Ujian Sebagai Ciri Keimanan

11:08 AM

Ujian Sebagai Ciri Keimanan


Salam Jumaat yang berkat. Emosi saya bercampur-campur hari ni bila tengok kedua kaki baby Sofea kena gigit dengan serangga. Mungkin semut. Patutlah malam tadi baby Sofea merengek manja. Tidur saya dan suami agak terganggu. Jari halusnya menggaru-garu kedua belah kaki. Saya tak hiraukan sangat, kerana rengekan manjanya masih terkawal. Pagi ni saya terkejut melihat kedua kakinya bengkak. Awal pagi lagi saya mandikan dia dengan Basic H dan sapukan dengan Herbal Blend. Lepas bf terus tertidur lena. Semoga Allah bagi kesembuhan pada kakinya. 
shaklee cyberjaya, shaklee puchong, shaklee amanputra, shaklee Putra Perdana,
Ujian Sebagai Ciri Keimanan


Sedang saya mengeluh kenapa serangga tu gigit baby Sofea, saya menyalahkan diri juga kerana cuai. Kecuaian saya menyebabkan Sofea kegatalan. Saya cuai tidak meletakkan ubat awal-awal. Entah kenapa saya resah tak bertempat. Mood memasak hilang. Tiba-tiba saya teringat satu website yang sering saya baca untuk 'basuh' minda saya. Saya terbaca sepotong ayat ini.

Allah berfirman,

Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Surah Yunus [10] : 107)

Terasa lega pada jiwa yang resah. Sesungguhnya setiap permasalahan kita ada hikmahnya. Redha! Bukankah percaya kepada Qada' dan Qadar itu salah satu kepada rukun iman.

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit    

You Might Also Like

0 comments