bioflavonoid

Vitamin C Shaklee

12:27 AM

Vitamin C Shaklee, Sustained Release Vita C 500mg, vitamin C, vitamin C  murah, bioflavonoid, shaklee cyberjaya, shaklee Putra Perdana, shaklee amanputra, shaklee puchong,
Vitamin C Shaklee




Vitamin C tidak boleh dibuat oleh tubuh manusia malah ia  merupakan komponen yang sangat penting dalam diet harian seorang manusia. Ia diperlukan untuk kesihatan secara amnya dan pembaikan tisu di dalam badan kita, termasuklah untuk kulit, tulang, gigi dan tulang rawan.


Kekurangan vitamin C secara berterusan dalam diet boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil 'scurvy'.  Gejala penyakit 'scurvy' ini termasuklah mudah lebam, sering mengalami dan sakit sendi dan otot. Kekurangan vitamin C boleh dirawat dengan makanan tambahan vitamin C dan makanan yang kaya dengan vitamin C. 


Apakah vitamin C? 

 

Nutrisi yang diperlukan dalam jumlah yang kecil oleh badan untuk mengekalkan kesihatan. Vitamin C ini juga dikenali sebagai asid askorbik. Ia tidak boleh dibuat oleh tubuh manusia tetapi sangat penting dalam diet harian. Vitamin C diperlukan untuk membuat  kolagen yang diperlukan untuk kesihatan dan pembaikan tisu dalam badan, termasuklah  untuk kulit, tulang, ligamen dan tendon, dinding salur darah juga gigi.

Terdapat pelbagai makanan yang kaya dengan vitamin C termasuklah buah-buahan sitrus seperti oren, anggur, limau dan lemon. Berries seperti blackcurrants, strawberi, raspberi, beri biru dan kranberi. Tembikai dan buah kiwi. Sayur-sayuran seperti bayam, lada hijau dan merah, tomato, kubis bunga, kubis, brokoli, tauge dan kentang. Makanan tertentu seperti bijirin diperkaya dengan vitamin C. Vitamin C juga terdapat dalam susu segar, ikan dan organ dalamanseperti hati

Kira-kira 90% vitamin C dalam diet manusia adalah dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Memasak buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan kandungan vitamin C sekitar 30-40%. Pengambilan harian yang disyorkan dalam diet bergantung kepada umur dan jantina. Jika anda wanita hamil dan menyusukan anak, anda memerlukan jumlah vitamin C yang lebih tinggi dalam diet harian!

Apakah Tanda Kekurangan Vitamin C?


Kekurangan vitamin C dalam badan berlaku kerana kekurangan pengambilannya dalam diet harian. Jika kekurangan vitamin C, kolagen baru tidak boleh dibentuk. Ini menyebabkan pelbagai tisu dalam badan mula rosak dan  pembaikan tisu dari masa ke masa menjadi terjejas.

Tanda-tanda yang jelas apabila kekurangan vitamin C
  • Letih dan lesu 
  • Sakit otot dan sendi . 
  • Mudah lebam
  • Lebam merah -biru pada kulit anda.
Lain-lain gejala termasuklah
  • Kulit kering. 
  • Rambut bercabang 
  • Bengkak dan perubahan warna gusi 
  • Pendarahan secara tiba-tiba dan tidak dijangka dari gusi anda. 
  • Hidung berdarah . 
  • Penyembuhan luka yang lama. 
  • Masalah melawan jangkitan . 
  • Pendarahan dalam sendi yang menyebabkan sakit sendi yang teruk. 
  • Perubahan dalam tulang anda. 
  • Gigi mudah luruh
  • Pengurangan berat badan yang ketara
Nampaknya saya juga mengalami kekurangan vitamin C sebab kulit saya kadangkala kering. Gusi juga selalu berdarah dulu tetapi sekarang sudah pulih. Bahaya juga jika tidak di rawat.

Jika tidak dirawat dengan segera , kekurangan vitamin C juga boleh menyebabkan sesak nafas, masalah saraf , suhu yang tinggi (demam ) dan sawan. Pendarahan di dalam otak dan di sekitar jantung boleh menyebabkan kematian pada sesetengah orang. Walau bagaimanapun , keadaan ini sangat jarang berlaku.

Bagaimana Mencegah Kekurangan Vitamin C?


Kekurangan vitamin C boleh dielakkan dengan memastikan bahawa anda mempunyai diet yang sihat dan seimbang yang mengandungi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

SUSAH NAK DAPATKAN VITAMIN C DALAM MAKANAN HARIAN?


Ya saya setuju susah nak dapatkan vitamin C yang cukup. Apatah lagi sibuk dengan urusan harian. Memasak buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan kandungan vitamin C sekitar 30-40% tau!

Jadi untuk memudahkan tugas kita semua, selain ambil makanan berkhasiat apa kata kita cuba ambil makanan tambahan yang mudah diserap oleh tubuh badan.


SUSAH NAK PILIH VITAMIN C DI PASARAN?

 

SAYA BANTU ANDA BUAT KEPUTUSAN-PILIH LAH JENAMA SHAKLEE!


  • Mengandungi hanya 100% bahan semulajadi-diekstrak daripada kanji jagung ("sumber semulajadi vitamin C"). Ia dihasilkan menyerupai molekul yang sama dalam buah sitrus. Mengandungi 120mg bioflavonoids. Bioflavonoids-meningkatkan lagi fungsi vitamin C, mencegah pengoksidaan vitamin C dalam badan dan mengawal paras kolesterol sihat

  • Bersifat Sustained Release- Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah oren termasuk kulitnya dan ianya dibebaskan setiap jam sebanyak 1.5 hidangan. Dengan mengambil vitamin C Shaklee, vitamin C mampu kekal di dalam plasma darah kita berterusan. Bahasa mudahnya, vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan di dalam tubuh. Ini sangat penting kerana vitamin C larut air, dan mudah rosak. Jika kita mengambil vitamin C yang tidak bersifat sustained release, ia akan larut dalam darah dan terus dibuang melalui air kencing. Ia perlu ditop up secara manual untuk mengekalkannya di dalam darah. Mudahnya kalau ambil yang sustained release. Tak payah 'top up' banyak kali

Anak solehah

Tips Ketika Marah Anak-anak

10:18 PM

Tips Ketika Marah Anak-anak

Nurin dan Alya bermain bersama. Mula - mula elok je. Beberapa minit kemudian dah mula gurau-gurau manja. Tak lama lepas tu gurau kasar pula. Berkejaran satu rumah. Bingit sangat sebab masing-masing tak mahu mengalah. Jerit dana sini. Mama pun mula-mula tu lampu hijau. Lepas tu lampu kuning. Haaaa lepas tu lampu merah. Mama sound elok-elok tak de respon. Dah jerit pun tak de beza. Bila nak angkat tangan baru nak senyap.

Nurin: Mama, kata al marraya kalau nak pukul anak, tunggu bila dah hilang marah (sambil mata kelip kelip laju-laju).

(Tengahari semalam saya tengok slot al marraya. Anak-anak buat urusan sendiri sambil jeling-jeling tv)

Mama: Oh ye ker? (Terus senyum lebar). Eh.. mama dah tak marah lah ni. Meh sini mama cubit. Betul.. mama dah tak marah ni. (Buat-buat muka manis)

tips mengawal marah, Anak solehah, doa untuk melembutkan hati anak-anak, shaklee cyberjaya, shaklee puchong, shaklee amanputra, shaklee Putra Perdana,
Tips Ketika Marah Anak-anak

(Bertempiaran gigirls tu lari sambil gelak-gelak)

Geram sebab tak dapat mama nak cubit diaorang. Penat pula tu berlari-lari pusing meja makan. Betul la tips tu. Kalau nak pukul anak, pukul masa dah hilang marah. Memang tak jadi terus nak pukul.

Anak adalah anugerah yang tidak ternilai. Daripada mereka saya belajar erti kesabaran.

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).(Surah Al Imran[3] : 200)
 
Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit    

hepatitis B

Nurin Sofea Turns 8 Months Old

11:45 PM

Nurin Sofea Turns 8 Months Old


shaklee cyberjaya, shaklee puchong, shaklee Putra Perdana, shaklee amanputra, hepatitis B,
Nurin Sofea Turns 8 Months Old
 
Nurin Sofea sudah berusia 8 bulan hari ini. Alhamdulillah. Perkembangannya sama seperti bayi lain. Ceria dan gembira. Kalau dia tidur, saya jadi rindu dengan keletahnya. Pada usia ini, Sofea sudah pandai memanjat dan berdiri dengan bantuan. Masih belum boleh melepaskan tangan. Merangkak jangan cakaplah, kalau dibiarkan memang boleh sampai ke dapur.

Saya masih menyusukannya secara ekslusif. Syukur alhamdulillah. Rezeki Sofea. Semoga saya dapat menyempurnakan sehingga usianya 2 tahun. Kesihatannya baik. Terlewat juga mendapatkan vaksin Hepatitis B yang sepatutnya dijadualkan pada umur 6 bulan. Sofea mendapatkannya pada usia 7 bulan kerana dia batuk dan selesema. Walaupun begitu dia tetap aktif dan cepat sembuh. Maklumlah dapat khasiat susu ibu sepenuhnya.

Sofea ada 3 temujanji lagi pada bulan Disember ini. Dua temujanji dengan Paedetrik Hospital Serdang. Satu lagi dengan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Berdebar-debar juga untuk melalui saat itu. Semoga Nurin Sofea bebas dari virus Hepatitis B. Allah saja yang tahu. Apa pun keputusan darah itu saya serahkan segalanya kepada Allah. Rasa nak menangis pula ketika menaip ni. Allah al Musta'an.

Allah knows best. Saya masih teringat kata-kata doktor pakar yang merawat saya, katanya kebarangkalian bayi dalam kandungan boleh dijangkiti virus itu ialah 30%. Saya yakin apa saja yang akan berlaku adalah yang terbaik buat kami, sebab tu saya berusaha keras untuk menyusukan Sofea secara eksklusif. Semoga ia menjadi penawar dan menguatkan antibodi Sofea untuk melawan virus itu.

Ok. Tak mahu fikir yang negatif. Saya mahu menikmati saat-saat bahagia bersama keluarga tercinta. Bersihkan hati, sucikan jiwa. Kata pakar motivasi, hati yang bersih dilindungi dari penyakit. Hidup ini sebenarnya indah.
 

Oh ya, jangan lupa penjimatan hebat dengan Shaklee. Bulan ini promosi vitamin C tau!  Hubungi saya SEGERA.
Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit    

shaklee amanputra

Vitamin C 500mg Murah?

4:35 PM

Vitamin C 500mg Murah?

Seronok sangat bulan ni promosi SR Vita-C yang sangat laku keras tu. Ya Allah, mana tak laku kalau kesannnya sangat menakjubkan. Bayangkanlah hampir setiap set vitamin Shaklee mesti ada SR Vita-C ni. Cepat ambil peluang ni sebab harganya sangat murah.

shaklee cyberjaya, shaklee Putra Perdana, shaklee amanputra, shaklee puchong,
Vitamin C 500mg Murah?

Kalau ada sesiapa yang pernah makan SR Vita-C ni mesti tak sanggup nak tinggal makan walaupun sehari. Betul tak? Saya nampak ramai yang mengangguk tu. 

Kenapa mesti makan vitamin C ni? Kenapa vitamin C ni ramai yang ambil? Nak tahu kenapa? Ni sebab musababnya.


Vitamin C dikenali sebagai the 'do-everything' nutrien, merupakan antioksidan yang sangat baik yang mempunyai pelbagai fungsi di dalam tubuh manusia. Badan kita memerlukan vitamin C untuk menyokong kesihatan kulit, kolagen, tulang, gigi, gusi, otot, tulang rawan, kulit dan saluran darah. Selain daripada itu, vitamin C juga boleh membantu melindungi sel-sel terhadap kerosakan yang disebabkan oleh pencemaran alam sekitar, tekanan, asap dan tabiat makan yang buruk.

Tubuh kita tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C, dan oleh kerana ia hilang semasa beraktiviti setiap hari, ia memerlukan pengisian semula yang berterusan. Walau bagaimanapun, pelbagai jenis buah-buahan sitrus yang kita makan sehari-hari sebenarnya membekalkan hanya sedikit vitamin C. Buah oren sederhana misalnya, hanya mengandungi 66mg vitamin C, separuh grapefruit (limau gedang) mengandungi hanya kira-kira 37mg. 
 

Dalam banyak-banyak vitamin C di pasaran, mengapa kita perlu memilih Shaklee?

  • Semua sumber semulajadi, potensi tinggi 500mg vitamin C. Shaklee menggunakan vitamin C yang diperolehi daripada kanji jagung (semula jadi-sumber vitamin C) untuk menyediakan sebahagian besar tuntutan label vitamin C. Vitamin C yang dihasilkan dengan cara ini adalah sama  dengan molekul yang berlaku dalam buah-buahan sitrus.
  • Sistem pelepasan masa vitamin C ke dalam badan kita selama 5 jam, memastikan tubuh kita mendapat vitamin C apabila badan kita memerlukannya. Ianya setaraf dengan memakan 1.5 biji oren, setiap jam, selama 5 jam.
  • Shaklee meniru 'Mother Nature' dengan menambah kepada  tablet bahan-bahan semulajadi lain yang mengandungi vitamin C dan sebatian yang berkait rapat dengan vitamin. Ianya diperkaya dengan120mg Citrus Bioflavonoids Complex. Fungsi bioflavonoid ialah untuk meningkatkan penyerapan vitamin C dan memanjangkan keberkesanannya. 

Kenapa pula kena beli pada bulan November 2016 ni?


Sebab harga yang sangat MURAH!!!

Dapatkan harga promosi Vitamin C 500mg. Beli 6 percuma 1 

@ beli twin pack dengan harga 5% diskaun.


 Jangan tangguh-tangguh tau. Dapatkan sekarang juga. Sebotol mengandungi 180 biji dan boleh tahan sehingga 6 bulan. Murah!!! Sangat-sangat berbaloi dengan harganya. Cepat buat pesanan.

Hubungi saya pada nombor yang tertera di bawah. 


Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit    

Mini Baked Macaroni

Baked Macaroni

12:38 AM

Baked Macaroni 

 

Assalamualaikum...

Lama juga saya offline dari berblog. Mood jerebu. Sebelum masuk bab-bab yang lebih serius, saya ingin memenuhi permintaan sahabat-sahabat FB saya. Apalagi kalau bukan resepi.

Saya memang peminat pasta. Setiap minggu pasti ada menu pasta yang berlainan dan saya akan masak pada hari yang saya rasa macam malas sangat nak masak. Malas tapi perlu masak sebab anak-anak perlu makan. Kebiasaannya masakan pasta ini dibuat pada hari Jumaat. Hujung minggu samada suami yang ambil alih dapur atau kami berlibur di luar.

Kali ini saya kongsikan resepi Makaroni Bakar atau Baked Macaroni. Jika rajin, saya buat mini, jika malas saya lebur semua dalam satu bekas sahaja.

Baked Macaroni





shaklee cyberjaya, shaklee puchong, pengedar shaklee taman amanputra puchong, shaklee Putra Perdana, shaklee amanputra,
Mini Baked Macaroni


250 g makaroni, direbus hingga lembut bersama sedikit garam, toskan

250g daging cincang, dibersihkan (saya lebih suka proses sendiri)
1 labu bawang besar-cincang
3 ulas bawang putih-cincang
1 sudu besar rempah kari 
1 sudu besar rempah kurma
sedikit gula perang
garam secukup rasa
sedikit serbuk lada hitam
minyak untuk menumis

6 biji telur gred A - pukul sedikit hingga sebati.

parutan keju mozarella/cedar secukupnya
1 tangkai cili merah, dihiris
1 tangkai cili hijau, dihiris 
1 tangkai saun sup, dihiris
 
 
shaklee cyberjaya, shaklee puchong, pengedar shaklee taman amanputra puchong, shaklee Putra Perdana, shaklee amanputra,
Mini Baked Macaroni

Cara-caranya

 
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kurma dan rempah kari. Kacau jangan sampai hangus. Masukkan daging. Kacau sehingga daging masak. Tambahkan garam, gula perang dan serbuk lada hitam secukup rasa. Angkat dan ketepikan.

Dalam muffin tray, griskan dengan butter, masukkan makaroni yang sudah direbus satu sudu besar. Lapiskan dengan satu sudu besar daging cincang yang sudah dimasak dan lapiskan semula dengan makaroni bakar sehingga hampir penuh. Jangan terlalu penuh. Sebaiknya hanya 3/4 sahaja. Ikut citarasa masing-masing.
 
Sudukan telur yang dipukul ke dalam muffin tray yang diisikan dengan makaroni dan daging. Ulang langkah yang sama sehingga habis. Taburkan cheese yang diparut dan diikuti dengan daun sup, cili hijau dan cili merah. 

Bakar pada suhu 160 darjah celcius. Api bawah sahaja.

Siap. 

Mudah je kan? Ni cara saya. semoga anda semua dapat manfaatnya.
 
Oh ya, jangan lupa penjimatan hebat dengan Shaklee. Bulan ini promosi vitamin C tau!  Hubungi saya SEGERA.

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit