Vivix Pulihkan Selesema Bayi

8:59 PM

Vivix Pulihkan Selesema Bayi

 

Sejak akhir-akhir ni Nurin dan Alya kerap sangat selesema sementelah cuaca yang tidak menentu. Mereka juga sangat culas makan vitamin apatah lagi bila saya sibuk dengan urusan baby Sofea juga hal rumahtangga yang lain. Minum air berais, aiskrim juga penjagaan kebersihan yang kurang memuaskan. Mereka banyak berpanas kerana menunggu van sekolah pergi dan pulang.

Sukarnya rasa menjadi seorang ibu 3 anak ini rupanya. Kadangkala saya cuba jadi ibu yang tidak cerewet tapi akhirnya macam-macam isu lain yang timbul. Semuanya ambil mudah. Jika cerewet saya yang pening kepala dengan tingkahlaku anak-anak yang ambil ringan.

Apabila mereka dijangkiti selesema saya tidaklah risau sangat kerana mereka sudah cukup besar untuk menjaga diri. Pandai pula ambil vitamin apabila sakit. Haaa... sepatutnya vitamin jadi usaha pencegah tetapi sekarang sudah seperti ubat pula. Ia pastinya lebih baik juga ye tak?
Yang menjadi kerisauan saya ialah apabila mereka bertalu-talu mencium baby Sofea. Balik sekolah belum sempat buka tudung, buka baju terus je cium adik. Geram juga saya.Mudah sungguh virus merebak. Bayi sekecil Sofea mudah sungguh dijangkiti. Takkan saya nak menghalang kakak-kakak dari menghampiri baby Sofea ye tak? Kejam sangat mama ni.

Jadi ibu memang kena kreatif. Saya cuba 'natural remedies' dahulu. Oleh kerana baby Sofea menyusu secara eksklusif dia cepat pulih daripada selesema. Selesemanya on off mengikut keadaan.

Saya letakkan beberapa calitan Vivix di batang hidung baby Sofea. Nampak berkesan juga. Vivix sangat kaya dengan antioksidan.


vivix, shaklee puchong, shaklee cyberjaya, shaklee putra perdana, shaklee amanputra
Vivix Pulihkan Selesema Bayi
Tapi calitan itu tidak bertahan lama kerana baby Sofea sudah meniarap dan pandai merangkak. Dia suka menggosokkan mukanya di kawasan jajahannya. Haha. Penuh tanda merah di situ ya.


Vivix®

vivix, shaklee puchong, shaklee cyberjaya, shaklee putra perdana, shaklee amanputra
Vivix


Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.


* Serba asli. Bakal dipatenkan. Kandungan utama telah diuji secara klinikal. Eksklusif untuk Shaklee.

Saya mencuba juga rawatan semulajadi yang lain seperti 'lemon bath'. Nampaknya ia mempunyai kesan yang baik juga. Baunya sangat segar dan menyamankan. Bukan sahaja kaya dengan vitamin C malah ianya mampu merangsang deria bau baby Sofea. Dia suka sangat. Harganya pun bukanlah mahal. Lebih kurang RM1.30 sebiji mengikut  harga pasaran. Separuh biji setiap kali mandian.



Sebelum masuk dalam tab mandi saya sudah cucikan dahulu mukanya dan bahagian sulitnya. Selepas berendam selama beberapa minit, saya tidak membilasnya. Balut dengan tuala dan bawa dia ke tempat pembaringan. Pakaikan lampin pakai buang dan mulakan sesi urutan. Bab ni paling digemari baby Sofea. Saya mulakan dengan bahagian lengan kanan sambil bacakan surah Fatihah, surah Insyirah, beberapa potong ayat dari surah Toha, selawat dan sedikit doa sehingga selesai urutan dan memakai baju. Ini ritual harian kami selepas mandi.

Apa yang saya kongsikan ini adalah usaha peribadi saya, dan tidak semestinya berkesan untuk orang lain. Tak salahkan mencuba. Kita seorang ibu mesti mahu yang terbaik untuk anak-anak kita. Yang penting ia tidak memudaratkan. Cuba dan jaya. Selamat mencuba ya ibu-ibu di luar sana.

Hubungi saya untuk penerangan yang lebih lanjut.

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit    








You Might Also Like

0 comments