Alergi Kulit

7:23 AM

 Alergi Kulit 

Alahai susah hati mama tengok anak setahun 3 bulan ni satu badan naik merah-merah. Jumpa doktor ingatkan chicken pox tapi bukan. Mama tau bukan, tapi nak pastikan dengan yang lebih pakar. Nak kata nyamuk gigit bukan sebab tak berbintat. Semut pun bukan. Mama sedar ni hari Khamis petang masa pulang dari Shaklee HQ. Masa di HQ di main dalam play area tu. Sejuk bukan main. 

Mama bawa jumpa Doktor Suraya hari Jumaat tengahari lepas ambil kakak sekolah agama. Doktor kata alergik. Lepas tu mama pun cerita yang sudah 2 hari ni mama memang tak sempat nak masak. Makan kat luar je. 

Doktor bagi ubat sapu dan ubat makan. Ubat makan tu serupa macam ubat selesema. Mama tak bagi dua ubat ni sebab mama rasa tak perlu.

Balik rumah mama pun buatlah macam biasa je. Kata doktor tak membimbangkan pun. Mama mandikan Sofea dengan pencuci pelbagai guna Basic H dan sapu satu badan dengan Herbal Blend. Semuanya dari Shaklee. 

Mula-mula makin banyak bintik merah yang keluar. Tapi Sofea aktif macam biasa je. Tak nampak pula dia menggaru. Hari Sabtu tu siap mama bawa Sofea pergi NC Shaklee di Sunway Convention. Baik sangat dia. Banyak menyusu dan banyak tidur. 

Hari Ahad pun tak banyak beza. Bila mama nak mandikan petang tu baru mama perasan merah-merah tu dah mula pudar. Hari Isnin makin pudar dan dah baik macam biasa. Ya Allah. Syukur sangat. Alhamdulillah. 

Tips: yang penting banyakkan doa. Banyakkan zikir. Usaha terus terusan. Sepatutnya bila mama tengok keadaan makin teruk bila pertama kali sapu, mama berhenti . Tapi mama teruskan juga. Suami cakap, Mula-mula memang macam tu. Dia akan keluar semua merah-merah. Lama-lama beransur pulih. 

herbal blend, testimoni herbal blend, shaklee puchong, shaklee amanputra, shaklee Putra Perdana, shaklee putrajaya, shaklee cyberjaya,
 Alergi Kulit 


Ok yang ni saya sarankan ibu-ibu simpan stok Herbal Blend ni di rumah untuk kegunaan harian. Bahan-bahan dalam Herbal Blend ni banyak sangat faedahnya

Alhamdulillah dengan izin Allah 2 gabungan produk ni memang berkesan. Dah banyak kali saya guna. 

Kongsikan kisah benar saya ini mungkin ramai yang boleh mendapat manfaatnya.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop

COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit  

You Might Also Like

0 comments