Nurin Sofea Turns 8 Months Old

11:45 PM

Nurin Sofea Turns 8 Months Old


shaklee cyberjaya, shaklee puchong, shaklee Putra Perdana, shaklee amanputra, hepatitis B,
Nurin Sofea Turns 8 Months Old
 
Nurin Sofea sudah berusia 8 bulan hari ini. Alhamdulillah. Perkembangannya sama seperti bayi lain. Ceria dan gembira. Kalau dia tidur, saya jadi rindu dengan keletahnya. Pada usia ini, Sofea sudah pandai memanjat dan berdiri dengan bantuan. Masih belum boleh melepaskan tangan. Merangkak jangan cakaplah, kalau dibiarkan memang boleh sampai ke dapur.

Saya masih menyusukannya secara ekslusif. Syukur alhamdulillah. Rezeki Sofea. Semoga saya dapat menyempurnakan sehingga usianya 2 tahun. Kesihatannya baik. Terlewat juga mendapatkan vaksin Hepatitis B yang sepatutnya dijadualkan pada umur 6 bulan. Sofea mendapatkannya pada usia 7 bulan kerana dia batuk dan selesema. Walaupun begitu dia tetap aktif dan cepat sembuh. Maklumlah dapat khasiat susu ibu sepenuhnya.

Sofea ada 3 temujanji lagi pada bulan Disember ini. Dua temujanji dengan Paedetrik Hospital Serdang. Satu lagi dengan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Berdebar-debar juga untuk melalui saat itu. Semoga Nurin Sofea bebas dari virus Hepatitis B. Allah saja yang tahu. Apa pun keputusan darah itu saya serahkan segalanya kepada Allah. Rasa nak menangis pula ketika menaip ni. Allah al Musta'an.

Allah knows best. Saya masih teringat kata-kata doktor pakar yang merawat saya, katanya kebarangkalian bayi dalam kandungan boleh dijangkiti virus itu ialah 30%. Saya yakin apa saja yang akan berlaku adalah yang terbaik buat kami, sebab tu saya berusaha keras untuk menyusukan Sofea secara eksklusif. Semoga ia menjadi penawar dan menguatkan antibodi Sofea untuk melawan virus itu.

Ok. Tak mahu fikir yang negatif. Saya mahu menikmati saat-saat bahagia bersama keluarga tercinta. Bersihkan hati, sucikan jiwa. Kata pakar motivasi, hati yang bersih dilindungi dari penyakit. Hidup ini sebenarnya indah.
 

Oh ya, jangan lupa penjimatan hebat dengan Shaklee. Bulan ini promosi vitamin C tau!  Hubungi saya SEGERA.
Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit    

You Might Also Like

0 comments