Orang Dewasa Pun Boleh Kena Jaundis- Part 3

10:00 AM

Selasa 28hb Jun. 2016. 


Saya mendapat panggilan bertalu-talu dari Klinik Suraya. Lupa saya ter 'set silent mode'. Saya 'return' call balik, Keputusan darah sudah keluar tapi Doktor Suraya sudah mula bercuti raya. Awal sungguh dia bercuti.

"Alamak... jadi siapa nak terangkan kat saya keputusan darah tu?"

"Mana-mana doktor pun boleh puan. Sekarang Doktor xxx bertugas" - saya tak ingat namanya

"Tak apalah. Nanti saya collect"

Saya buka sampul surat dan baca keputusan darah tu. Allahuakbar. Sukar nak percaya tapi itulah hakikatnya. Inilah dia keputusan yang paling teruk pernah saya dapat sejak di 'diagnosed' pada 3 tahun lalu.

ALT: 1200

Balik rumah saya snap gambar keputusan tu dan hantar kepada suami dan Doktor Azam. Doktor Azam merupakan sumber rujukan saya tentang masalah kesihatan terutamanya yang melibatkan kes saya ini. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya lebih jelas tentang apa yang berlaku.

Suami pula forward kepada sahabatnya yang juga seorang doktor pakar SLE.

Tahu apa reaksi mereka?

Secara ringkas, kata mereka, saya perlu ke hospital dengan segera. Keputusan darah sangat membimbangkan dan besar kemungkinan saya perlu dimasukkan ke dalam wad untuk membuat ujian darah sekali lagi, ultrasound dan pemerhatian yang lebih mendalam.

Mulalah saya menggelabah dan tidak tentu arah. Dalam kepala memikirkan bagaimana untuk menguruskan persekolahan anak-anak yang tinggal beberapa hari lagi sebelum cuti hari raya. Paling penting, tentang Nurin Sofea yang masih menyusu badan. Ketika itu dia berusia 15 bulan. Menangis jugalah saya. Belum pernah saya berpisah dengan dia walaupun satu malam. Sedih sungguh!

Jika saya tidak mendapatkan rawatan secepat mungkin, mungkin keadaan menjadi lebih parah. Saya harus lupakan soal berpuasa dan berhari raya. Adalah lebih baik saya mengikuti rawatan sekarang dalam keadaan yang lebih baik dan selesa. Manalah tahu jika saya pulang berhari raya, saya jatuh sakit di mana-mana. Maklumlah usim perayaan hospital mestilah sibuk dan ramai doktor yang bercuti. Kes saya pula agak istimewa dan tidak semua hospital punya doktor pakar . Tidak dapat saya bayangkan situasi itu. Dalam keadaan sekarang pun saya rasa letih, lesu dan tidak bermaya. Penatnya saya lebih teruk dari orang yang berpuasa. Seolah-olah seperti saya berpuasa juga walaupun hakikatnya saya tidak berpuasa.

Selera makan menyusut. Anak-anak seperti hilang semangat berpuasa bila melihat saya lesu tak bermaya. Kasihan mereka. Saya cuba gagahkan diri tapi emosi sememangnya pada tahap yang paling bawah ketika ini. Sofea masih kuat menyusu. Dia juga kurang makan. Lebih banyak menyusu dari biasa. Saya fikir situasi ini buat saya lebih letih.



You Might Also Like

0 comments