October 2015 - CIK MIL MILA

Friday, October 16, 2015

Testimoni GLA Complex: Period Kembali Normal
4:52 PM0 Comments

Testimoni GLA Complex

Segala puji hanya milik Allah SWT. Tidak akan ada yang boleh mengatasi kekuasaan Nya. Maha Suci Allah Tuhan semesta alam. Segala pujian hanya kembali kepadaNya, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga buat junjungan baginda Nabi Muhammad SWT. 

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Segala yang berlaku semuanya atas kehendakNya. Kita sebagai manusia hanya berikhtiar dan berusaha sekuatnya. Alhamdulillah, saya mendapat lagi testimoni dari seorang customer saya. Beliau sedang berusaha untuk hamil setelah setahun lebih berumahtangga. Saya cadangkan beliau mencuba dulu GLA Complex dan B-Complex sebagai usaha untuk menstabilkan kembali period nya yang tidak teratur.

shaklee cyberjaya, shaklee puchong, shaklee amanputra, SRA Putra Perdana,
Testimoni GLA Complex: Period Kembali Normal


haaa alkisah nye...lps kawen ni period sy trus tk teratur..

tu yg kawn kte kate

shaklee is the best product
sje nk try




Setelah sebotol mengambil GLA Complex secara konsisten, period beliau kembali normal. Syukur Alhamdulillah.


shaklee cyberjaya, shaklee puchong, shaklee amanputra, SRA Putra Perdana,
Testimoni GLA Complex: Period Kembali Normal
Lebih informasi tentang GLA Complex sila klik SINI




Jika anda ada masalah yang sama boleh hubungi saya untuk konsultasi percuma


Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit    
Reading Time:
Ujian Sebagai Ciri Keimanan
11:08 AM0 Comments

Ujian Sebagai Ciri Keimanan


Salam Jumaat yang berkat. Emosi saya bercampur-campur hari ni bila tengok kedua kaki baby Sofea kena gigit dengan serangga. Mungkin semut. Patutlah malam tadi baby Sofea merengek manja. Tidur saya dan suami agak terganggu. Jari halusnya menggaru-garu kedua belah kaki. Saya tak hiraukan sangat, kerana rengekan manjanya masih terkawal. Pagi ni saya terkejut melihat kedua kakinya bengkak. Awal pagi lagi saya mandikan dia dengan Basic H dan sapukan dengan Herbal Blend. Lepas bf terus tertidur lena. Semoga Allah bagi kesembuhan pada kakinya. 
shaklee cyberjaya, shaklee puchong, shaklee amanputra, shaklee Putra Perdana,
Ujian Sebagai Ciri Keimanan


Sedang saya mengeluh kenapa serangga tu gigit baby Sofea, saya menyalahkan diri juga kerana cuai. Kecuaian saya menyebabkan Sofea kegatalan. Saya cuai tidak meletakkan ubat awal-awal. Entah kenapa saya resah tak bertempat. Mood memasak hilang. Tiba-tiba saya teringat satu website yang sering saya baca untuk 'basuh' minda saya. Saya terbaca sepotong ayat ini.

Allah berfirman,

Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Surah Yunus [10] : 107)

Terasa lega pada jiwa yang resah. Sesungguhnya setiap permasalahan kita ada hikmahnya. Redha! Bukankah percaya kepada Qada' dan Qadar itu salah satu kepada rukun iman.

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit    
Reading Time:

Wednesday, October 14, 2015

Asid Lemak Omega-3 Boleh Mengurangkan Gejala Alahan atau Bersin
11:41 PM0 Comments

 Penyelesaian kepada Bersin dan Asma


Omega Guard sangat baik untuk mereka yang ada masalah bersin setiap pagi. Bersin yang saya maksudkan ini bukan bersin yang sekali dua, tetapi yang berulang kali atau yang banyak kali sehingga menyebabkan keradangan paru-paru dan sesak nafas.

Kajian telah menunjukkan bahawa makan makanan yang tinggi antioksidan dan asid lemak omega-3 boleh mengurangkan gejala alahan atau bersin. Satu kajian 2007 menunjukkan bahawa kanak-kanak dari pulau Yunani Crete yang makan diet Mediterranean penuh buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, minyak zaitun, dan kekacang, yang merupakan sumber yang kaya dengan nutrien ini, adalah kurang kemungkinan untuk mendapat alahan dan asma berbanding diet yang kurang nutrisi ini.
Makanan lain yang tinggi antioksidan dan antihistamin semulajadi ialah seperti quercetin termasuk teh hijau dan makanan merah seperti epal, bawang merah, anggur dan raspberi. Bawang diketahui sebagai antioksidan semulajadi yang paling mujara. Jadi, banyak-banyaklah makan bawang  terutamanya bawang mentah. 'Chia Seed' dan ikan seperti salmon dan tuna mengandungi dos anti keradangan yang sangat baik iaitu omega-3 asid lemak. Ini kenyataan yang sangat tidak asing lagi.


shaklee cyberjaya, shaklee puchong
Asid Lemak Omega-3 Boleh Mengurangkan Gejala Alahan atau Bersin



Satu kajian 2007 wanita hamil mendapati bahawa anak-anak yang ibu-ibu makan paling epal semasa mengandung adalah kurang kemungkinan untuk mendapat asma doktor pada umur 5 tahun, berbanding dengan anak-anak yang ibu-ibu makan sedikit buah epal. Ingat tak peribahasa ini, an apple a day keep your doctor away?
Yogurt juga baik untuk penyelesaian masalah ini kerana ia mengandungi probiotik, atau bakteria sihat yang juga boleh membantu sistem imun untuk bertindak balas lebih sesuai kepada alergen seperti debunga. Probiotik membantu mengimbangkan bakteria baik dalam usus anda yang menyokong sistem imun anda dan membantu mengurangkan tindak balas alahan 

Secara ringkasnya, saya sangat menggalakkan pengambilanOmegaGuardTM dalam diet harian kita. Tak perlulah nak tunggu sehingga kita bersin, sesak nafas atau alahan baru nak ambil sebagai ubat. Silap tu. Pencegahan adalah lebih baik.  

Kenapa mesti OmegaGuardTM tetapi bukan jenama lain?


Sangat-sangat berbeza!

Minyak ikan tulen berkepekatan tinggi

OmegaGuardTM membekalkan spektrum luas asid lemak omega-3 gred farmaseutikal yang asli dan tulen.

Minyak Ikan

OmegaGuardTM membekalkan spektrum luas asid lemak omega-3 yang terdiri daripada tujuh komponen utama, termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal. Satu sajian OmegaGuard membekalkan 990mg asid lemak omega-3.

Gred Farmaseutikal yang Tulen

OmegaGuardTM dihasilkan melalui proses proprietari penyulingan molekul berganda yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak omega-3 dan pada masa yang sama menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.
Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

In shaa Allah, dengan usaha kita istiqamah mengambil Omega Guard yang sangat baik ini dengan izin Allah tak mudah sejuk, bersin, selesema ataupun alahan-alahan lain.

Seperti biasa, dapatkan Omega Guard dari saya dengan harga promosi bulan Oktober ini. Salam sayang, salam ukhuwah.

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit   
Reading Time:

Monday, October 12, 2015

Terpedaya dengan Testimonial Shaklee?
10:07 PM0 Comments

Terpedaya dengan Testimonial Shaklee?

Menurut seorang doktor pakar perubatan apabila si penjual suplemen menggunakan aspek testimonial, ia adalah bukti saintifik yang terendah. Diakui memang terlalu banyak suplemen yang available di pasaran. Harga pun kadangkala tak masuk dek akal. Melihatkan testimonial sangat banyak sehingga diri pun terbuai-buai dengan terpedaya untuk membeli.

shaklee cyberjaya, shaklee amanputra, shaklee puchong, shaklee Putra Perdana,
Terpedaya dengan Testimonial Shaklee?

Jangan termakan oleh testimonial ya kawan-kawan, just make sure you are eating healthily, follow the food pyramid. In shaa Allah  you will be safe.

Opss... ada penambahan ni. Kalau kita mampu mengikut piramid makanan yang disarankan (organik , tanpa bahan pengawet, tanpa pewarna tambahan dan tidak berproses) tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalah apabila kita tak mampu. Sedangkan makanan kita banyak yang tinggi kalori dan tidak berkhasiat, bagaimana nak dapatkan nutrisi daripada makanan itu?

Tidak keterlaluan saya katakan jika kita sangat memerlukan suplemen untuk menampung kekurangan nutrisi dalam badan.

Anyway, saya setuju memang ramai yang terpedaya dengan Shaklee disebabkan oleh testimonial yang banyak. Saya sendiri akui yang saya pun sama. (wink!~)

Tapi, saya percaya bukan kerana testimonial itu semata-mata, saya juga ada buat sedikit kajian dan mengikuti kelas nutrisi yang pihak Shaklee adakan. Shaklee kita ada ada banyak kajian dan penyelidikan.

Di Shaklee, kami percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.

Kisah kami bermula hampir 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.

Hari ini, kami merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Kami melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk kami Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.
Kami menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
Kami menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
Kami telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
Kami juga menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan berkongsi produk kami.

Sehingga hari ini, kami telah membayar komisen bernilai lebih $6.7 bilion kepada para Pengedar kami, dan kami menjemput anda untuk mengecapi manfaat memiliki perniagaan Shaklee anda sendiri.

Semua tanda dagangan adalah hak milik empunya masing-masing.


Dapatkan produk Shaklee daripada saya.

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit  


Reading Time:

Thursday, October 8, 2015

Merawat Endometriosis dengan GLA Complex
2:07 PM0 Comments

Merawat Endometriosis dengan GLA Complex


Penyakit endometriosis bukanlah kanser. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Ia merupakan sejenis ketumbuhan yang di dalamnya ada darah dan tisu-tisu seperti di dalam dinding rahim yang mana ia boleh menyebabkan senggugut dan sukar untuk mengandung. Bukan itu sahaja, penyakit ini boleh menyebabkan kesakitan, pendarahan, gangguang kencing dan keguguran berulang kali jika tidak dirawat. 

GLA Complex, shaklee cyberjaya, shaklee puchong, shaklee amanputra, shaklee Putra Perdana,
Endometriosis

 Penyakit ini jarang sangat dialami oleh wanita zaman dahulu kerana wanita dahulu berkahwin awal berbanding dengan wanita masa kini. Zaman sekarang, kebanyakannya kahwin lewat iaitu sekitar 30 - 35 tahun. Oleh itu, endometriosis punya masa yang cukup untuk terbentuk.

Simptom yang paling ketara ialah apabila seorang wanita mengalami senggugut yang teruk.

Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini.

Adakah anda pernah mendengar tentang GLA Complex?

GLA ialah Gamma Linolik Asid. Kebanyakan GLA  yang tersedia di pasaran dihasilkan dari EPO manakala Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih 2kali ganda GLA dari EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.
Merawat Endometriosis dengan GLA Complex, GLA Complex, shaklee cyberjaya, shaklee puchong, shaklee amanputra, shaklee Putra Perdana,
Merawat Endometriosis dengan GLA Complex


Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesannya terpelihara oleh ShakleeGuard, antioksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu manusia.

Hebatnya GLA, telah membantu ramai wanita di sana menstabilkan period, mengandung, mencantikkan kulit 

Untuk lebih tahu mengenai GLA dan manfaatnya, jemputlah klik ke ENTRY saya sebelum ini 
Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit  
Reading Time:

Wednesday, October 7, 2015

Set Berpantang Shaklee - Pengalaman Berpantang Terindah
4:13 PM0 Comments

 Set Berpantang Shaklee - Pengalaman Berpantang Terindah


Banyak soalan yang saya terima tentang set bersalin atau set berpantang Shaklee. Yang pastinya ramai yang was-was betul ke saya berpantang 100% dengan vitamin Shaklee. Pelik? 

Soalan seperti, 

Eh cukup ke makan vitamin aje ?
Banyaknya pil nak kena makan!

Mana boleh minum banyak air!

Well, you are what you think! Sebenarnya saya memang ada masalah dengan herba, jamu dan seangkatan dengannya. Bukannya sombong bongkak takabur, tetapi itulah kenyataannya. Sejak dulu-dulu, saya berjinak-jinak dengan teh herba. Allah.. saya tak serasi. Badan jadi panas dan saya pernah berak berdarah. Kata orang saya kekurangan air. Saya cuba pastikan pengambilan air yang cukup malangnya hasilnya masih sama.

Ketika pantang anak yang pertama, saya dan suami memilih untuk berpantang dengan set Mustika Ratu. Hiii... saya hanya berkesempatan menggunakan pilis yang diletakkan di dahi sahaja. Lain-lain ramuan dalam set itu tidak dapat digunakan. Rugi! Ini kerana Nurin mengalami jaundis dan saya disarankan untuk tidak mengambil sebarang jamu dan herba.

Berpantang kali kedua, saya menyambung guna set yang dibeli terdahulu. Maklumlah cuma selang setahun saja, masih elok dan tidak luput lagi. Pun sama, hanya serbuk pilis yang digunakan. Suami sudah malas membelikan set yang baru kerana saya sangat mengelat. Haha. Bukan saja-saja mengelat tetapi Alya mengalami prolonged jaundis, hampir 2 bulan lamanya. Sebagai seorang yang sangat mengambil berat tentang anaknya, tentulah saya mendengar saranan doktor. 

Kali ketiga, saya berpantang sepenuhnya dengan vitamin Shaklee! Hasilnya, alhamdulillah sangat menakjubkan. Untuk kisah lengkap berpantang dengan set bersalin Shaklee jemput baca di entry sebelum ini.

Saya tak suka recommend sesuatu yang saya tak pasti keberkesannya. I am not that type. Saya tak sanggup menerima bahana dari Allah atas ketidakjujuran saya. Subhanallah, saya serasi sungguh dengan vitamin Shaklee sebagai set berpantang saya.

Ini testimoni saya sendiri, yang di 'screenshot' kan oleh sahabat saya. Semoga memberi manfaat kepada anda.

set berpantang, testimoni set berpantang, set bersalin, testimoni set bersalin, shaklee cyberjaya, shaklee puchong, shaklee amanputra, shaklee Putra Perdana
Testimoni Set Berpantang Shaklee

set berpantang, testimoni set berpantang, set bersalin, testimoni set bersalin, shaklee cyberjaya, shaklee puchong, shaklee amanputra, shaklee Putra Perdana
Testimoni Set Berpantang Shaklee



Anda boleh baca pengalaman berpantang terindah saya di entry sebelum ini.

http://www.mamanurins.blogspot.my/2015/06/rahsia-kekal-cergas-sepanjang-berpantang.html

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang sedang mencari set berpantang. Alah membeli menang memakai. Sangat berpatutan harganya. Tahan sehingga 4 bulan. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit  


Reading Time:
French Toast with Scrambled Egg Filling
11:00 AM0 Comments


French Toast with Scrambled Egg Filling 

 

Roti expired esok. Cara mudah nak habiskan dengan buat sandwich kegemaran anak-anak.


Bahan-bahan

Roti sandwich 8 keping
4 biji telur
2 biji garlic - cincang halus
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
Serbuk dry parsley (kalau ada)
Sos cili 2 sudu
Mayonnaise 1 sudu

Campur semua dan kacau rata guna whisk.

Panaskan kuali leper non stick . Letak minyak sedikit je. Celupkan satu persatu roti depan belakang. Letak atas kuali. Bila telur masak terbalikkan lagi sebelah. Buat sampai habis.

Scrambled Egg Filling


Lebihan bancuhan telur tu letak telur dalam kuali yang masih panas. Kacau terus sampai hancur dan masak. Tutup api. Letakkan sos cili dan mayonnaise. Kacau rata. Angkat.

Sudukan filling scrambled egg pada roti macam buat sandwich. Kemudian potong ikut suka. Saya potong 4 dan susun seperti dalam gambar supaya lebih menarik untuk dimakan.

Happy trying mommies ...

shaklee cyberjaya, shaklee puchong, shaklee Putra Perdana, shaklee amanputra,
French Toast with Scrambled Egg Filling


Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit  
Reading Time: