Makanan untuk Bayi Berusia 6 Bulan

1:11 PM

Makanan untuk Bayi Berusia 6 Bulan

Baby Sofea akan mencecah 6 bulan esok. Mama sudah mula teruja untuk menyediakan menu Baby Sofea. Google punya Google, jadi mama sudah dapat idea. Suka sangat. Yang pasti menu untuk bayi 6 bulan ini ialah puri buah-buahan.

Langkah pertama, saya keluarkan kesemua peralatan yang berkaitan dengan makanan bayi. Terima kasih kepada adik bongsu busuk saya bagi pinjam "Baby Bullet". Mudahnya ada alatan ini. Makanan untuk 12 hari Sofea seakan-akan selesai. Saya basuh kesemuanya, tos hingga kering dan letak di dapur supaya mudah untuk dicapai.
Baby Bullet, Shaklee Cyberjaya, Shaklee Puchong,
Baby Bullet


Selain tu, pengukus juga perlu untuk mengukus buah-buahan dan sayuran. Jika direbus dikhuatiri khasiat dan nutrisinya hilang bersama air rebusan.

Langkah kedua, rancang menu yang sesuai untuk pengenalan 'solid food'. Saya minta suami belikan labu. Suami juga teruja. Bukan labu sahaja yang dia beli. Dia beli juga jambu batu,pisang, epal dan pear. Pisang saya tak sempat bagi kerana sudah habis dimakan oleh kami. Its our favourite fruit.


Langkah ketiga, sediakan bib, sudu dan cawan. Tak sangka bib ini masih dalam simpanan kami. Nurin dan Alya punya. Masih elok lagi. Beli di IKEA. Sudu plastik ini pun mereka punya. Cawan plastik pun dari IKEA. Saya guna lampin ini kerana sangat jarang dipakai. Lampin ni pun ihsan dari adik bongsu saya.

Langkah keempat, kupas buah-buahan. Basuh bersih dan toskan.

Epal kukus, shaklee cyberjaya, shaklee puchong
Epal Kukus
pear kukus, shaklee cyberjaya, shaklee puchong
Pear Kukus


Langkah kelima, kukus sehingga betul-betul lembut. Cek dengan garfu. Saya kukus labu dan jambu batu secara berasingan. Apabila masak angkat dan sejukkan.


labu kukus, Shaklee cyberjaya, shaklee puchong
Labu kukus

Langkah keenam, masukkan buah-buahan yang sudah dikukus ke dalam blender 'Baby Bullet' bersama sedikit air. Sedikit sahaja supaya tidak terlalu cair.

epal dalam baby bullet, shaklee cyberjaya, shaklee puchong
Epal dalam Baby Bullet

Isikan ke dalam bekas. Saya masukkan secara selang seli dan set tarikhnya. Terpulang ikut citarasa masing-masing.

puri jambu batu, shaklee puchong, shaklee cyberjaya
Puri Jambu Batu



Tadaaaa. Siap untuk dibekukan. Setiap pagi sekitar pukul 8 pagi saya defrost di bahagian bawah peti ais sehingga pukul 11 pagi. Kemudian saya keluarkan dan biarkan pada suhu bilik sehingga 11.30 pagi. Sedia untuk dimakan oleh baby Sofea.

puri epal sedia dibekukan, shaklee cyberjaya, shaklee puchong
Puri Epal Sedia Dibekukan


sedia untuk dibekukan,shaklee cyberjaya, shaklee puchong
Sedia untuk dibekukan

Puri Jambu Batu, Shaklee Cyberjaya, Shaklee Puchong
Puri Jambu Batu

Bismillahirrahmanirrahim.

Semoga Baby Sofea dapat khasiatnya dan tidak memudaratkan. In shaa Allah.

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

You Might Also Like

0 comments