Lecithin Baik untuk Fungsi Otak

3:14 PM

Lecithin Baik untuk Fungsi Otak


Sekarang ini memang ramai yang sedar pengambilan makanan harian memberi kesan kepada perkembangan otak dan minda. Ramai ibu mengandung bersiap sedia mengamalkan makanan yang sihat untuk perkembangan janin dan otak bayi. Begitu juga ibu yang menyusukan sebab percaya makanan yang sihat dan kaya dengan nutrisi baik untuk bayi yang disusuinya.

Pernah tak kita yang dah dewasa ni rasa macam serabut sekali sekala. Mudah lupa benda-benda mudah seperti nombor, nama seseorang, susah nak ingat tarikh dan kadangkala lupa perkara rutin. Tahu apa sebabnya? Inilah antara kesan kekurangan nutrisi dalam tubuh kita.

Otak kita ni seperti juga organ yang lain memerlukan nutrisi yang spesifik untuk menjalankan tugasnya yang tersendiri. Makanan otak yang paling terkenal ialah asid lemak omega-3, tapi tak ramai yang tahu tentang lecithin.

Tahukah anda lecithin membantu tubuh mencernakan lemak dan minyak untuk memastikan keberkesanan otak dan fungsi saraf. Paling penting ia menguatkan memori dan ingatan dengan menyediakan tubuh dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan 'neurotransmitter acetylcholine'. Ini adalah neurotransmitter yang bertanggungjawab untuk penyimpanan ingatan dan mendapatkan semula memori itu dan keberkesanan isyarat saraf dalam banyak bidang otak. Otak kita ni, jika ia kering dan dianalisis, ia akan menunjukkan komposisi kira-kira 30% daripada lecithin.

Apa sebenarnya lecithin ni ya?

Lecithin ini ialah bahan seperti lemak dikenali sebagai 'phospholipids' dan merupakan sumber yang sangat baik daripada choline vitamin B dan inositol. Membran sel, yang membolehkan nutrien untuk meninggalkan atau memasuki sel, sebahagian besarnya terdiri daripada lecithin. Ia didapati dalam telur dan kacang soya dan, kerana ciri-ciri sabun seperti itu, membantu dalam penyerapan dan penggunaan lemak dan mengandungi lemak penting vitamin oleh mengemulsi mereka (pecah menjadi kepingan kecil) supaya mereka boleh digunakan oleh setiap sel. Untuk contoh mudah, kita bayangkan macam ni saja, minyak dengan air tidak boleh bersatu, dengan adanya lecithin, minyak dan air boleh disatukan.


Panjang sungguh penerangan saya tentang lecithin ini ya. Harap anda faham lah ye.

Selain baik untuk fungsi otak, lecithin juga banyak khasiatnya


  • Lecithin membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi bagi lemak di dalam darah.
  • Lecithin merupakan emulsifier yang sangat HEBAT!!
  • Mencerdaskan otak dan mengurangkan risiko nyanyuk.
  • Menggalakkan penyerapan vitamin A, D, E & K.
  • Menggalakkan metabolisma lemak
  • Mencairkan lemak & turunkan paras kolesterol
  • Menjaga kesihatan saraf.
  • Untuk rambut yang sihat.

shaklee cyberjaya, shaklee Putra Perdana, shaklee amanputra, shaklee puchong
Lecithin Baik untuk Fungsi Otak
Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

You Might Also Like

0 comments