Tips Penyusuan Ibu yang Berpuasa: Cara Saya

1:23 PM

Yahooooo...

Alhamdulillah. Semua yang berlaku di dunia ini adalah ketetapan Allah. Syukur sebab Allah takdirkan saya mampu berpuasa sejak 1 Ramadhan sehingga ke hari ini dan menyusukan dalam bulan Ramadhan ini. Jujurnya, saya tak terasa terlalu penat, malah boleh memasak juadah berbuka dan menguruskan rumah tangga dengan baik in shaa Allah.



Apa tips saya? Semestinya saya bertanya sana sini. Saya tanya mereka yang berpengalaman dan saya cuba mengikut kesesuaian saya. Mereka memotivasikan saya. Sekiranya mereka boleh, saya pun boleh bukan?

1. Pasang niat dan berdoa- Saya berniat dengan tegar untuk menyusukan baby Sofea dalam puasa ini kerana mengikut syariat Allah. Berpuasa dan menyusukan kerana Allah. Selebihnya saya berdoa supaya usaha saya ini dipermudahkan sehabis mudah. Sesungguhnya Allah maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini dan baby Sofea. Yakinkan diri saya mampu berpuasa dan bf untuk memenuhi hak dia.

2. Menyusukan mengikut keperluan - Saya hanya menyusukan baby Sofea secara direct dan akan menyusukan on demand. Saya tidak menyekat langsung dan ianya seperti hari-hari lain juga. Patuhi betul-betul konsep demand dan supply. Baby Sofea tidur siang hari sekejap-sekejap sahaja. Paling lama sejam dua. Waktu itu saya gunakan untuk housechores ataupun berehat. Jadi saya tak punya masa untuk mengepam. Selain waktu itu saya memang bf baby Sofea. Dia sangat clingy dengan saya. Boleh bayangkan tak pada hari biasa saya sentiasa minum air ketika bf kerana rasa haus sebab sentiasa menyusukan. Bulan puasa ini sungguhpun tidak boleh minum air pada waktu siang, susu masih banyak dan melimpah ruah sehingga basah baju saya. Itulah nikmat bulan Ramadhan. Siapa kata susu kering bila kita berpuasa? Nikmat yang manakah yang hendak saya dustakan. Alhamdulillah.

3. Makan kurma - Ianya sangat berkhasiat dan merupakan makanan sunnah yang disukai nabi Muhammad SAW. Tentunya ia memberi tenaga dan rasa kenyang yang lebih lama. Yang memberi kenyang itu Allah, jadi wajarlah saya berdoa semoga dengan memakan kurma ini saya lebih bertenaga untuk menyusukan baby Sofea dan berpuasa. Saya makan kurma sekurang-kurangnya 6 biji sehari, kadang-kadang lebih. 3 biji ketika sahur, 3 biji ketika berbuka dan selebihnya pada waktu malam antara waktu menyusu.

4. Bersahur - Ini penting. Bersahur dengan makanan berkhasiat mengikut piramid makanan. Nasi, sayur dan lauk. Selain itu, saya makan 3 biji kurma, 2 gelas air bertapis, 300ml air suam yang dicampurkan dengan Mighty 3 Gems (ESP, Meal Shakes & Performance Drink) dan jika ada lebihan juadah berbuka saya akan makan juga. Ikut kesempatan waktu. Saya selalunya bersahur jam 5 pagi sehingga masuk waktu Subuh. 

5. Minum air bertapis - Sepanjang malam tu saya minum air sedikit sedikit. Saya memang sentiasa standby air dalam bilik. Setiap kali menyusu saya akan minum air. Saya pastikan saya minum 3 liter air sepanjang waktu berbuka sehingga waktu sahur.

6. Kurangkan aktiviti berat - Jika boleh saya elakkan melakukan kerja berat. Bagi saya kerja berat tu seperti menyapu, vacuum dan mop rumah. Hahaha. Ia buat saya mengah betul. Jika terpaksa buat, saya akan melakukannya pada awal pagi ketika masih sangat bertenaga. Kerja rumah yang lain in shaa Allah masih boleh dilakukan seperti basuh baju, menyidai, melipat, memasak juadah berbuka dan juga menguruskan anak-anak sekolah.

7.  Banyakkan baca al-quran - 1 Ramadhan hari tu saya dan baby Sofea ke surau di taman perumahan untuk bertadarus bersama qariah taman ini. Ambil berkat bulan Ramadhan. Seronok Sofea. Suasana rumah Allah sangat menenangkan. 

Ini cara saya. Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu di luar sana. 

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit    






You Might Also Like

0 comments