini dari salah seorangnya.

"She is bio hazard patient"

Baru lah saya faham kenapa diaorang dressing macam tu. Waaa..takut dan nervous sangat time ni. Dengar bunyi pintu OT pun menakutkan. 

Bila semua staff dah ada ( i guessed) diaorang pasang segala kelengkapan. Here and there. Too many to detail out. Doktor bius pun take place dan mulakan tugas. She explained in few minutes dia akan bius. Bius tu tak terasa sakit sangat. Cuma geli geli je. But I am freaking cold! Tak tahulah sebab takut atau sebab the aircond. Maybe combination of both. 

Beberapa minit lepas tu, doktor bius suruh angkat kaki untuk tengok kalau ubat bius tu dah berkesan. Saya cuba dan memang tak boleh angkat pun. Lepas tu bermulalah aktiviti mengeluarkan baby sofea dari rahim. I can feel the pressure. Aduhai... menggigil saya. Beberapa minit lepas tu bukan saja saya rasa perut ditekan, saya rasa sakit juga. Pedih. Allahu... saya tak tahu macam mana nak menggambarkan kesakitan itu. Sakit yang amat sangat. Saya juga boleh dengar suara doktor bedah yang mengarahkan staff nurse call specialist, saya mengerang sakit. Tak tahu apa komplikasi yang saya hadapi. Rasa seperti nyawa di hujung tanduk. Doktor bius menambah ubat through the branular. Boleh rasa dan nampak.

Saya asyik mengerang kesakitan. Nurse bisikkan ke telinga saya supaya istighfar dan mengucap. Saya cuma ingat saya sebut Allah Allah. Doktor bius menenangkan saya dengan memberi gas entonox. Seingat saya beberapa ketika saya pengsan.

Perut saya rasa ditekan-tekan dengan kuat. Ada kain putih panjang melintasi atas kepala tak tahu untuk apa. Kemudian dengar suara baby menangis. Alhamdulillah...

Saya masih rasa sakit. Ntah apa yang mereka buat ketika ini, mungkin mengikat saluran fallopian (tubectomy). Doktor bius memaklumkan yang mereka ada buat local anaesthetic di sebelah kiri rahim saya dan juga di punggung. Mungkin inilah sebabnya. Tak dapat saya nak tanya lanjut sebab menahan kesakitan dan kesejukan. 

Dalam pada itu, nurse bawa baby Sofea kepada saya dan bertanya jantinanya. Saya jawab perempuan. Then saya sign surat jantina baby. Sejurus lepas tu, Sofea diletakkan ke dada saya. Nurse minta izin saya breastfeed Sofea pada waktu tu juga. Dia beritahu, seawal sejam kelahiran, bayi mempunyai refleks yang sangat kuat. Amazingly, baby Sofea sudah pandai mencari-cari puting dan menghisap susu badan. Saya boleh rasa kuatnya dia menghisap. Bahagia dalam sakit-sakit tu.

Lama betul rasanya pembedahan ini. Akhirnya selesai. Itupun rasanya saya tertidur atau pengsan. Entahlah tak berapa nak ingat. Saya diselimutkan dengan selimut haba sementara mereka monitor tekanan darah dan jantung. Paling tak boleh lupa bila saya tengok few staff (tahu lah nurse atau pekerja pembersihan-sebab pakaian mereka sama-biru) membersihkan OT keseluruhannya. Segala alatan pembedahan, pintu, dinding, lantai etc etc dibersihkan. Baru teringat, saya jadi patient terakhir untuk czer sebab saya bio hazard patient. Tapi akhirnya saya jadi yang pertama! Kesian patient selepas saya. Tentu lama menunggu.

Bila semuanya selesai, saya dihantar ke wad dengan baby Sofea. Allah... gembira sangat bila tengok suami di depan pintu masuk wad. Rasa macam nak nangis. Masuk wad nurse explain yang saya perlu berada dalam kedudukan baring selama 6 jam. Minum air masak selepas 6 jam. Kalau tak muntah minum air milo suam dan makan sedikit.

Sayup-sayur dengar suami melaungkan azan dan iqamat ke telinga baby Sofea. Syukur alhamdulillah. Kami dua-dua selamat.

Nota kaki: Sorry tiada gambar. Hehe.

Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: