Resepi Roti John Sedap

9:00 AM

Resepi Roti John Sedap


Roti John merupakan antara makanan kegemaran saya dan keluarga. Kami hanya beli di tempat tertentu sahaja. Bukan di pasar malam, tetapi di medan selera Presint 9, Putrajaya atau di Taman Warisan, Putrajaya. Kalau tempat lain kurang 'kick'. Pastinya agak mahal berbanding di pasaran, terasa sungguh isi daging atau ayam dan sayurnya juga lumayan.

Oleh kerana saya ini ada angin rajin sedikit (ini kisah 2 minggu lepas ni), saya pun buatlah sendiri Roti John istimewa. Jangan khuatir, rasanya sedap sangat. Resepi kombinasi Google. Kalau ikut tekak sendiri memang sedaplah. Kalau tekak orang lain saya tak pasti. Resepi ini hanya anggaran sahaja. Saya tak sukat beriya-iya pun. Bak kata orang main campak-campak!



Bahan-bahan


Sepaket roti hotdog -ada  6 (saya beli brand Gardenia)- belah tengah jangan sampai terputus.


Bahan Inti


2 biji telur gred A
400gm daging kisar (saya beli daging batang pinang dan kisar sendiri)
1 sudu besar serbuk kurma (bancuh dengan sedikit air)
2 sudu besar serbuk kari daging (bancuh dengan sedikit air)
1 biji bawang besar dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
serbuk lada hitam dan lada putih
garam gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis 




Bahan Lain 




Sos cili
Mayonis
Sayur-sayuran-saya tak letak sebab stok habis 


Cara-cara



Tumis bahan yang dicincang sehingga wangi. Masukkan serbuk kurma dan serbuk kari. Masak hingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging kisar. Kacau sehingga daging empuk. Perasakan dengan serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan ketepikan.

Mengisar Daging
Daging yang Sudah Di Kisar
Setelah Ditumis

Pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan bahan inti yang sudah dimasak. 


Campuran telur dan bahan inti

 Panaskan non stick pan yang sudah digriskan dengan sedikit minyak. 


Non Stick Pan

Letak sesenduk bahan inti yang sudah dicampurkan dengan telur ke atas kuali. Tangkupkan roti hotdog yang sudah dibelah tengah. Biar seketika sehingga bahan inti dan telur betul-betul masak dan melekat dengan roti.

Teelangkupkan Roti


Bila dah masak angkat.


Sudah masak

Letakkan sayur dan  sos bila mahu makan supaya tak 'soggy'


Siap

Selamat mencuba ye kawan-kawan.

Mahu dapatkan vitamin Shaklee?

Hubungi saya seperti nombor tertera di bawah

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 




You Might Also Like

0 comments