Congenital Hypothyroidism

Hipotiroidisme Kongenita (Congenital Hypothyroidism)

11:30 AM

Bila mendapat tahu tentang keputusan ujian darah baby Sofea,saya cuba mencari jawapan apakah itu hypothyroid. Alhamdulillah, penerangan yang mantap saya temui dalam web doktor budak. Boleh refer di sini Anak Saya Kurang Hormon Tiroid



Anak saya kurang hormon tiroid ?

Q: Hi doktor, mohon penerangan tentang masalah Congenital Hypothyroidism. Anak saya telah disahkan menghidap penyakit tersebut oleh doktor pakar dan perlu bergantung dengan hormon sepanjang hayatnya. Saya berasa kecewa kerana anak perlu bergantung dengan ubat hormon ini dan telah membaca di Google bahawa ubat ini boleh diberhentikan penggunaannya dalam sesetengah kanak-kanak. Harap doktor boleh terangkan masalah ini dengan terperinci ya. (Masni)

A:Salam sejahtera, Puan Masni

Apakah itu Hipotiroidisme Kongenita?

Hipotiroidisme Kongenita (Congenital Hypothyroidism) adalah penyakit kelenjar tiroid yang melibatkan bayi yang baru dilahirkan. Penyakit ini mengakibatkan kekurangan penghasilan hormon “Thyroxine”. Hormon “Thyroxine” adalah sangat penting untuk tumbesaran serta perkembangan otak kanak-kanak.

Kelenjar tiroid biasanya terletak di bahagian leher. Sekiranya, kelenjar tiroid kurang penghasilan hormone “Thyroxine”, maka ia boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme (Hypothyroidism). Jika penyakit ini dikesan pada bayi yang baru dilahirkan, ia digelarkan sebagai Hipotiroidisme Kongenita (Congenital Hypothyroidism).

Di Malaysia, seramai 180 orang bayi didapati mengidapi penyakiti ini daripada setiap 550,000 bayi yang dilahirkan setiap tahun.

Kenapa pengesanan penyakit ini begitu penting?

Hipotiroidisme Kongenita merupakan salah satu penyebab terencat akal dan masalah pembelajaran yang boleh dielakan jika dikesan serta dirawat seawal mungkin selepas kelahiran.

Kanak-kanak yang mengidapi penyakit ini boleh mempunyai tumbesaran serta perkembangan otak yang normal sekiranya bayi menerima rawatan hormon “Thyroxine” dalam masa yang seawalnya (rawatan sebaik-baiknya dimulakan sebelum bayi berumur 2 minggu) serta perlu diambil sepanjang hayat*.

Apakah gejala-gejala penyakit ini?

Pada masa kelahiran, kebanyakan bayi tidak akan menunjukkan sebarang tanda atau gejala penyakit ini.

Tanda / gejala pada permulaan adalah tidak ketara. Antaranya:
  • Penyakit kuning yang berpanjangan (prolonged jaundice). Penyakit kuning yang lebih 2 minggu selepas kelahiran bagi bayi yang matang; lebih 3 minggu bagi bayi pra-matang. Oleh itu, doktor akan mejalankan ujian darah dan kencing bayi, yang melibatkan ujian fungsi tiroid.
  • Sembelit
  • Bayi yang “senyap”. Bayi yang selalu tidur, jarang menangis serta tidak aktif berbandingkan dengan bayi yang lain
  • Masalah penyusuan

Sekiranya bayi tidak menerima rawatan, tanda / gejala lazimnya muncul ketika bayi berumur 3-6 bulan:
  • Raut muka yang kasar (Coarse facies)
  • Tangisan yang garau (Hoarse cry)
  • Kulit yang kering dan kasar
  • Perut buncit
  • Tumbesaran yang terbantut
  • Tindak balas yang lambat, tidak aktif

Tanpa tanda / gejala, bagaimana penyakit ini dikesan?

Di Malaysia, sampel darah daripada tali pusat diambil untuk ujian saringan “cord TSH” (Thyroid Stimulating Hormone) semasa bayi dilahirkan. Sekiranya keputusan menunjukan bayi kemungkinan mengidapi Hipotiroidisme Kongenita, maka bayi akan menjalani ujian darah tambahan untuk mengesahkan diagnosanya.

Selain daripada ujian darah, doktor bayi anda mungkin akan mengesyorkan bayi anda untuk menjalankan “scan” leher untuk mengesan kelenjar tiroid serta kedudukannya.

Terdapat segolongan kecil bayi yang mengidapi Hipotiroidism Kongenita juga mengalami masalah pendengaran. Jadi doktor bayi anda mungkin akan mencadangkan bayi anda untuk menjalankan ujian pendengaran.

Apakan penyebab penyakit ini?

Pembentukan kelenjar tiroid berlaku pada waktu permulaan penghamilan. Penyakit ini boleh terjadi sekiranya:
  • Kelenjar tiroid tidak terbentuk
  • Mempunyai sebahagian kelenjar tiroid sahaja
  • Kelenjar tiroid tidak berfungsi
  • Kelenjar tiroid berada di luar daripada kedudukannya yang biasa

Penyakit ini boleh disebabkan oleh masalah genetik, oleh itu sila bincang dengan doktor bayi anda tentang kebarangkalian untuk bayi seterusnya mengidapinya.

Apakah rawatan yang diperlukan?

Rawatan terdiri daripada ubat biji L-Thyroxine sekali sehari pada dos yang ditetapkan oleh doktor bayi anda. Ubat biji perlu dihancurkan dan campur dengan susu ibu, susu formula atau air. Campuran dengan susu soya perlu dielakkan sebab ia boleh mengganggu penyerapan ubat ini.

Kanak-kanak yang mengidapi Hipotiroidisme Kongenita memerlukan rawatan susulan serta ujian darah yang agak kerap pada beberapa tahun yang pertama. Rawatan susulan dan ujian darah ini diperlukan untuk memastikan paras hormon “Thyroxine” adalah mencukupi untuk perkembangan dan tumbesaran yang normal.

Seperti yang disebutkan di atas, rawatannya kebiasaan adalah untuk sepanjang hayat*.

*hanya segelintir kanak-kanak yang disyaki mengidapi penyakit sementara (transient) di mana fungsi kelenjar tiroid kembali normal. Golongan ini hanya dinilai semula pada umur 3 tahun, apabila perkembangan otak kanak-kanak yang bergantung kepada hormon tiroid sudah matang.

Penilaian untuk pesakit “Transient Hypothyroidism”:
Dilakukan pada umur 3 tahun
Ubat dihentikan selama 4 minggu. Selepas itu, ujian darah dijalani
“scan” kelenjar tiroid
Sekiranya disahkan mengidapi penyakit ini tetap, maka pesakit perlu mengambil ubat L-Thyroxine untuk sepanjang umur.

Saya berharap saya telah menjawab soalan puan. Puan perlu membawa bayi anda untuk memeriksaan selanjutnya. Sila bincang / hubungi doktor bayi anda sekiranya masih ada sebarang kemusykilan.

( answered by Dr Yap Hsiao Ling )


Source:
Malaysian Pediatric Protocol 3rd Edition
http://www.gosh.nhs.uk/medical-conditions/search-for-medical-conditions/congenital-hypothyroidism/congenital-hypothyroidism-information/


********************************************************************************

Allah... berilah kekuatan dan kemudahan


Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

hypothyroid

Prolonged Jaundice - Hypothyroid

7:00 AM

Bila discharged dari hospital automatik nurse akan datang rumah untuk cek ibu dan anak . Kali ni sangat istimewa sebab saya dijadikan bahan ujikaji untuk latihan nurse. Mak aii...saya malu. Nurse cek jahitan czer saya. Ajar cara cuci dan juga cek bahagian sulit. Bukan setakat ajar saya, nurse ajar juga adik2 nurse. Tak silap ada 3 orang adik2 nurse. Masa mereka tengok jahitan tu, saya rasa seriau. Belum mereka pegang lagi. Aduhai. Nurse ajar ambik 5 keping kapas (keping ke??) dan semangkuk air suam. Basahkan satu kapas, perah sikit dan lapkan kat jahitan tu kesatu arah sahaja sekali lalu. Jangan ulang alik sebab ia boleh membawa kepada infeksi atau jangkitan. Ada 5 kapas jadi perlu lapkan @ cucikan 5 kali.

Lepas tu cek baby pulak. Nurse kata ada kuning sikit dan perlu dibawa ke KK berhampiran untuk cek bacaan kuningnya. Dipendekkan cerita Nurin Sofea memang ada kuning dan kuningnya agak tinggi. Saya dinasihatkan bawa Sofea ke bahagian kecemasan Hospital Serdang. Saya tak pergi terus. Instinct seorang ibu selalunya tepat. Saya decide untuk settlekan urusan anak2 yang lain dulu. Nurin & Alya. Packing barang siap-siap. Saya tahu Sofea pasti akan masuk wad. Malam tu kami hantar Nurin & Alya ke rumah mama mertua di BB Bangi. Siap dengan baju dan beg sekolah. Pukul 11 lebih baru kami ke Hospital Serdang. Memang pantas perkhidmatan di kecemasan Hospital Serdang. Sofea perlu di admitkan dan kami dihantar ke NICU pada tengah malam tu.

Saya diberi peluang untuk room in untuk menjaga Sofea tapi saya tak berdaya. Badan sakit-sakit dan keletihan. Keadaan di NICU sangat sejuk. Saya menggigil. Saya minta pulang dan datang balik keesokan harinya.

2 malam di NICU baby Sofea dibenarkan discharged. Bacaan kuning menurun dengan cepat. Doktor buat conclusion yang baby Sofea kurang minum susu. Macam tak percaya tapi well ... Allah knows best.

Alhamdulillah Nurin Sofea boleh balik rumah. Bila balik nurse buat lawatan lagi. Kuning Sofea datang balik. Its prolonged jaundice. Saya tak panik sebab Alya dulu pun prolonged jaundice. 2 bulan. She had breastfeeding jaundice. Nothing to worry about.

Pergi KK doktor refer ke Hospital Serdang lagi tapi ke bahagian Paediatric sebab prolonged jaundice. Sampai sana, jumpa doktor, ambil darah dan urine. 2 minggu lagi baru next appointment dan jumpa doktor. Tengah malam tu saya terjaga sebab Sofea menangis untuk menyusu. Sambil menyusu saya cek handphone ada miss called dari nombor yang tidak dikenali. Pukul 11 lebih. Tidur lena betul sampai tak dengar bunyi telefon. Saya ignore je. Tapi pelik juga sebab nombor tu nombor office dan telefon di tengah malam. Rasa tak sedap hati. Rupanya suami pun dapat missed call dari nombor yang sama. Saya Google rupanya nombor telefon Hospital Serdang. Hmmmm... berdebar debar betul.

Saya call balik, tiada jawapan. Mungkin sebab general line. Pagi pukul 8 lebih saya mendapat panggilan dari nombor yang sama. Doktor paediatric yang call. Dia beritahu saya perlu ke Hospital Serdang seberapa segera iaitu esok sebab bacaan ujian darah menunjukkan anak saya ada hypothyroid. Allahuakbar. Tiada kata-kata. Hanya air mata yang mengalir. Ya Allah aku redha dengan segala ketentuanMu tapi berilah aku kekuatan dan kemudahan untuk melaluinya.
Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

breasfeeding

Selepas Cesarean

10:50 PM

Entry ni dah lama terperam, baru hari ni nak publish.

***********************************************************************************

Di wad, saya dan suami di ajar cara-cara breastfeed baby. Walaupun saya tak boleh bergerak, tapi saya memang hendak sangat breastfeed baby Sofea. Nurse meletakkan bantal disisi saya dan suami memegang baby. Sukar juga nak bagi baby latch dengan betul sebab saya tak mampu mengiring. Hanya tangan yang boleh digerakkan. Berkat kesungguhan suami, akhirnya berjaya juga saya breastfeed baby Sofea dalam keadaan berbaring. Tak pasti ada susu ke tidak, tapi perlu juga untuk stimulate susu supaya keluar. Pandai baby Sofea menghisap susu. Subhanallah ! Sampai terlena Sofea di sisi mama. Bila dah terlena, suami akan mengangkat Sofea ke cot nya. Secara purata dia akan bangun sejam sekali untuk menyusu. Memang suami tak dapat berehat sepanjang hari tu.

Malamnya, adik ipar saya 'maksu' takeover pula menjaga saya sebab suami harus pulang untuk menguruskan uri pula. Kesian maksu sebab terpaksa menggantikan suami untuk menjaga Sofea dan mengangkatnya supaya boleh menyusu dengan saya. Sejam sekali sehinggalah pagi menjelma.

Oh lupa nak cerita, malam tu saya sudah boleh angkat kepala dengan bantuan suami. Sedikit demi sedikit supaya saya boleh makan dan minum. Malam tu saya minum ESP Shaklee dan air kosong. Itupun melalui straw (macam tiub je). Bubur pun saya makan juga tapi sangat sedikit sebab tak berapa selera. Takut pun ada juga. Doktor kata kalau tak selera jangan paksa. Heheh. Bibir saya sangat kering dan pedih. Tekak pun kering akibat kekurangan air dan sejuk.

Luka czer sakit dan pedih. Tahan sajalah sambil zikir dalam hati. Nak buat macam mana. Ubat tahan sakit dan ubat angin dah makan tapi tetap lah sakit. Wad sejuk sangat sampai baby Sofea bersin banyak kali. Alahai kesian anakanda. Bermulalah malam saya yang tak berapa nak lena. Hehe...

Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

free vitalea

I Feel Good

8:03 AM

Cool juga ye buat kerja mengadap laptop sambil breastfeed. Heheh... seronok rupanya multitasking macam ni. Sign up kan new member Shaklee! Seronok betul kawan saya tu. Sign up membership----》Beli vitamin ----》 dapat free Vita Lea berharga RM94. Ini sempena 100 tahun multivitamin Vita Lea di pasaran tau!! 

Iya. Betul!!!! Jangan tak caya, sempena 100 tahun Vita-Lea, Shaklee berbesar hati memberikan SEBOTOL VITA-LEA (bernilai RM94) SECARA PERCUMA kepada setiap new member yang mendaftar dengan belian minimum 1 produk sahaja.

PROMOSI MEI

❤Daftar ahli dengan minima pembelian akan dapat VITALEA secara PERCUMA
Contoh :

✔Daftar RM69

✔(Apa2 saja produk shaklee. Minima 1botol)

✔FREE VITALEA

✔Setiap pembelian terus dapat harga ahli

✔Ada promosi setiap bulan dari SHAKLEE

Berminat sila inform saya yer. TQ

PM @ WA saya 019 2250752 untuk offer terbaik ini

Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit