August 2015 - CIK MIL MILA

Tuesday, August 25, 2015

Tips Cepat Hamil Dengan GLA Complex
3:20 PM0 Comments

 Tips Cepat Hamil Dengan GLA Complex


Gundah gulana bertahun-tahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata lagi. Pelbagai usaha dilakukan, keluarga asyik bertanya, kawan-kawan silih berganti menimang cahaya mata. Risau tak terkata.

Sejak tersebarnya cerita yang GLA Complex dikatakan salah satu cara untuk cepat hamil, ramai juga yang menghubungi saya untuk mendapatkan tips cepat hamil tu.

Shaklee Puchong, Shaklee Cyberjaya, 019 2250752
GLA Complex


Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?

GLA atau nama penuhnya Gamma Linolenic Acid menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan senggugut dan juga sindrom pra haid (PMS) yang lain. Selain itu, ia meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ketika PMS, GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1 yang mana ianya melegakan kesakitan dan kekejangan

Bagaimana GLA Complex membantu dalam melegakan senggugut? Apabila seorang wanita mengalami senggugut ketika haid, sebenarnya dia mengalami kekejangan pada otot dalam rahim dan kawasan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila wanita itu kekurangan GLA dalam tubuh.   Jadi untuk menampung GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil?

Perasan tak setiap bulan sekali  seorang wanita akan mengeluarkan cecair berwarna putih telur yang jernih? Ia berlaku ketika waktu subur. GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir/cecair serviks yang berkualiti untuk kesuburan. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan lendir serviks/cecair yang subur. Kemudian membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Lendir/cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari.

Bagi wanita yang masih belum dikurniakan anak, apa kata anda buat ujian kesuburan dan periksa cecair serviks anda. Buat pemeriksaan di klinik berhampiran. Kalau lendir/cecair itu terlalu pekat dan likat , kecoklatan atau kekuningan sila buat pemeriksaan lanjut kemungkinan ia boleh menghalang persenyawaan.
Untuk lebih informasi dan konsultasi percuma oleh dapatkan GLA Complex dari saya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Thursday, August 13, 2015

Bila Berat Menurun dari  63kg ke 54kg
3:39 PM 2 Comments
Saya ni rasa macam tak ada kerja lain, asyik memunggah baju-baju dalam almari. Setahun sebelum pregnant, saya memunggah baju-baju lama,baju kurung dan baju kerja saya ke dalam container untuk disimpan. Masih sangat elok untuk dipakai tapi agak ketat di badan. Kalau tak ketat pun, ia menampakkan bentuk badan yang agak menonjol. Dengan kata mudahnya : GEMUK! Berat saya ketika itu ialah 63 kg. Segan nak taip ni. Bila berat naik mendadak-dadak macam inilah jadinya. Juga, pada ketika itu, saya sedang dalam proses untuk menutup aurat dengan lebih sempurna. Ada banyak juga baju kerja saya yang sebenarnya tidak menepati syariat. Sesuai dipakai di rumah juga sebab banyak yang kasual tetapi saya rasa macam tak selesa sebab agak ketat. Bila baju-baju tu dah simpan ke dalam bilik yang satu lagi, makanya almari ini perlu diisi dengan baju-baju yang lebih menepati ciri-ciri muslimah. Maka berlambaklah pula jubah-jubah dan baju-baju yang besar dan longgar. Orang berisi macam saya memang terpaksa pakai pakaian XL sahaja supaya nampak lebih sopan. Yang penting saya menutup aurat dengan sempurna.

Apabila disahkan mengandung, sekali lagi almari baju perlu dipunggah semula. Terpaksa cari balik container baju-baju mengandung. Banyak yang saya dah sedekah, yang tinggal hanyalah yang sesuai dipakai dalam rumah sahaja. Jubah dan pakaian muslimah lain masih elok dipakai memandangkan saya memang membeli saiz yang besar. Syoknya, kesemua jubah-jubah dan pakaian muslimah yang lain masih boleh dipakai sehingga saya bersalin. Memang menjimatkan. Saya hanya menempah satu sahaja baju mengandung yang mempunyai zip di hadapan untuk ‘nursing’ sepanjang tempoh saya mengandung. Jimat sungguh.

Selepas bersalin, saya decide untuk direct feed sahaja kerana saya sentiasa bersama baby Sofea. Bila kemana-mana, saya hanya perlu selak baju untuk menyusukan dia. Jadi, saya sangat memerlukan baju yang bf friendly. Kali ini, jubah-jubah saya tidak sesuai dipakai lagi sehingga baby Sofea wean off. Sekali lagi, baju-baju perlu dipunggah. Huhuhu.

Menariknya, ketika saya mengemas pakaian-pakaian untuk disimpan, saya terjumpa baju kurung batik sutera kegemaran saya. Baju tu dibeli ketika saya masih bekerja. Tahun 2011. Masha Allah. Baju tu mulanya agak ketat tapi sekarang wow! Rasa loose pula. Kainnya terpaksa dilipat dan bahunya sedikit jatuh. Weeee.. Berat sekarang 54kg!

Apa lagi, saya ambil kesempatan untuk mencuba seluar saya yang lain. Ya Allah, hampir kesemuanya saya muat dan agak longgar. Alhamdulillah. Seronok sangat. Terpaksa memunggah lagi sekali. Sekarang almari saya sesak benar!

Nak tahu rahsia untuk mengurangkan berat badan selepas bersalin? Tungguuu

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit










Reading Time:
Vitamin Migrain/Stress dan Sakit Kepala?
3:32 PM0 Comments
Fenomena sungguh bila scroll FB newsfeed. Nak muntah saya membacanya. Tolonglah update status yang menarik kawan-kawan. Letaklah gambar anda berhari raya ker, bercuti ker, gambar yang gembira ker. Tak sudi mata saya membaca status berbaur negatif. Bimbang memberi kesan kepada mood saya. Sejak akhir-akhir ini saya memang agak selektif. Saya pilih apa yang saya mahu tahu dan lihat sahaja.

Walaupun saya agak selektif, saya perlu berpijak di bumi yang nyata. Dulu saya hanya membaca dan simpan informasi dalam memori sahaja. Bila sesuai baru saya keluarkan maklumat tu. Tapi sekarang, bimbang sungguh dengan keadaan politik dan ekonomi negara. Memang dunia sudah uzur. Inilah akhir zaman. Fitnah berleluasa dan orang yang bodoh menjadi pemimpin. Terlalu ramai yang amal makruf tapi tidak sanggup nahi mungkar. Hanya memikirkan hablumminallah tetapi tidak hablumminannas, and the other way around. Malah mereka yang baik-baik dan berpengaruh serta diberi kepercayaan pun tidak berani bersuara.

Marilah kita membanyakkan doa semoga Allah menghapuskan pemimpin yang zalim dan digantikan dengan pemimpin yang benar-benar mengikut sunnah Rasulullah Muhammad SAW.

Saat-saat kemuncak rakyat dilanda kebimbangan ini, jangan lupa menjaga kesihatan. Bila jiwa tertekan selain banyakkan berdoa, ambillah juga supplemen untuk mengurangkan sakit kepala/migrain. Sekurang-kurangnya ia membuatkan kita tenang dan boleh membuat keputusan secara rasional. Orang yang tenang akan menang!

Vitamin apa yang sesuai untuk masalah migrain/stress dan pening kepala?

Vivix- mengimpak 4 mekanisma utama terus ke peringkat sel. Sel yang sihat, organ sihat, tubuh badan pun jadi sihat

B-Complex – menambah aliran darah ke otak, anti-stress, riboflavin menambah simpanan tenaga dalam sel otak.

Ostematrix – Transmisi impuls darah ke otak, kandungan mg yang rendah sering terdapat pada mereka yang ada migraine

Vita C –Membantu menghasilkan hormone adrenal anti-stress

Omega Guard – Menurunkan risiko spasm salur darah berkaitan dengan migraine

Energy Tea – Antioksidan dan mengurangkan stress

Herb-Lax – Menyelesaikan isu sembelit (sembelit membawa kepada stress)

CoQ Health – Green tea dalam CoQ bersifat menenangkan.

Jika anda semua mampu makan kesemua vitamin ini silakan, jika tidak saya boleh sarankan mengikut kemampuan dan budget anda! 
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit




Reading Time:

Tuesday, August 4, 2015

Susu Ibu vs Susu Formula
5:06 PM0 Comments
Minggu lepas, saya menonton rancangan Prof Muhaya dot com. Pengisiannya berkenaan khasiat susu ibu. Memandangkan saya ini umpama ibu yang baru belajar tentang penyusuan susu ibu (5 bulan) saya sangat teruja mendengar dan menonton rancangan ini. Masha Allah, ilmu yang sangat baru buat saya. Saya sangat bersyukur kerana dapat menyusukan baby Sofea hingga ke saat ini, semoga saya dapat melengkapkan sehingga ke 2 tahun. Allahumma Amiin.

Saya sangat-sangat menggalakkan saudara mara saya, kenalan dan customer saya supaya menyusukan anak secara eksklusif! Kalau yang sedang dan masih merancang untuk berkahwin pun saya akan berkempen untuk ini. Selain dari 'buat sales Shaklee', yang sangat titikberatkan ialah tentang khasiat susu ibu yang tidak boleh digantikan dengan mana-mana susu lain di dunia ini. Lihat sahaja carta di bawah ini


Melihat carta ini buat saya overwhelmed!

Saya sendiri merasai betapa hebatnya menyusukan baby Sofea. Perasaan itu sangat unik dan penuh dengan kasih sayang luar biasa. Mana mungkin saya mampu ke tahap ini tanpa izin Allah, tanpa sokongan suami tercinta dan juga sahabat-sahabat Shaklee saya. You all are awesome!

Now, apa relatednya Shaklee dan perjalanan penyusuan saya?

Terus terang, kadang kala saya agak lesu apabila menyusukan baby Sofea. Bila saya cek balik rutin saya, rupanya saya tertinggal vitamin pagi saya. Its happened sometimes. Maklumlah, juggling dengan 2 orang anak yang bersekolah, sesi berlainan pagi dan petang. Waktu sarapan saya agak huru hara bergantung kepada keadaan. Jadi saya missed out makan vitamin WAJIB iaitu Vita Lea, B Complex dan Zinc.

Belum pun sempat nak masak tengahari saya dah penat sangat. Sambil menyusukan Sofea saya pun terlelap sekali. Jika terlupa biasanya saya akan makan selepas makan tengahari. Lepas tu seumpama baru lepas caj bateri macam tu la saya. Pernah juga sehari suntuk tak makan vitamin. Sama macam biasa juga, cuma tenaga tu on off, rasa penat, mood pula macam angin. Pantang ada yang tak kena, mulalah hilang sabar. 

Bila emosi tak stabil, buat apa pun serba tak kena. Baby Sofea pun biasanya cranky sama sebab dia dan saya sama. Bila mood kita baik, anak-anak pon baik begitulah sebaliknya. You give what you get kan!

Jadi, untuk anda yang mahukan tenaga super duper extra untuk melancarkan penyusuan secara eksklusif, apa kata cuba set penyusuan Shaklee yang hebat ini. Klik SINI untuk mengetahui lebih lanjut.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Reading Time:
Tempahan Almond London
4:32 PM0 Comments
Ini aktiviti wajib setiap tahun berpuasa. Sejak Nurin dalam perut lagi saya sudah mengambil tempahan biskut almond london. Bukanlah banyak sangat. Suka-suka sambil memenuhkan tabung persiapan raya kami anak beranak. Just for fun. Tempahan saya hadkan maksimum 50 botol sahaja. Jika lebih saya tolak. Takut tak sempat siapkan. Maklumlah pekerja nya saya seorang. Suami bantu kadangkala tetapi lebih membantu urusan masak memasak dan tengokkan anak. Kadang-kadang ada juga menolong packing dan coated coklat. Apa yang penting kerjasama.





Ramai juga yang tanya bila masa saya buat biskut ni. Saya buat selepas pulang dari tadarus, petang dan bersambung ke malam, itu pun bergantung kepada mood baby Sofea. Penat tu biasalah, tapi alhamdulillah, saya konsisten makan vitamin Shaklee pada waktu selepas berbuka dan bersahur. Sebelum tidur saya telan Ostematrix. Barulah dapat berehat dengan lega. Bangun tidur untuk bersahur mudah dan sakit-sakit badan pun tiada.



Promosi pun tidaklah beriya-iya sangat. Suami yang banyak buat marketing. Kebanyakkan customer tetap. Seronok tau dapat duit raya hasil kerja tangan sendiri. Puas hati bila orang memuji keenakkan biskut almond london ini.

 

Ok... tempahan hanya dibuka pada bulan puasa. Kalau mahu tahun depan la ye.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit  



Reading Time: