September 2015 - CIK MIL MILA

Tuesday, September 15, 2015

Tindakan Semasa Jerebu
12:25 AM0 Comments

Tindakan Semasa Jerebu


Bergelumang dengan debu dan asap jerebu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Kasihan anak-anak kita kerana terpaksa berada dalam situasi ini sepanjang hari di sekolah. Saya mahu saja pontengkan mereka kerana khuatir akan kesihatan mereka, tetapi bulan ini mereka ada ujian LINUS. Tarik nafas dan melepaskan mereka ke sekolah. Tawakkal.

Balik sekolah petang tadi wajah anak-anak tidak seceria pagi tadi. Saya gesa mereka mandi secepat mungkin dan makan malam. Kebersihan sangat penting . Lebih-lebih penting pada cuaca seperti ini. Usai mandi dan makan mereka mengadu sakit kepala. Nurin pula sudah 2 kali muntah. Belum sempat memberikan mereka vitamin, mereka sudah pun tarik selimut dan tidur. Biarlah mereka berehat. Saya tahu mereka ada banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan. Itu kurang penting, kesihatan mereka lebih penting.

Saya cadangkan anak-anak kita diberikan makanan tambahan selain dari air masak yang banyak. Ini kerana badan yang cukup nutrisi mampu menguatkan sistem imun anak-anak. Kita tak boleh mengawal jerebu tapi kita mampu membantu meningkatkan kualiti kesihatan keluarga kita.


Meal Shakes, Nutriferon, Performance Drink, Shaklee Cyberjaya, Shaklee Puchong, Shaklee Amanputra, Shaklee Putra Perdana
Tindakan Semasa Jerebu

 

Dapatkan vitamin Shaklee untuk kesihatan maksima

 
Performance drink - mengandungi elektrolit dan bagus diambil untuk elakkan dehidrasi. Jerebu buat kulit cepat kering selain masalah pernafasan.
Jangan lupa selain Nutriferon dan Omega Guard , bancuhkan anak2 Performance Drink.  Bancuhkan cair-cair sahaja. Sekurang-kurangnya anak-anak kita kekal hidrasi dan kulit mereka lembab dan tidak terlalu kering.

Jangan lupa hidangkan mereka buah-buahan untuk tingkatkan keperluan vitamin C oleh badan selain membekalkan air untuk tubuh mereka.

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 


Reading Time:

Saturday, September 12, 2015

Flea Market Amanputra
9:38 AM0 Comments

Flea Market Amanputra

Dear Friends,

Treat yourself to an irresistible and satisfying SUNDAY BREAKFAST at our neighbourhood area tomorrow.

But there's even more. We have scrumptious desserts, adorable kids clothing, toys and we don't stop there.... I will be distributing Shaklee flyers and FREE SAMPLE too.

See you tomorrow!
 
sampel free, shaklee cyberjaya, shaklee puchong, shaklee amanputra, shaklee putra perdana
Flea Market Amanputra

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Reading Time:
Resepi Roti John Sedap
9:00 AM0 Comments

Resepi Roti John Sedap


Roti John merupakan antara makanan kegemaran saya dan keluarga. Kami hanya beli di tempat tertentu sahaja. Bukan di pasar malam, tetapi di medan selera Presint 9, Putrajaya atau di Taman Warisan, Putrajaya. Kalau tempat lain kurang 'kick'. Pastinya agak mahal berbanding di pasaran, terasa sungguh isi daging atau ayam dan sayurnya juga lumayan.

Oleh kerana saya ini ada angin rajin sedikit (ini kisah 2 minggu lepas ni), saya pun buatlah sendiri Roti John istimewa. Jangan khuatir, rasanya sedap sangat. Resepi kombinasi Google. Kalau ikut tekak sendiri memang sedaplah. Kalau tekak orang lain saya tak pasti. Resepi ini hanya anggaran sahaja. Saya tak sukat beriya-iya pun. Bak kata orang main campak-campak!



Bahan-bahan


Sepaket roti hotdog -ada  6 (saya beli brand Gardenia)- belah tengah jangan sampai terputus.


Bahan Inti


2 biji telur gred A
400gm daging kisar (saya beli daging batang pinang dan kisar sendiri)
1 sudu besar serbuk kurma (bancuh dengan sedikit air)
2 sudu besar serbuk kari daging (bancuh dengan sedikit air)
1 biji bawang besar dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
serbuk lada hitam dan lada putih
garam gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis 




Bahan Lain 




Sos cili
Mayonis
Sayur-sayuran-saya tak letak sebab stok habis 


Cara-cara



Tumis bahan yang dicincang sehingga wangi. Masukkan serbuk kurma dan serbuk kari. Masak hingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging kisar. Kacau sehingga daging empuk. Perasakan dengan serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan ketepikan.

Mengisar Daging
Daging yang Sudah Di Kisar
Setelah Ditumis

Pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan bahan inti yang sudah dimasak. 


Campuran telur dan bahan inti

 Panaskan non stick pan yang sudah digriskan dengan sedikit minyak. 


Non Stick Pan

Letak sesenduk bahan inti yang sudah dicampurkan dengan telur ke atas kuali. Tangkupkan roti hotdog yang sudah dibelah tengah. Biar seketika sehingga bahan inti dan telur betul-betul masak dan melekat dengan roti.

Teelangkupkan Roti


Bila dah masak angkat.


Sudah masak

Letakkan sayur dan  sos bila mahu makan supaya tak 'soggy'


Siap

Selamat mencuba ye kawan-kawan.

Mahu dapatkan vitamin Shaklee?

Hubungi saya seperti nombor tertera di bawah

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 




Reading Time:
Homemade Smoothies-Mocha
1:37 AM0 Comments

 Homemade Smoothies-Mocha


Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Mata masih segar bugar. Cuba pejamkan mata sambil berzikir, sambil fikir, sambil berangan. Apa yang tak kena sampai tak boleh tidur ni. Salah minum ni rasanya. 

Petang tadi sebelum maghrib saya buatkan satu keluarga smoothies. Buatan sendiri ni. Saya blend ais buatan sendiri, 2 sachets kopi hazel 3 dalam 1, segelas air, 5 sudu serbuk milo dan 5 sudu teh gula perang. Dapat 4 gelas smoothies. Cukup untuk kami berempat. Hasilnya? Seperti ice blended Mocha di Starbucks! Tak percaya?  Anda boleh cuba sendiri.

Malangnya tak dapat nak attached gambar sebab sudah habis. Sedap tak terkata.

Saya cuma guna blender jenama Philips. Sangat bagus untuk buat smoothies idaman anda. Boleh buat jus buahan-buahan atau sayuran, smoothies, dan segala macam fungsi blender yang lain. Harga mampu milik, senang nak basuh dan berkualiti tinggi. Berbeza dengan 'juice extractor' saya yang 'bulky' dan hanya satu fungsi. 

smoothies, shaklee cyberjaya, shaklee puchong, shaklee amanputra, shaklee putra perdana
Daily Collection Blender-Philips


Boleh tengok di SINI. 

Berbaloi-baloi beli blender ni.

Ish! Sebab tu la saya tak boleh tidur sebab minum smoothies berkafein ni tadi.

Mahu dapatkan vitamin Shaklee?

Hubungi saya seperti nombor tertera di bawah

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit    
Reading Time:

Thursday, September 10, 2015

Mee Kari Ala Pie Shafie (En Suami Saya laa)
12:49 PM0 Comments

Mee Kari Ala Pie Shafie (En Suami Saya laa)

 
Bila datang malas saya, saya suka suruh encik suami masak. Dia pula memang pantang disuruh. Dengan syarat saya bagi menu. Apa yang saya mahu makan agaknya ya?
Dapat mee kari pun sedap kan? Mee kari kawwww tulang lembu.

Pagi tu juga kami ke pasaraya terdekat cari bahan-bahan. Rahsia kesedapan kuah mee kari ni terletak kepada tulang lembu tu. Reneh lama . Sekurang-kurangnya 2 jam tau guna rice cooker. Kalau guna periuk dengan dapur gas tu pandai-pandai la ye agak-agak.

Bahan-bahan yang digunakan sama sahaja dengan resepi mee kari yang lain bezanya cuma tulang lembu. Boleh beli di pasar.

Mee Kari Ala Pie Shafie (En Suami Saya laa)


mee kari, shaklee puchong, shaklee cyberjaya, shaklee amanputra, shaklee putra perdana
Mee Kari

Bahan Utama

900gm mee kuning (basuh, celur dan toskan)

 

Bahan hiasan


Taugeh -celur
Sawi - celur
Bawang goreng
Daun sup - hiris
Cili hijau - hiris

Bahan Kuah


Ayam (suami cuma amik bahagian kaki dan leher sahaja)
500gm kerang (rebus dan ambil isi)
500gm tulang lembu
1 paket fish ball
1 paket tauhu pok
1 atau 2 sudu cili giling - ikut kaler masing2
2 paket kecil rempah kari babas
Santan dari sebiji kelapa
Daun ketumbar ( 2 pokok bersama akarnya) - potong 3 atau 4
Serai
minyak
garam
gula
asam keping
rempah 4 beradik (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
1.5liter air

Bahan mesin 

3 inci halia
1/2 inci lengkuas.
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih

Cara Memasak Kuah


Masukkan ayam, tulang lembu, air, daun ketumbar, bahan mesin, rempah kari, cili giling, serai, rempah 4 beradik dan asam keping ke dalam periuk (preferable multipurpose cooker. Suami guna rice cooker sahaja). Masak sehingga daging di tulang empuk. Ambil masa 2 jam juga untuk kuah/stok yang sedap. Tambah air jika perlu.

Apabila daging empuk, masukkan santan, kerang, fish ball, tauhu pok, garam dan gula secukup rasa. Hiaskan dengan  bahan hiasan yang pastinya bukan hiasan semata-mata.

Siap!

Tinggi kalori semangkuk mee kari ni. Untuk kurangkan kolesterol, boleh makan Phytocol-ST, Omega Guard, Garlic dan Alfalfa Shaklee ya.

 
Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit    
 


Reading Time:

Wednesday, September 9, 2015

Vivix Pulihkan Selesema Bayi
8:59 PM0 Comments

Vivix Pulihkan Selesema Bayi

 

Sejak akhir-akhir ni Nurin dan Alya kerap sangat selesema sementelah cuaca yang tidak menentu. Mereka juga sangat culas makan vitamin apatah lagi bila saya sibuk dengan urusan baby Sofea juga hal rumahtangga yang lain. Minum air berais, aiskrim juga penjagaan kebersihan yang kurang memuaskan. Mereka banyak berpanas kerana menunggu van sekolah pergi dan pulang.

Sukarnya rasa menjadi seorang ibu 3 anak ini rupanya. Kadangkala saya cuba jadi ibu yang tidak cerewet tapi akhirnya macam-macam isu lain yang timbul. Semuanya ambil mudah. Jika cerewet saya yang pening kepala dengan tingkahlaku anak-anak yang ambil ringan.

Apabila mereka dijangkiti selesema saya tidaklah risau sangat kerana mereka sudah cukup besar untuk menjaga diri. Pandai pula ambil vitamin apabila sakit. Haaa... sepatutnya vitamin jadi usaha pencegah tetapi sekarang sudah seperti ubat pula. Ia pastinya lebih baik juga ye tak?
Yang menjadi kerisauan saya ialah apabila mereka bertalu-talu mencium baby Sofea. Balik sekolah belum sempat buka tudung, buka baju terus je cium adik. Geram juga saya.Mudah sungguh virus merebak. Bayi sekecil Sofea mudah sungguh dijangkiti. Takkan saya nak menghalang kakak-kakak dari menghampiri baby Sofea ye tak? Kejam sangat mama ni.

Jadi ibu memang kena kreatif. Saya cuba 'natural remedies' dahulu. Oleh kerana baby Sofea menyusu secara eksklusif dia cepat pulih daripada selesema. Selesemanya on off mengikut keadaan.

Saya letakkan beberapa calitan Vivix di batang hidung baby Sofea. Nampak berkesan juga. Vivix sangat kaya dengan antioksidan.


vivix, shaklee puchong, shaklee cyberjaya, shaklee putra perdana, shaklee amanputra
Vivix Pulihkan Selesema Bayi
Tapi calitan itu tidak bertahan lama kerana baby Sofea sudah meniarap dan pandai merangkak. Dia suka menggosokkan mukanya di kawasan jajahannya. Haha. Penuh tanda merah di situ ya.


Vivix®

vivix, shaklee puchong, shaklee cyberjaya, shaklee putra perdana, shaklee amanputra
Vivix


Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.


* Serba asli. Bakal dipatenkan. Kandungan utama telah diuji secara klinikal. Eksklusif untuk Shaklee.

Saya mencuba juga rawatan semulajadi yang lain seperti 'lemon bath'. Nampaknya ia mempunyai kesan yang baik juga. Baunya sangat segar dan menyamankan. Bukan sahaja kaya dengan vitamin C malah ianya mampu merangsang deria bau baby Sofea. Dia suka sangat. Harganya pun bukanlah mahal. Lebih kurang RM1.30 sebiji mengikut  harga pasaran. Separuh biji setiap kali mandian.



Sebelum masuk dalam tab mandi saya sudah cucikan dahulu mukanya dan bahagian sulitnya. Selepas berendam selama beberapa minit, saya tidak membilasnya. Balut dengan tuala dan bawa dia ke tempat pembaringan. Pakaikan lampin pakai buang dan mulakan sesi urutan. Bab ni paling digemari baby Sofea. Saya mulakan dengan bahagian lengan kanan sambil bacakan surah Fatihah, surah Insyirah, beberapa potong ayat dari surah Toha, selawat dan sedikit doa sehingga selesai urutan dan memakai baju. Ini ritual harian kami selepas mandi.

Apa yang saya kongsikan ini adalah usaha peribadi saya, dan tidak semestinya berkesan untuk orang lain. Tak salahkan mencuba. Kita seorang ibu mesti mahu yang terbaik untuk anak-anak kita. Yang penting ia tidak memudaratkan. Cuba dan jaya. Selamat mencuba ya ibu-ibu di luar sana.

Hubungi saya untuk penerangan yang lebih lanjut.

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit    








Reading Time:

Tuesday, September 8, 2015

Promosi September 2015 - ESP Shaklee
10:38 PM0 Comments

Promosi September 2015 - ESP Shaklee 


Kenapa mesti beli ESP pada bulan ini?

Sebab... tengah promosi. Harga lebih murah dari bulan-bulan lain. Semua orang suka harga murah kan? Pantang ada sales di mana-mana mesti tempat tu penuh dan sesak. Haaa... ambil lah peluang tu bulan ni.

Kenapa kena 'grab' 6 botol sekaligus?

Beli 6 Percuma 1, ESP, shaklee puchong, shaklee cyberjaya, shaklee putra perdana, shaklee amanputra
Promosi September 2015 - ESP Shaklee


SEMUA INI ANDA AKAN DAPAT PERCUMA!!!

✔Percuma 1 botol ESP yang bernilai RM 150
✔Percuma membership Shaklee bernilai RM69 (yuran keahlian)
✔Percuma bonus tunai sebanyak RM35++ 
✔Percuma sebotol Vita-Lea (Multivitamin) bernilai RM94

Wow!!!

Siapa yang nak beri imbuhan sebanyak itu? Menyesal kalau anda tak 'grab'. Percayalah... semuanya kenyataan. Hubungi saya untuk penerangan yang lebih lanjut.

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit    
Reading Time:
ESP Memutihkan Kulit Bayi
4:55 PM0 Comments
Sempena bulan promo ESP bulan ini, saya nak kongsi satu cerita. Bukan hendak melambung lambung diri di awangan, tapi cuma nak nyatakan nota syukur kepada Illahi. Alhamdulillah.

Ramai yang memuji kulit baby Sofea putih, gebu dan cantik.

ESP Shaklee, shaklee puchong, shaklee cyberjaya, shaklee putra perdana, shaklee amanputra
ESP Memutihkan Kulit Bayi


Saya juga mengakui yang sama. Alhamdulillah. Semuanya kerana izin Allah.

Sepanjang hamil, saya mengamalkan set hamil Shaklee. Selain dari itu, saya juga mengamalkan makanan sunnah seperti kurma, kismis, habbatus sauda, minya zaitun juga madu. Makanan yang saya pilih tentulah yang kaya dengan nutrisi dan berkhasiat walaupun selalu juga tersasar. Tersasar kerana mengikut nafsu. 

Saya yakin ESP sedikit sebanyak  memberi kesan kepada keputihan baby Sofea ini. Setiap hari saya mengambilnya. ESP  ni sebenarnya adalah protein. Sel badan manusia terbentuk dari protein. Pengambilan ESP yang konsisten membantu memastikan sel mendapat protein yang sempurna dan membantu melahirkan sel yang sihat. Apabila sel sihat, maka penyerapan vitamin dan galian adalah lebih optimum.

Apa beza protein Shaklee dengan protein yang melambak di pasaran. Apa yang boleh saya katakan, ESP Shaklee mengandungi 9 asid amino yang tidak boleh dibuat oleh badan yang diperlukan oleh tubuh. Ianya adalah protien yang lengkap. Tidak menggunakan alkohol untuk proses pembersihan soya. Ia diproses dengan suhu yang sangat terjaga demi memastikan semua asid amino tidak rosak. ESP Shaklee ada protein terbaik di pasaran!
Tak percaya? Cuba dulu baru tahu, tapi ingat ye, vitamin ni bukan magik! Perlu amalkan secara konsisten. Doa dan tawakkal!
Dapatkan harga istimewa sempena promosi ESP bulan ini.
ESP, shaklee puchong, shaklee cyberjaya, shaklee putra perdana, shaklee amanputra
Beli 2 diskaun 5%
ESP, shaklee puchong, shaklee cyberjaya, shaklee putra perdana, shaklee amanputra
Beli 6 percuma 1
Beli 1 jimat
Beli 2 less 5% lebih jimat
Beli 6 PERCUMA 1- SANGAT MENJIMATKAN
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit    


Reading Time:
Sesak Nafas Pulih dengan Omega Guard
4:07 PM0 Comments

Sesak Nafas Pulih dengan Omega Guard

Sejak Jumaat lepas saya rasa tak berapa sihat. Mungkin dah lama sangat bertahan dengan keadaan cuaca yang tak menentu sekarang. Terutamanya jerebu. Kadang-kadang memang ada rasa tak selesa tapi tak layan pun. . Selalunya bila demam, saya cepat pulih. Kali ini pakej tak datang sekali. Mula-mula sakit kepala, lepas tu selesema, bila selesema makin teruk datang pula batuk dan bila batuk, sesak nafas pula.

Sesak nafas tu sebab saya makan jeruk yang dibawa oleh adik ipar saya dari Penang. Saya memang tak boleh makan jeruk sebenarnya. Tapi gatal juga nak makan. Terimalah akibatnya. Hehe.

Dulu-dulu memang saya ada sesak nafas sikit. Tak teruk dan datangnya bila saya batuk berkahak. Kali ini dia datang. Berbunyi juga nafas saya sejak hari Ahad. Walaupun sakit, saya malas nak fikir sangat. Kalau dilayankan sangat semakin kritikal nanti. Suami pun tahu, jadi dia ajak saya keluar bersiar-siar supaya berpeluh dan aktif. Apabila jerebu melanda, kami tak dapat melakukan aktiviti 'outdoor'. Jadi kami ke D'Pulze, shopping mall di Cyberjaya.

Jumaat petang tu kami sekeluarga sudah ke klinik. Macam biasa jumpa doktor dan dapat ubat, tapi ubat tu saya tak makan pun. Khuatir kerana saya breasfeed baby Sofea. Hanya cuba 'natural remedies'. Saya buat air madu suam bersama lemon dan kadangkala bersama limau nipis untuk rasa yang lebih keras. Ia melegakan juga cuma mengambil masa.

Untuk kelegaan segera, saya mengambil Omega Guard selepas makan tengahari. Minum air suam sebanyak mungkin. Nafas sudah kurang bunyinya, tapi saya muntah-muntah. Lendir-lendir dan kahak banyak yang keluar. Lepas tu rasa lega sangat.


[OMEGA GUARD dan ASMA]

 

Kajian menunjukkan mereka yang menghidap penyakit berkaitan inflamasi/radang seperti asma mempunyai kandungan Omega-3 yang rendah.

Pengambilan Omega-3 dari minyak ikan terbaik seperti Omega Guard membantu meredakan inflamasi/radang.

OmegaGuard™

 
omega guard, shaklee puchong, shaklee cyberjaya, shaklee putra perdana,shaklee amanputra
Sesak Nafas Pulih dengan Omega Guard

 

Minyak ikan tulen berkepekatan tinggi

OmegaGuardTM membekalkan spektrum luas asid lemak omega-3 gred farmaseutikal yang asli dan tulen.

Minyak Ikan

OmegaGuardTM membekalkan spektrum luas asid lemak omega-3 yang terdiri daripada tujuh komponen utama, termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal. Satu sajian OmegaGuard membekalkan 990mg asid lemak omega-3.

Gred Farmaseutikal yang Tulen

OmegaGuardTM dihasilkan melalui proses proprietari penyulingan molekul berganda yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak omega-3 dan pada masa yang sama menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.

Dapatkannya sekarang ! 
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit    
Reading Time:

Monday, September 7, 2015

Cara Semulajadi Membantu Anda Kekal Bergerak Bebas
4:17 PM0 Comments

Cara Semulajadi Membantu Anda Kekal Bergerak Bebas 

Ramai orang mengalami masalah sakit dan ketidakselesaan sendi. Dulu, hanya orang tua yang mengalami masalah ini. Sekarang, ramai orang muda sudah mula mengalaminya. Ketidakselesaan sendiri boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang.

Jangan biarkan sakit sendi menghalang anda dari bergiat aktif. Cegahlah masalah sendi dari awal.
Jika anda ada masalah sendi dapatkan JOINT HEALTH TABLET hari ini.


Advanced Joint Health Tablet, shaklee puchong, shaklee cyberjaya, shaklee putra perdana, shaklee amanputra
Advanced Joint Health Tablet

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Campuran formula saintifik ini juga mengandungi ekstrak jagung yang membekalkan satu sumber glukosamina yang pekat yang dapat akan memanfaatkan kesihatan sendi seperti berikut:
  • Menyokong keselesaan sendi
  • Membantu mengekalkan tulang rawan
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat
 Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit   
Reading Time:

Saturday, September 5, 2015

Kuasa Doa
4:48 PM0 Comments

Kuasa Doa

Suatu hari, depan sebuah pasaraya, ada seorang makcik sedang melintas jalan . Jalannya teramat perlahan dan sukar sekali. Terhencut-hencut. Sakit kaki yang amat sangat barangkali. Dengan sukar dia menuju ke sebuah motosikal. Rupanya dia ke situ dengan menaiki motosikal. Kelihatannya dia terkial-kial untuk start motosikal itu. Allah... kesian sangat. 
Saya tak mampu menolong sebab sedang breastfeed Baby Sofea dalam kereta . Kalau pun tak breastfeed, saya memang tak pandai nak 'start' kan. Maklumlah memang tak pandai bawa motor. Suami pula sedang shopping dalam pasaraya tu. Saya cuma berdoa je dalam hati Semoga Allah permudahkan urusan makcik tu. Selang beberapa minit ada orang yang bantu makcik tu. Lega rasanya . Perlahan makcik tu hilang dari pandangan . Alhamdulillah. Allah mendengar doa saya dan mungkin doa orang ramai yang menyaksikan situasi itu. Dan yang menolong makcik tu ialah suami saya sendiri. Senyum... 
Kuasa Doa, motosikal, Shaklee cyberjaya, shaklee puchong, shaklee putra perdana,shaklee amanputra
Kuasa Doa Motosikal
 Atas ni gambar hiasan sahaja. Suami ambil gambar ni di perkarangan litar sepang tahun lepas. Saya berkenan kat gambar ni tu yang muat naik di sini. Jangan ingat pula makcik tu bawa motor ni. Suami saya pun tak boleh nak 'start'.
Di bawah ni pun gambar Majlis Akikah dan tahnik Baby Sofea yang diadakan di Surau Taman Amanputra pada 11 April 2015 oleh Al Fadil Ustaz Zamri Zainal Abidin. Untuk lebih gambar saya akan muatnaik dalam entri lain.
Majlis Akikah Nurin Sofea di Surau Taman Amanputra, shaklee cyberjaya, shaklee puchong, shaklee putra perdana, shaklee amanputra, surau amanputra
Majlis Akikah Nurin Sofea di Surau Taman Amanputra


Anda sudah bekalkan keluarga dengan vitamin? Dapatkan sekarang juga sebagai langkah untuk hidup yang lebih sihat.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit   
Reading Time:

Friday, September 4, 2015

Kalsium Elak Komplikasi Ketika Bersalin
4:51 PM0 Comments

Kalsium Elak Komplikasi Ketika Bersalin

Copy and Paste - sumber rujukan tidak pasti kerana saya simpan dalam draf tanpa 'link'


APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada merekakhususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.

“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.

Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.Selain itu,kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi
Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.

Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah. Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.

IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

“Selain itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kak. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.
========================================================================

Lepas baca artikel di atas saya rasa sangat menakutkan jika kita meremehkan pengambilan kalsium. Tak kiralah ketika bersalin, selepas bersalin, ketika menyusukan anak atau pun untuk anak-anak kita yang masih muda.

Ketika mengandung saya tidak dibenarkan untuk meminum susu khas ibu mengandung kerana ia didapati kaya dengan gula. (Sebenarnya semua susu formula di pasaran kaya dengan gula). Untuk pengetahuan, saya ada GDM (Gestational Diabetic Melilitus). Saya perlu menjaga pemakanan dan minuman sepanjang mengandung. Bacaan selepas minum air gula ialah 7.9. Bacaan normal ialah bawah bawah 7.8. Saya dipertemukan dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat pemakanan. Oleh kerana saya tidak boleh minum susu untuk ibu mengandung, jadi saya konsisten makan Ostematrix. Supplemen yang bukan sahaja kaya dengan kalsium, malah ia juga lengkap dengan magnesium,vitamin D, Boron dan banyak lagi. Hasilnya sangat menakjubkan. Saya langsung tidak mengalami kekejangan kaki ketika malam. Malah saya mampu berjalan dan beriadah sehingga saat-saat terakhir kelahiran. Ini sangat berebeza ketika mengandung anak yang pertama dan kedua dulu. Saya mengambil susu dengan kerap tapi saya juga kerap mengalami kekejangan.

OsteMatrix™ 

ostematrix, shaklee puchong, shaklee cyberjaya, shaklee Putra Perdana, pengedar shaklee taman amanputra puchong,
Ostematrix

Formula Komprehensif, Mudah Ditelan

Melindungi tulang anda. Padat dengan nutrien termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan pelbagai khasiat lain.
  • Membina dan mengekalkan tulang yang kuat.
  • Membentuk gigi yang kuat

Satu hidangan OsteMatrixTM membekalkan:

  • 1,000mg elemental kalsium
  • 400mg magnesium
  • 400IU vitamin D untuk menggalakkan penyerapan kalsium
Lengkap untuk nutrisi harian anda.

Kami sudah jatuh cinta dengan Ostematrix Shaklee. Anda bila lagi?

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit   


Reading Time:

Thursday, September 3, 2015

Vitamin B untuk Kesihatan Yang Baik
5:28 PM0 Comments

Vitamin B untuk Kesihatan yang Baik 

Spektrum Penuh Lapan Jenis Vitamin B

Adakah bekalan Vitamin B anda mencukupi? Tekanan harian, pengambilan alkohol dan sesetengah ubat preskripsi boleh menyumbang kepada risiko kekurangan vitamin B. Vitamin B memainkan peranan penting dalam keseluruhan fungsi tubuh, daripada sintesis DNA hinggalah kepada metabolisme untuk penghasilan tenaga. 
shaklee cyberjaya, shaklee puchong, shaklee Putra Perdana, pengedar shaklee taman amanputra puchong,
B-Complex
B-Complex
Shaklee B-Complex membekalkan spektrum vitamin B yang lengkap dalam kuantiti yang seimbang bagi memenuhi masalah kekurangan vitamin B dan menyihatkan tubuh anda.

Perbezaan Shaklee

Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten

B-Complex dilengkapi sistem pengangkutan nutrient berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting - asid folik. Kuantiti asid folik yang mencukupi dalam diet wanita hamil telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan otak atau saraf tunjang pada bayi yang baru lahir.
Saya pengamal tegar vitamin B-Complex. Setiap pagi saya mengambilnya selepas sarapan.  Dulu, sebelum mengambil vitamin ini saya selalu lesu pada waktu pagi walaupun tidur lebih 8 jam. Sekarang, tidak lagi. Rahsianya? B-Complex Shaklee lah.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit   
Reading Time:
Beriadah Hujung Minggu di Kolam Renang, Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya
12:36 PM0 Comments

Beriadah Hujung Minggu di Kolam Renang, Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya


Jerebu melanda lagi. Suatu situasi yang paling mencabar terutamanya kepada anak-anak. Nurin dan Alya dijangkiti sedikit selesema dan batuk-batuk. Mungkin juga kerana terlalu lama berendam dalam swimming pool Ahad lepas. Saya pun sama. Sudah lama saya tidak bermain air. Suami bertugas menjaga anak. Sekali sekala dia mengambil gambar kami secara spontan (candid). Berada dalam air sungguh menenangkan. Baby Sofea pula memberi kerjasama yang baik di dalam stroller. Bila kepenatan dia tidur.


Sudah lama juga kami tidak semesra ini. Berpelukan erat bersama-sama dua orang anak. Saya memang sibuk dengan Baby Sofea dan rutin harian sehingga mengabaikan aktiviti bersama. Mereka sangat seronok. Begitu juga saya.

mama dan alya, shaklee cyberjaya, shaklee puchong
Mama dan Alya

mama dan nurin, shaklee cyberjaya, shaklee puchong
Mama dan Nurin


Balik dari swimming pool kami semua keletihan. Sempat juga memenuhi 2 undangan petang itu. Keesokannya anak-anak dijangkiti selesema. Kami tidak ke klinik.Cuba dulu 'natural remedies' dengan vitamin Shaklee. Saya berikan mereka Nutriferon dan Chewable Vita-C.

, chewable vita c, shaklee puchong, shaklee cyberjaya,
Nutriferon

 Vita-C (vitamin C) dikenali sebagai antibiotik semulajadi. Menentang jangkitan dan membina ketahanan badan terhadap penyakit. Vitamin C juga adalah agen antioksidan, anti tekanan dan penting dalam pembinaan kolagen. Secara mudah, Vitamin C ialah nutrisi yang diperlukan untuk pelbagai fungsi termasuk ketahanan imun, integriti sel, kesihatan gigi, gusi, tulang dan fungsi tubuh secara amnya.

chewable vita-c plus, shaklee cyberjaya, shaklee puchong
Chewable Vita-C Plus


Anda sudah bekalkan anak-anak anda dengan vitamin? Dapatkan sekarang juga sebagai langkah untuk hidup yang lebih sihat.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit   
Reading Time:

Wednesday, September 2, 2015

Promosi Vita-Lea for Children
4:23 PM0 Comments

Promosi Vita-Lea for Children

Jika anak-anak anda terlalu memilih makanan, kurang makan sayur dan buah-buahan, selalu makan makanan segera dan kerap sakit mungkin anda patut consider belikan multivitamin untuk mereka.
Vita-Lea for Children, shaklee puchong, shaklee cyberjaya
Promosi Vita-Lea for Children


Multivitamin Kanak-Kanak yang sungguh Enak
----------------------------------------------------------

FORMULA SERBA BAHARU ini dicipta berteraskan kajian sains pemakanan yang telah dijalankan lebih 100 tahun serta bersandarkan panduan kepakaran para pakar pemakanan dan saintis penyelidik Shaklee. Ia mengandungi mikronutrien berspektrum luas.

  • Membekalkan 18 Vitamin dan Mineral
  • Penting untuk pertumbuhan dan perkembangan normal kanak-kanak
  • Rumusan Tidak Merosakkan Gigi
  • Dirumus dengan pemanis asli xylitol yang tidak menyebabkan kaviti
  • Perisa Anggur Yang Enak
  • Sedap dikunyah, pasti digemari oleh kanak-kanak
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
Untuk penjimatan hebat, dapatkannya sekarang. Beli 4 botol pada harga 3 botol sahaja!
Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit  
Reading Time:
Makanan untuk Bayi Berusia 6 Bulan
1:11 PM0 Comments

Makanan untuk Bayi Berusia 6 Bulan

Baby Sofea akan mencecah 6 bulan esok. Mama sudah mula teruja untuk menyediakan menu Baby Sofea. Google punya Google, jadi mama sudah dapat idea. Suka sangat. Yang pasti menu untuk bayi 6 bulan ini ialah puri buah-buahan.

Langkah pertama, saya keluarkan kesemua peralatan yang berkaitan dengan makanan bayi. Terima kasih kepada adik bongsu busuk saya bagi pinjam "Baby Bullet". Mudahnya ada alatan ini. Makanan untuk 12 hari Sofea seakan-akan selesai. Saya basuh kesemuanya, tos hingga kering dan letak di dapur supaya mudah untuk dicapai.
Baby Bullet, Shaklee Cyberjaya, Shaklee Puchong,
Baby Bullet


Selain tu, pengukus juga perlu untuk mengukus buah-buahan dan sayuran. Jika direbus dikhuatiri khasiat dan nutrisinya hilang bersama air rebusan.

Langkah kedua, rancang menu yang sesuai untuk pengenalan 'solid food'. Saya minta suami belikan labu. Suami juga teruja. Bukan labu sahaja yang dia beli. Dia beli juga jambu batu,pisang, epal dan pear. Pisang saya tak sempat bagi kerana sudah habis dimakan oleh kami. Its our favourite fruit.


Langkah ketiga, sediakan bib, sudu dan cawan. Tak sangka bib ini masih dalam simpanan kami. Nurin dan Alya punya. Masih elok lagi. Beli di IKEA. Sudu plastik ini pun mereka punya. Cawan plastik pun dari IKEA. Saya guna lampin ini kerana sangat jarang dipakai. Lampin ni pun ihsan dari adik bongsu saya.

Langkah keempat, kupas buah-buahan. Basuh bersih dan toskan.

Epal kukus, shaklee cyberjaya, shaklee puchong
Epal Kukus
pear kukus, shaklee cyberjaya, shaklee puchong
Pear Kukus


Langkah kelima, kukus sehingga betul-betul lembut. Cek dengan garfu. Saya kukus labu dan jambu batu secara berasingan. Apabila masak angkat dan sejukkan.


labu kukus, Shaklee cyberjaya, shaklee puchong
Labu kukus

Langkah keenam, masukkan buah-buahan yang sudah dikukus ke dalam blender 'Baby Bullet' bersama sedikit air. Sedikit sahaja supaya tidak terlalu cair.

epal dalam baby bullet, shaklee cyberjaya, shaklee puchong
Epal dalam Baby Bullet

Isikan ke dalam bekas. Saya masukkan secara selang seli dan set tarikhnya. Terpulang ikut citarasa masing-masing.

puri jambu batu, shaklee puchong, shaklee cyberjaya
Puri Jambu Batu



Tadaaaa. Siap untuk dibekukan. Setiap pagi sekitar pukul 8 pagi saya defrost di bahagian bawah peti ais sehingga pukul 11 pagi. Kemudian saya keluarkan dan biarkan pada suhu bilik sehingga 11.30 pagi. Sedia untuk dimakan oleh baby Sofea.

puri epal sedia dibekukan, shaklee cyberjaya, shaklee puchong
Puri Epal Sedia Dibekukan


sedia untuk dibekukan,shaklee cyberjaya, shaklee puchong
Sedia untuk dibekukan

Puri Jambu Batu, Shaklee Cyberjaya, Shaklee Puchong
Puri Jambu Batu

Bismillahirrahmanirrahim.

Semoga Baby Sofea dapat khasiatnya dan tidak memudaratkan. In shaa Allah.

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 
Reading Time: