Mood Baik Susu Ibu Jadi Meriah!

10:00 AM

Ada kalanya saya perhatikan baby Sofea seperti enggan menyusu walaupun dia kelihatan mahu menyusu. Body language dan mulutnya jelas nampak yang dia kehausan tetapi bila disuakan miss B dia berpaling dari saya. Puas saya memaksa dia menyusu. Dia menangis kuat dan mengeraskan badannya! Episod ini berlaku beberapa kali sebelum ini.

Suami perasan situasi itu dan dia menyuruh saya naik ke bilik atas. Ketika itu saya berada di bawah, menyusukan sambil menonton, Nurin dan Alya bergurau senda dan kadangkala bergaduh. Saya pun menjerit marah-marah. Sebenarnya fikiran saya agak terganggu juga. Kata suami "Ma stress tuuu... cuba relaks!"

Bila saya naik ke bilik, saya turn on aircond. Suasana bilik agak sunyi dan baby Sofea minum susu dengan rakusnya! Haa.. baru saya tahu mengapa Sofea reject untuk menyusu. Dia terganggu dengan perasaan stress saya.

Gambar Hiasan

Sebenarnya, jika kita stress ia mengganggu penghasilan susu terutama jika kita mengepam. Jika kita direct feed pula baby seolah-olah faham perasaan kita. Itu yang dia meragam tu. Untuk itu, saya sehabis boleh mencuba untuk bertenang walau apa jua situasi. Walaupun sebagai manusia biasa kita tidak boleh mengelak. Jadi saya perlu berusaha untuk mengelakkan peristiwa ini berulang, atau sekurang-kurangnya mengurangkan episod ini.

Saya pastikan untuk mengambil vitamin anti stess!! Apa dia vitamin itu. B Comple dan vitamin C!

Pengambilan vitamin B Complex dan Vitamin C membantu dalam mendapatkan penstabilan hormon oksitosin terutama ketika ibu menyusu. Jangan sesekali memandang remeh untuk mengambil dua vitamin ini bila kita menyusukan anak supaya kita tak mudah down atau tertekan oleh apa jua persekitaran yang kita lalui. Selain itu cuba amalkan pengambilan makanan atau minuman kegemaran kerana ia sangat membantu dalam proses recover untuk ibu yang menghadapi susu merundum. Cuba ikut jadual pam anda. Amalkan makanan yang sihat serta pastikan minum air secukupnya demi memastikan keperluan air badan dipenuhi. 

Yang ini sangat penting ya. Jangan lupa berdoa! Banyakkan berzikir ketika menyusu. Fikir yang baik-baik sahaja. Bayi kita memahami apa yang kita rasa. Berkomunikasi dengan bayi. Mintalah kepada Allah kerana DIA yang berhak MEMBERI.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit  

You Might Also Like

0 comments