2017 - CIK MIL MILA

Sunday, October 1, 2017

Set Berpantang - Jamu vs Vitamin
6:48 AM0 Comments
Bersalin dan berpantang memang sinonim dengan jamu. Masa mengandung sudah sibuk mencari jamu untuk dimakan dan disapu ketika berpantang nanti. Begitu jugalah dengan saya. Untuk anak yang pertama, suami yang sibuk 'survey' set bersalin untuk kegunaan isterinya. Set berpantang lengkap dengan bengkung tradisional.

Seingat saya, saya tidaklah teruja sangat dengan set berpantang ini. Maklumlah saya pernah ada pengalaman pahit dengan jamu tradisional ni. Masa tu saya makan jamu dan teh yang kononnya berkesan untuk kurus. Apa yang berlaku saya mengalami cirit birit yang teruk. Tak cukup dengan itu saya mengalami pendarahan ketika membuang air besar (read: berak berdarah) walaupun sudah minum air dengan banyaknya.

Alkisah, saya bersalin secara pembedahan. Anak pertama saya mengalami distres. Ketika air ketuban dipecahkan, air ketuban tidak berwarna jernih sepenuhnya. Ada sedikit cairan coklat. Doktor kata bayi sudah berak dalam perut. Bukaan rahim cuma 3cm ketika itu. Padahal sakit bukan kepalang. Doktor putuskan untuk menunggu sehingga 12 jam sahaja. Jika bukaan masih kurang dari 10 cm pembedahan akan dijalankan. Bayi harus dikeluarkan segera untuk mengelakkan risiko terbelit tali pusat dan lemas. 

Dipendekkan cerita, saya terbaring di katil hospital selama 5 hari. Saya mengalami kembung perut atau 'bloating'. Saya tidak kentut dan perut tidak menyusut. Sakit pembedahan tidak terperi. Ditambah dengan kembung yang tak dapat nak digambarkan ketidakselesaannya. Jururawat pula cuba pelbagai cara. Bagi saya minum ubat, masukkan tiub melalui hidung dan juga sedikit urutan. Saya juga demam di malam hari. Allah... perhatian rapi diberikan kepada saya. Bayi juga mengalami kuning dan diletakkan di bawah 'phototherapy'. Untuk rujukan tentang Neonatal Jaundice ni saya galakkan anda semua baca artikel yang ditulis oleh Dr Azwan. Klik sini Neonatal Jaundice

Jamu tidak dapat dimakan dan selepas discaj juga sama kerana bayi ada kuning. Hanya pilis disapukan pada dahi. Bengkung apatah lagi saya tak berani kerana luka pembedahan masih baru. Fobia dibuatnya. Walaupun begitu luka pembedahan pulih dengan sempurna. Emak dan kakak ipar jaga saya sebaiknya. Suami pastikan saya makan pati haruan dan buah oren. Makanan pantang juga disediakan oleh emak. Alhamdulillah.

Kita merancang, Allah yang menentukan. Selepas berpantang saya mula bekerja di tempat baru. Suasana baru yang lebih tenang dan seronok. Mood baru. Sekali lagi saya disahkan mengandung. Hanya sempat datang bulan sekali sahaja selepas berpantang. Ketika itu anak pertama berusia 3 bulan. Oleh kerana set bersalin ketika anak pertama tidak digunakan sepenuhnya, saya tidak membeli set yang baru. Suami kata membazir kalau beli. Sedangkan masih elok dan tarikh luput masih lambat lagi.

Terkejut tapi tak dapat menolak ketentuan Illahi. Salah kami juga. Perjalanan mengandung dipermudahkan. Suami banyak menguruskan hal rumahtangga dan anak. Walaupun mengandung tapi masih kuat dan tidaklah mengalami masalah yang serius. 

Memandangkan jarak mengandung yang sangat rapat, bukaan rahim yang sangat perlahan dan kesakitan yang tak tertanggung untuk kelahiran kedua, saya bersalin secara pembedahan juga. Anak kedua mengalami prolong jaundis. Sehingga dua bulan lamanya. Jadi, set bersalin berupa jamu itu sudah tentu tidak dapat dimakan.

Setelah menyertai keluarga Shaklee, saya sudah set dalam minda untuk berpantang dengan vitamin Shaklee sekiranya saya ditakdiran mengandung lagi. Ia berdasarkan maklum balas yang sangat positif dari customer dan rakan-rakan bisnes yang sudah menggunakannya. Sejak mengandung saya sudah makan Set Hamil Shaklee dan alhamdulillah sangat berpuas hati dengan hasilnya. 

Oleh kerana Set Hamil Shaklee dan Set Berpantang Shaklee tiada banyak bezanya ianya betul-betul memudahkan saya. Hanya perlu ditambah dengan beberapa jenis vitamin sahaja. Cerita saya berpantang banyak diceritakan di SINI

Saya tak katalah berpantang dengan jamu tu tak bagus. Ianya terpulang kepada individu. Tak semua orang sama. Ada yang serasi, ada yang tidak. Jadi pilihlah ikut keserasian dan bajet masing-masing. No offence ya.


Gambar 03.04.2015

Gambar hiasan sebulan selepas kelahiran Sofea. Masih berpantang lagi masa ni. 




Reading Time:
Resepi Cara Berlauk
5:58 AM0 Comments

Jumaat. 29/9/2017

Buat sarapan cara berlauk tadi. Makan ni dari pagi ke tengahari ke petang ke malam untuk kudapan. Makan berat kat kedai je.

Inilah kali pertama guna acuan baulu cermai. Dulu pakai muffin tray masak dalam oven. Taklah sesedap yang dibakar atas dapur dalam acuan cara. Mana sama cara tradisi dengan cara moden. 

Kali pertama 7 biji semua tak jadi. Padahal dah garing sangat kulitnya. Hampir hangus. Dalamnya lembik dan tak berapa masak. Cucuk dengan lidi pon tak boleh nak keluarkan cara tu. Alamak! 

Saya tutup api dapur. Kemudian duduk sekejap fikir apa silapnya. Lamalah juga fikir samada nak teruskan atau pun berhenti je. Sebab kesuntukan masa nak hantar suami ke klinik. Padahal semua tips dan resepi ikut bulat-bulat.

Hujan lebat membasahi bumi. Nak ke klinik pun agak sukar juga. Bila emosi saya dah sedikit reda saya nekad untuk mencuba lagi. Perlahankan api, sapu minyak. Baca Bismillah dan selawat banyak kali. Letak adunan perlahan-lahan, letak lauk dan bahan hiasan kemudian tutup acuan baulu tu. Saya tunggu cara masak sambil zikir.

Teringat saya dah lama tak dengar kuliah online. Buka YouTube dan pilih kuliah tentang ketauhidan. Topik kegemaran saya. Sambil masak sambil dengar kuliah. Sekurang-kurangnya adalah pengisian dari masak saja-saja kan? Semoga Allah memberi rahmat kepada kami seisi keluarga. Aamiin.

Back to my cara berlauk

5 minit kemudian bila buka penutup nampak seperti dah masak. Saya cucuk dengan lidi. Masha Allah. Mudah sangat nak keluarkannya. Jadi dengan sempurna. Alhamdulillah. Kalau tadi saya dah putus asa, mesti tak dapat nak makan cara berlauk air tangan sendiri kan.

Begitulah hidup ini. Kalau mudah putus asa, tak kemana kita ni.

Satu ketika dulu saya selalu fikir macam-macam. Macam err nak buat ke tak ni, apa orang kata, dia bolehlah... aku ni tak macam dia. Banyak sangat err err err nya. 

Yang sebenarnya orang bukan kisah pun kan? Kita yang nak, kita la yang buat. Begitulah kisah cara berlauk dan sedikit kisah kehidupan saya.

Semoga Allah beri saya kekuatan dan tetapkan iman saya. 

Oklah. Ini dia resepi Cara Berlauk. Asalnya dari blog Azie Kitchen dan diolah oleh saya ikut kesesuaian saya sendiri.

Resepi Cara Berlauk

Resepi Cara Berlauk 


Resepi asal: Azie Kitchen
Olahan : Mamanurins


Bahan bahan

inti daging

250 gm daging kisar  (saya kisar daging batang pinang sendiri)
2 sudu rempah daging Babas 
2 sudu rempah kurma
1 biji bawang besar - cincang
3 biji bawang putih - cincang
Garam dan gula secukup rasa
Daun sup -hiris halus
Cili merah - hiris halus
Minyak untuk menumis

Daging, cili dan daun sup untuk hiasan

untuk adunan tepung

2 cawan tepung gandum
1 kotak santan M&S 200ml
3 cawan air
2 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning telur

Cara-cara

inti daging

Daging dibersihkan dan dipotong kecil-kecil. Hiris halus atau blend menggunakan chopper.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah kari dan rempah kurma. Tambah sedikit air dan goreng sampai wangi. Masukkan daging dan masaklah sampai kering. Letak garam dan gula secukup rasa. Sejukkan.

adunan tepung

campur semua bahan dan blend sampai sebati. Masukkan semua bahan dalam jug.

Kaedah memasak kuih

Panaskan acuan cara atas dapur. Api sederhana. Biar betul-betul panas. Sapu minyak pada acuan. Saya menggunakan berus silikon DIY. Tahan panas, mudah dan sapuannya rata. Nak ambil daun pandan hujan. Haha.

Bila dah panas betul, curahkan adunan tepung sehingga 3/4 penuh. Masukkan satu sudu teh daging, tabur daun sup dan cili merah yang sudah dihiris. Tutup acuan dengan menggunakan tutup periuk yang sesuai dengan saiznya.

Agak-agak dah masak, buka penutup dan cucuk dengan lidi untuk keluarkan cara. Ulang sampai selesai.


Selamat mencuba. Jangan mudah putus asa.

Reading Time:

Thursday, September 28, 2017

Resepi Sambal Kering Tempe, Kentang, Ikan Bilis dan Kacang
3:32 PM0 Comments
Dah lama saya buat sambal kering ini, tapi nak menaip resepinya agak tertangguh. Maklumlah malas dan sibuk dengan alasan. Bila teringin nak makan lagi, saya upload la dalam FB kalau-kalau ada sahabat yang jual bolehlah saya membelinya. Sebaliknya ada sahabat yang nak order malah ada yang minta resepinya. Mudah aje, jom saya kongsikan di sini.


Resepi Sambal Kering Tempe, Kentang, Ikan Bilis dan Kacang 


Resepi Sambal Kering Tempe, Kentang, Ikan Bilis dan Kacang 

Bahan-bahan

3 biji kentang
Semangkuk ikan bilis kopek 
Setengah mangkuk kacang tanah
2 paket tempe
Minyak untuk menggoreng

Untuk sambalnya

*20 tangkai cili kering-buang biji dan rebus sehingga mendidih.
*3 biji bawang merah
*2 biji bawang putih
Gula dan garam secukup rasa
sedikit air asam jawa

Bahan bertanda * di blender dengan air.

Cara-cara

Kupas dan basuh kentang bersih-bersih. Sagat dengan menggunakan penyagat. Memanjang dan halus. Lebih kurang besar batang mancis. Panaskan minyak. Goreng tenggelam supaya garing. Boleh juga tambah sedikit garam ke dalam minyak panas untuk mengelakkan kentang melekat-lekat. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.

Basuh bersih ikan bilis dan goreng sehingga garing. Jangan sampai hangus pula ya. Angkat dan toskan.

Kacang tanah ni saya memang selalu goreng hangus. Jadi, pastikan api tidak terlalu panas dan goreng dengan api sederhana. Agak-agak macam dah nak garing perlahankan api dan angkat. Kalau lambat boleh hangus tau. Saya selalu kena. Angkat dan toskan.

Tempe pula dihiris senipis mungkin. Goreng garing. Angkat dan toskan minyaknya.

Dari kiri, kentang, kacang tanah dan tempe
tempe sedang digoreng


Jom kita buat sambal sira nya pula

Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan yang diblender dengan api sederhana. Ini akan mengambil masa kerana sambal yang diinginkan ialah yang pekat dan garing. Setelah agak-agak kering, tambahkan gula, air asam jawa dan garam. Biarkan lagi sehingga sambal pekat.

Setelah sambal menjadi pekat dan garing, rasa sambal tu. Kalau ada kurang di mana-mana tambah gula ke garam ke. Matikan api dan sejukkan. Ini untuk mengelakkan kentang menjadi lemau.

Selamat mencuba ya. Senang je sebenarnya, tapi agak penat juga sebab perlu menggoreng banyak kali. Resepi ini dapat sedikit je tau. Untuk 3-4 orang sekali makan. Kalau mahu buat banyak gandakanlah 10x ganda. Haha.

Makan dengan bubur kosong
Sedap betul bila makan dengan bubur kosong dan sayur goreng kilas. Sayur tu suami yang masak. Memang sedap.

Harus diingat, resepi ini menggunakan minyak yang banyak tau. Pastinya kolesterol tinggi. Kalau nak makan juga, pastikan ambil suplemen yang berkualiti untuk mengawal kolesterol dalam badan. 

Kalau nak order vitamin Shaklee atau nak jana pendapatan sampingan pun boleh je PM saya ok.

Normila 019 2250752


Reading Time:

Wednesday, September 27, 2017

Happy Mom, Healthy Baby
5:09 PM0 Comments
Tagline saya ni ada benarnya tau. Happy mom, healthy baby. Kalau ibu hamil sihat, emosi stabil tentulah dia sihat. Bayi dalam kandungan pun in shaa Allah sihat.

Saya makan set hamil ni masa mengandungkan anakanda Sofea. Walaupun terpaksa ke sana ke mari untuk check up tetapi alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan. Hb normal, walaupun GDM cuma perlu jaga pemakanan. Rasa bertenaga dan bersemangat.

Ibu di sana kalau hamil jangan ambil mudah ya tentang pemakanan. Ia memberikan kesan kepada kita dan bayi yang dikandung. Susahkan nak ambil makanan seimbang tapi tak mengapa boleh top up dengan vitamin. 

Kenapa mesti pilih set vitamin Shaklee? Sebab ianya memenuhi keperluan ibu hamil dengan lengkap. Selamat, semulajadi dan berkesan. Saya sendiri dan kawan-kawan dah rasa. Berbeza sangat berbanding tak mengambil set hamil Shaklee ini. Apa yang ada dalam set hamil ni?

set hamil, set kehamilan, testimoni set kehamilan, shaklee cyberjaya, shaklee puchong

Vita-Lea 

*Multivitamin yang terbaik dengan zat besi.
*Ia membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.
*Sekiranya ibu mengambil Vita Lea, obimin ataupun iron tablet tidak diperlukan lagi.
*Sebiji Vita Lea memadai untuk dos sehari.
*Vitamin terbaik untuk bacaan Hb yang cantik

B-Complex 

*Mengandungi 8 kumpulan lengkap vitamin B termasuklah asid folik.
*Asid folik dan vitamin B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan.
*Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural.
*Menstabilkan hormon dan memberi ketenangan kepada ibu hamil

Sustained Release Vita-C

*Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan
*Berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat.
*Ia juga membantu dalam penghadaman zat


Ostematrix 

*Ibu hamil memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari.
*Mulai trimester kedua bayi akan menarik kalsium ibu untuk pertumbuhannya.
*Ostematrix mengandungi bukan sahaja kalsium malah Magnesium dan Vitamin D.
*Vitamin D berfungsi untuk meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan tulang dan kerangka.
*Pengambilan Ostematrix juga untuk menguatkan dalam pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat. 
*Pengambilannya juga boleh mengurangkan sakit pinggang , sakit belakang , kebas-kebas atau kekejangan ibu hamil.


Omega Guard 

*Omega Guard mengandungi asid lemak Omega 3 yang termasuk di dalamnya DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan perkembangan otak, sistem saraf dan fungsi mata bayi.
*Penting juga untuk antibodi bayi sejak dalam alam rahim lagi.

***Omega guard tidak digalakkan untuk trimester pertama.


Energizing Soy Protein (ESP)

*Ia adalah protein yang mengandungi banyak kelebihan kepada ibu dan anak yang dikandung.
*Protein penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu dan hormon dalam tubuh, untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.
*Protein adalah makanan sel. Sel yang sihat membentuk tubuh badan yang sihat.
*Memberikan tenaga segera kepada ibu, mencantikkan kulit ibu dan bayi dalam kandungan.

Kalau nak order Shaklee atau nak jana pendapatan sampingan pun boleh je PM saya ok.
Reading Time:

Thursday, September 21, 2017

Siapa Kata Mudah Menyusukan Anak Selama Dua Tahun?
3:46 PM0 Comments
Menyusukan anak sehingga dua tahun merupakan perjuangan buat si ibu. Ia seolah-olah berjuang di medan perang. Perlu ada stamina, azam yang kuat, peralatan dan masa. Bersedia dengan apa juga cabaran dan situasi persekitaran. Perlu ada taktik dan teknik yang sesuai. Tak semua ibu berjuang dengan situasi yang sama. 

Perjuangan ini biasanya disusuli dengan air mata dan doa yang tidak pernah putus. Siapa kata mudah nak melengkapkan perjalanan selama dua tahun?

Syukur, saya berjaya melalui dua tahun itu dengan jayanya. Alhamdulillah. Bukan dua tahun sahaja malah lebih dari itu. Setakat ini, Nurin Sofea sudah menyusu selama 2 tahun 6 bulan. Ini ialah percubaan kali ketiga memandangkan dua orang anak terawal tidak berjaya sepenuhnya. Gagal sekali tak bermaksud gagal selama-lamanya. Jangan pernah putus asa. Yang penting usaha.

Jika ada antara kita yang gagal, jadikan ia panduan dan titik tolak untuk menyusukan anak yang seterusnya. Tutup buku lama buka buku baru. Kesilapan lalu jangan diulangi. Nasihat saya yang pernah melalui situasi ini, sematkan dalam minda, sebut hari-hari, yang kita mampu menyusukan sehingga anak dua tahun. Bila kita sebut selalu, itu merupakan doa. Secara tidak langsung ia membuatkan kita nekad dan tidak mudah putus asa. Percayalah!

Walapun begitu, sekuat mana kita berusaha sesungguhnya rezeki menyusukan anak ini rezeki tak ternilai dari Allah.Dialah Maha Pemberi Rezeki. Bersyukur setiap titik susu yang keluar semoga ianya bertambah banyak lagi. Kita hanya berusaha, Dia yang Maha Memberi. Marilah kita beramal seperti mana suruhanNya dan meninggalkan larangannya. 

Inilah anak bertuah tu. 


breasfeeding, my breastfeeding journey, menyusu bayi,
Anak Bertuah-Nurin Sofea

Bagi saya, yang penting niat kerana Allah. In shaa Allah, perjalanan penyusuan dimudahkan. Jika anda perlukan tips penyusuan dan perlu sokongan atau mungkin nak borak-borak tentang penyusuan boleh PM saya. Normila 019  2250752. 
Reading Time:

Tuesday, September 19, 2017

 Mengapa Kaki Wanita Hamil Bengkak?
5:14 PM0 Comments

 Mengapa Kaki Wanita Hamil Bengkak? 

Rahim yang membesar menyebabkan tekanan pada urat pelvik dan vena cava, dan cecair akan terkumpul di bawah lutut. Itulah sebab utamanya kenapa kaki wanita hamil bengkak.
Bila bengkak kaki, biasanya ibu hamil kurang selesa. Walaupun tidak sakit tapi ia  menyukarkan pergerakan. Kadangkala kasut atau sandal yang dipakai tidak lagi muat untuk dipakai. Terpaksa cari kasut yang baru yang lebih besar dan selesa dipakai. Ahh..seperti kaki gajah. Haha.

Ini perkara biasa yang dialami oleh wanita hamil. Jangan risau, ada cara bagaimana untuk mengurangkan cabaran ini. 


1. Elakkan berdiri terlalu lama. Biasa wanita memang banyak berdiri ketika masak dan menguruskan hal rumahtangga. Sediakan bangku atau kerusi supaya selang beberapa minit ibu hamil boleh duduk seketika dan sambung berdiri balik bila perlu. Bila berdiri lama ia memberi tekanan kepada kaki dan menyebabkan ia bengkak.

2. Regangkan kaki dengan kerap. Ibu hamil jangan kerap duduk atau baring sahaja. Buat regangan kaki dengan kerap. Semasa duduk atau baring boleh buat. Perlahan-lahan ya. Saya suka buat sambil baring seolah-oleh  mengayuh basikal. 

3. Tinggikan kaki. Kalau duduk kaki letak atas bangku kecil. Kalau baring letakkan bantal atau apa sahaja supaya kedudukan kaki lebih tinggi. 

4. Pakai stokin sokongan. Ada dijual dipasaran stokin pelbagai jenis. Ada yang mempunyai infra red. Sangat bagus untuk ibu hamil

5. Banyakkan minum air. Cukupkan pengambilan antara 2 hingga 3 liter sehari. 

6. Fokus kepada pengambilan nutrien protein dan vitamin C. Protein membantu untuk menjaga air tetap di dalam aliran darah. Akibat kekurangan protein tersebut, air dalam pembuluh darah akan keluar ke rongga-rongga tubuh sehingga menyebabkan bengkak.Vitamin C pula merupakan vitamin yang tinggi antioksida. Pastinya membantu meningkatkan taraf kesihatan secara keseluruhan.

Semoga ibu-ibu hamil yang selalu menghadapi masalah kaki bengkak boleh bernafas lega dengan tips-tips yang saya berikan. Kalau nak tanya tentang Set Hamil Shaklee atau tentang suplemen protein dan vitamin C boleh whatsapp saya Normila 019 225 0752
Reading Time:
Kenapa Wanita yang Hamil Kerap Mengalami Kekejangan Kaki
4:38 PM0 Comments

Kenapa wanita yang hamil kerap mengalami kekejangan kaki


Dulu masa mengandung anak pertama dan kedua saya selalu kejang kaki. Biasanya pada waktu malam ketika tidur. Bayangkan tengah lena diulit mimpi tiba-tiba awwwwwwwwwwwww. Kaki kejang! Masa tu suami yang sedang lena pun terjaga. Sebab si isteri mengerang kesakitan.

Lebih kerap berlaku semasa trimester ke2 dan ke3. Biasanya berlaku pada betis, kaki atau kedua-duanya. Aduhai. Memang sakit teramat.

Kalau terjadi begini, apa kita patut buat?


1. Tinggikan dan angkatkan kaki. Kalau boleh kaki lebih tinggi dari badan.

2. Pakai stokin. Sekarang ini ada macam-macam jenis stokin di pasaran. Ada yang sangat bagus untuk menyokong kaki dan betis.

3. Regangkan otot betis. Yang ni kita buatlah regangan sedikit. Sekurang-kurangnya tak adalah kaku sangat betis tu ye tak?

4. Minum air yang banyak untuk kekal hidrasi. Jangan takut minum air yang banyak. Sebaiknya air yang dirawat dan bebas logam berat dan klorin. Lebih baik kalau ada kandungan mineral yang tinggi.

5. Ambil suplemen kalsium. Yang ini sangat membantu in shaa Allah. Saya memang mengambil kalsium setiap hari untuk anak yang ketiga. Alhamdulillah. Mujarab dan berkesan untuk saya. Tiada episod kejang malah saya tidur saya lebih lena dan mudah bangun pagi.

Harapnya tips ni dapat membantu ibu-ibu hamil di luar sana untuk menangani masalah kejang kaki semasa hamil. Kalau nak tanya tentang Set Hamil Shaklee atau tentang suplemen kalsium boleh whatsapp saya  Normila 019 225 0752

Reading Time:

Thursday, September 14, 2017

4 Nutrien Penting untuk Kulit yang Cantik dari Dalam.
5:04 PM0 Comments

Ketahui 4 nutrien penting untuk kulit cantik berseri dari dalam.

Pernah tertanya-tanya bagaimana sesetengah orang mempunyai kulit yang sihat dan berseri?
Mereka memberikan aura positif dan sihat. Seringkali juga, anda tertanya-tanya apakah yang
diperlukan untuk mendapatkan kulit yang cantikdan menawan. Dapatkan kulit yang berseri dari dalam dengan nutrien ini!

Kecantikan Dari Dalam

MENGANJALKAN

MEMBINA

MELEMBAPKAN

MELINDUNGI
 

Protein untuk membina kulit yang sihat

Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:
  • Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk fungsi kulit yang optimum.
  • Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
  • Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
  • Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu
  • Melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari8

Perlindungan Antioksida dengan Vitamin C

Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, badan anda tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk :
  • Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar. 4 
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.5,6 
  • Membantu dalam penyembuhan luka.5 
  • Mempertahankan kulit daripada radikal bebas

Kekalkan Kelembapan Kulit dengan GLA

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit
dan juga:
  • Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.3
  • Mengekalkan kelembapan kulit.4  
  • Melawan keradangan.7

Tingkatkan Keanjalan dengan Kolagen

Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda. Ia mengekalkan keanjalan kulit anda dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan anda boleh menghasilkannya sendiri. Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan anda kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk:
  • Kulit yang lebih anjal.1
  • Mengurangkan kedutan.2
  • Kulit yang lebih anjal.1 
  • Mengurangkan parut.2

Lindungi kulit anda dari sinaran UV

• Kuatkan perlindungan terhadap sinaran UV dengan meningkatkan pengambilan karotenoid harian
anda. Karotenoid bermanfaat dalam melindungi sel-sel kulit yang sihat daripada kerosakan sinaran matahari6. Ia juga dikenali sebagai ‘Pelindung Matahari Dalaman’ anda.
• Tingkatkan perlindungan anti-keradangan dari omega-6 (GLA) dengan melengkapinya
bersama vitamin C.
shaklee puchong



Rujukan:
1. Porksch E, Segger D, Degwert J, Schunck M, Zague V, Oesser S. Oral supplementation of specific collagen peptides has beneficial
effects on human skin physiology: a double-blind, placebo-controlled study. Skin Pharmacol Physiol. 2014;27(1):47-55.
2. Matthias CA, Fernandes D, Kolokythas P, Kaplan H, Vogt P. Percutaneous collagen induction therapy: an alternative treatment for
scars, wrinkles, and skin laxity. Plastic Reconstruct Surg. 2008;121(4):1421-1429.
3. Bjørneboe A, Søyland E, Bjørneboe GE, Rajka G, Drevon CA. Effect of dietary supplementation with eicosapentaenoic acid in the
treatment of atopic dermatitis. Brit J Dermatol. 1987;117(4):463-469.
4. Cosgrove MC, Franco OH, Granger SP, Murray PG, Mayes AE. Dietary nutrient intakes and skin-aging appearance among middle-aged
American women. Am J Clin Nutr. 2007;86(4):1225-1231.
5. Catani MV, Savini I, Rossi A, Melino G, Avigliano L. Biological role of vitamin C in keratinocytes. Nutr Rev 2005;63:81–90.
6. Wolfgang Ko, Jean Krutmann. 2008. Protection from Sunburn with β-Carotene—A Meta-analysis. Photochemistry and Photobiology.
84: 284–288.
7. Kapoor R1, Huang YS. Gamma linolenic acid: an antiinflammatory omega-6 fatty acid. Curr Pharm Biotechnol. 2006 Dec;7(6):531-4.
8. Poljšak, Borut, and Raja Dahmane. “Free radicals and extrinsic skin aging.” Dermatology research and practice 2012 (2012).
Reading Time:
Pilu - Tragedi Kebakaran Pusat Darul Quran Ittifaqiah, KUALA LUMPUR.
4:16 PM0 Comments
Bila dah lama tak update blog rasa kejang jari nak menaip. Penyakit berat ni kalau malas nak menaip. Tak ada ubatnya. Biasalah kan, bila dah lama tak buat perkara yang kita biasa buat, memanglah lambat sikit.

Sudah-sudahlah kan saya berehat. Sudah tiba masanya saya masuk gear dan pecut.

Hari ini pun kebetulan laptop saya sudah ter-on. Anakanda sulung sedang buat sedikit ulangkaji dan dia lupanak shutdown. Lepas menyusukan baby besar ni (read: 2 tahun 6 bulan) terrr rajin pula nak update blog. 

Topik apa hari ini? Pastilah berita meruntun hati tentang kebakaran di sekolah tahfiz. Scroll FB pun rasa tak sanggup. Sedih dengan berita mengejut ini. Didoakan keluarga mangsa redha dan tabah dengan kehilangan anak-anak syurga mereka. Jasad mereka rentung tapi pastinya roh yang menemui Allah itu sangat wangi dan suci. 

"Semoga Allah memberikan pahala besar untukmu, menguatkan ketabahanmu, mengampuni orang yang meninggalkanmu"

Innalillahiwainnailaihirojiun. 

Kita dengan ajal ini terlalu dekat. Baik muda atau tua. Persiapkan diri . Semoga Allah mengambil nyawa kita dalam keadaan Allah dan semua orang redha dengan kita. Aamiin.

Reading Time:

Sunday, June 11, 2017

Resepi Puding Karamel
8:58 AM0 Comments

Resepi Puding Karamel

Dua hari lepas, anakanda Nurin kepingin sangat mahu puding karamel. Mama sibuk sangat jadi asyik menangguh-nangguh. Sudahnya pukul 6.30 petang baru mula buat. Nurin bancuh semua bahan. Mama cuma buatkan karamelnya. Buatnya sekejap saja tapi nak bakar tu 45 minit. Makanya masuk dalam oven terus tinggal sebab berbuka puasa di surau.

Balik tadarus malam masing-masing tak sabar nak tengok hasilnya. Belum sempat potong dah kena cuit dengan Nurin Sofea. Hehe. Walaupun ada sedikit pecah tapi tak mengubah tekstur dan rasanya yang sedap.
Bila muat naik status di FB ramai juga yang tanya resepi.  Jom saya kongsikan. Resepi ni asalnya resepi Google dari pelbagai blogger yang saya sudah ubah ikut selera sendiri. Derhaka sedikit tak apa kan. Semoga Allah memurahkan rezeki blogger-blogger tu semua. Aamiin

Untuk karamel

5 sudu besar gula pasir

Caranya:

Banyak resepi menggunakan air, tapi saya tak letak yang penting gunakan kuali non stick supaya tak melekat. Sentiasa kacau sehingga gula cair sepenuhnya dan keperangan. Tutup api dan tuang ke dalam loyang saiz 6". Biarkan seketika sementara tu kita buat pudingnya. 


Untuk puding

400ml susu. Saya guna susu full cream. Ikut citarasa masing-masing la ya. Boleh guna juga susu cair atau low fat.
5 biji telur gred A
Satu sudu teh esen vanilla
5 sudu gula kastor


Caranya:

Satukan kesemuanya ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan. Boleh guna hand whisk atau garfu. Cukuplah sehingga sebati semuanya. 

Kemudian, tapiskan bancuhan puding ke dalam loyang karamel tadi. Bancuhan ditapis untuk mendapatkan tekstur yang halus dan lembut. Sebelum tu lupa nak bagitau, karamel yang kita masukkan tadi akan keras. Jangan panik pula sebab dia akan cair bila kita kukus/bakar. 

Bolehlah kukus. Tapi saya tak suka kukus jadi saya bakar guna kaedah bain marie. Saya isikan loyang yang lebih besar dengan air panas dan masukkan loyang puding tu ke dalam loyang yang ada air tu. Tutupkan dengan aluminium foil di atasnya. 

Bakar pada 170 celcius api atas bawah selama 45 minit atau hingga masak ikut kepanasan oven masing-masing ya. 

Dah masak terbalikkan puding tu ke dalam pinggan. Tapi tunggulah sejuk dulu. Hati-hati ya. 

Resepi Puding Karamel
Puding karamel setelah dipotong
Selamat mencuba ya.
Reading Time:

Monday, May 15, 2017

Perbezaan Shaklee
5:20 PM0 Comments
Ramai antara kita dah lama dengar perkataan Shaklee kan? Shaklee ni dah lama berada di Malaysia.

Kalau kita ada customer yang dah berusia atau golongan warga emas, biasanya mereka sendiri yang beritahu kita macam ni
.
"Pakcik ni dulu makan shaklee. Lama dah, tahun 90-an dulu. Lepas tu dah tak makan sebab tak jumpa dealer bla.. bla.."

Sampailah terjumpa pulak kita melalui online/offline etc

Lama Shaklee bertahankan? Apa maksudnya tu? Jawapan ni yang biasa kita dengar tentang Shaklee, antaranya

1. Syarikat kukuh dan produk yang bagus
2. Produk diyakini , dipercayai dan ada pengguna tetap dan setia
3. Produk semulajadi
4. Produk halal penting untuk umat islam
5. Selamat, semulajadi, berkesan

Kalau tak bagus takkan shaklee boleh bertahan lebih 100 tahun di dunia kan? Anda semua tahu tak, Shaklee merupakan pengeluar multivitamin terawal di dunia?

SEBENARNYA shaklee lebih kepada nak tolong orang sihat.

"Kita Mahukan Yang Lebih Baik Untuk Masa Depan"

"Di shaklee, kami percaya setiap orang dari kita punya tanggungjawab untuk memastikan persekitaran kita yang terbaik untuk anak-anak dan generasi akan datang "

Ini kata Roger Barnett, CEO Shaklee Corp

Shaklee bukan semata-mata bisnes untuk dapat duit. Cuma ia bantu orang sihat dan kita BERKONGSI kebaikannya dengan semua orang, secara tak langsung, Shaklee merangka pelan untuk membantu menaik taraf kewangan kita.

Sebab tu dibuat pelan pemasaran Shaklee dan seterusnya membantu menjana kewangan dengan Shaklee

Bukti shaklee telah lebih 100 tahun di pasaran dunia












Ketiga-tiga produk ini adalahantara yang terawal dalam Shaklee.

Semunya ni masih ada lagi di pasaran sampai sekarang!
HEBAT kan?



Sekarang pembungkusannya lebih cantik dan menarik.










ESP yang paling HOT! Sehingga tulisan ini ditaip masih belum ada stok lagi. Habis terjual! Mana nak dapat produk yang beratus tahun di pasaran? Hanya di SHAKLEE

Pengguna Shaklee ni sangat bertuah sebab Shaklee sediakan produk yang berkesan memenuhi keperluan harian kita dari sekecil-kecil sel sampailah sebesar-besar manusia. Kita bertuah sebab kita dapat khasiat yang badan perlukan. Tak la badan kita cepat tua berbanding dengan usia sebenar. Cukup nutrisi.

Apa lagi perbezaan Shaklee?





Shaklee memulakan pengeluaran produk kesihatan terbaik di dunia. Walaupun di Malaysia ini ada yang mempertikaikan tentang kajian klinikal. Biasalah kan? Mesti ada yang respon begitu. Yang penting kita tahu apa yang Shaklee dah laburkan. Upline saya Master Jannatul dan juga ramai di Shaklee sendiri yang dah pergi ke Shaklee Corp di US. Melihat sendiri bagaimana Shaklee di US beroperasi. Kalau  Shaklee tipu, dalam ramai-ramai yang dah pergi Shaklee Home Office di US tu kan tak kan menipu juga. Betulkan?


Shaklee juga buat lebih 100,000 ujian untuk kualiti produk dalam SETAHUN













Semua ni tak ada syarikat lain yang mampu buat kecuali SHAKLEE. Jadi, tak salah la kita pilih produk, kan?



Berkesan, selamat, mesra alam.





Tiada siapa yang nak hidup masa tua dia kena ulang alik hospital? Semua orang nak hidup sihat. Jadi, dari muda lah kena jaga kesihatan kita., Cantik dalaman dan luaran. Jangan berkira nak sihat. jangan kedekut nak keluarkan duit utk beli vitamin Shaklee. Selain amalan jiwa zikir solat etc tu, kena jaga kesihatan melalui pengambilan makanan yang baik dan menyihatkan

Apa suplemen yang kita perlu kita ambil dalam diet harian?

1. Multivitamin yang secukupnya. Multivitamin ini termasuk multimineral. Sekurang-kurangnya 450mg kalsium dan vitamin D sehari. Untuk ibu hamil lain pulak kuantitinya. 1000mg tu yg paling baik

2.K ena pastikan kita ambil protin yg cukup setiap hari. Protin ni yg membentuk badan kita, beri tenaga dan hasilkan kulit yang sihat dan cantik

3. Tingkatkan pengambilan omega 3, EPA, DHA - ini utk mengurangkan kadar sakit jantung

4. Antioksidan - membantu jaga sel kita dari tua dan rosak.

5.Pengambilan vitamin B. Vitamin B kena ada asid folik, B6 dan B 12 untuk bantu lindungi DNA kita sambil-sambil dapat manfaat awet muda jugak. B for Beauty.  Mak-mak macam saya ni memang wajib ambil. Kami hari-hari berperang dengan emosi. Haha. Juga sesiapa yang sentiasa bekerja dalam keadaan tegang dan stress. Pengambilan tidak terhad kepada sebiji sahaja. Ikut keperluan tubuh badan.

Kalau perasan, kita boleh bezakan orang yang makan B-Complex Shaklee dengan yang tak makan. Orang yangt tak makan kita boleh nampak dia 'cepat tua'  sebab selalu serabut. Ops!

6. Akhir sekali kita kena pastikan untuk ambil prebiotik untnk jaga imun kita.Nutriferon sangat digalakkan. Dah tua nanti kita boleh nampak beza tahap kesihatan kita dengan orang yang tak makan suplemen. Memang berbeza tau!


Siapa sayang diri baik mulakan penjagaan awal kesihatan diri dan keluarga.

Apa lagi perbezaan Shaklee yang penting?



Shaklee mempunyai beberapa kajian oleh pihak ketiga, iaitu bukan dari orang-orang Shaklee yang buat kajian.





Jemput baca di link ini.  healthresource.shaklee.com

Dan antara anugerah yang pernah dimenangi oleh Shaklee:



'Human performance' yang makan Shaklee



Saja menyelit gambar.
Apa kata anda? Terbakar tak nak menyertai keluarga Shaklee kami?



























Reading Time:

Wednesday, May 10, 2017

Bagaimana Membanyakkan Susu Ibu
2:16 PM0 Comments
Saya selalu bayangkan susu macam paip air. Sentiasa ada bila diperlukan. Bila pam melimpah. Bila direct feed pun begitu. Mind setting sangat penting sebab saya pernah dengar orang kata penghasilan susu bermula dari otak. 

Makan makanan seimbang. Air 3 liter. Suplemen yang bagus untuk beri tenaga dan mood yang tenang. Mood baik susu lagi banyak keluar.

Suplemen asas seperti multivitamin,iron, vitamin C, vitamin B Complex, protin, kalsium dan lain-lain. Kita perlukan semua suplemen ni untuk top up nutrisi dalam badan sebab sedia maklum makanan harian kita tak cukup semua tu. Mampukah kita makan makanan dari sumber organik yang banyak dalam sehari?

Bila cukup semua ni barulah kita ada energy dan tenaga untuk all out breastfeed di samping tugas hakiki sebagai pekerja, isteri dan ibu.

Anda perlukan nasihat dan konsultasi? Boleh PM saya ye. Jangan malu. Ilmu milik Allah Taala. Saya cuba buat yang termampu.


Reading Time:
Buah Tin Di Halaman Sendiri
1:57 PM0 Comments
Bismillah. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Demi buah Tiin dan Zaitun,

Dan Gunung Tursina,

Serta negeri (Makkah) yang aman ini,

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.

(Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?

Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?

(surah at-Tiin 95)

Masha Allah Tabarakallah. Sungguh gembira sebab dapat memetik buah dari syurga ini di halaman rumah sendiri. Menikmati kesedapan dan kemanisan buah yang segar ini. Tak terjemah dengan kata-kata. Hanya memanjat kesyukuran kepada Yang Maha Memberi. Ya Wahhab. Semoga kami mendapat nikmati sekali lagi di Syurga FirdausMu Ya Allah.

Taman Amanputra
Buah Tin 


.
Reading Time:

Monday, May 8, 2017

Garlic atau Bawang Putih Penawar Darah Tinggi
4:54 PM0 Comments
Mentor saya selalu kata vitamin yang biasa beliau cadangkan untuk masalah darah tinggi ialah Garlic Complex dan Omega Guard. Bila dia selalu sebut, ianya sudah tertanam dalam minda bawah sedar saya. Bila ada yang tanya laju je saya jawab dua vitamin ini. Masa tu tak adalah berapa faham kenapa. 

Hari tu, saya dengar radio IKIM, speaker tu seorang doktor, Pakar Antioksidan Mardi, Dr Suri Roowi
Beliau beritahu bawang putih atau garlic adalah tumbuhan yang sangat baik untuk darah tinggi. 

Anti Darah Tinggi - bawang putih/garlic


Beliau merujuk kepada Journal Medical Plant Research 2013.

Sesiapa yang mengalami masalah darah tinggi. makanlah bawang putih seulas setiap hari selama 12 minggu (3 bulan). In shaa Allah, tekanan darah tinggi boleh menjadi normal.

Apa? Tak boleh makan begitu sahaja? Kalau masak tak boleh kah?

Kalau masak hilang lah allicin dalam bawang putih tu. Tak dapatlah khasiat bawang putih sepenuhnya. Jangan risau, setiap masalah pasti ada jalan atau alternatifnya.

Telan je Garlic Complex

Apa istimewanya Garlic Shaklee dengan lain-lain produk seumpamanya di pasaran?



Perbezaan Shaklee:


  • Dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA sewaktu musim panas

  • Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic.

  • Kajian menunjukkan perisa heranya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary dan Spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita.

  • Setiap 1 tablet membekalkan 500mg ekstrak garlic tulen menyamai dengan seulas garlic segar.






Reading Time:
Resepi Tomyam Ayam Sedap
1:41 PM0 Comments
Saya belajar buat tomyam dari suami. Lebur semua dalam periuk. Reneh api perlahan dengan agak lama. Untuk dapatkan stok ayam. Cuma dia guna pes adabi. Kombinasi pes tomyam putih dan yang biasa. Sedap tau.

Saya ni suka sangat tomyam yang pedas, masam dan pekat. Susah nak dapat yang menepati selera saya. Biasanya yang begini hanya ada di restoran Thai yang agak mahal. 

Ada satu hari tu saya dah jumpa tomyam yang sedap. Kebetulan masa nak order tu saya nampak tukang masak sedang masak tempahan customer lain. Saya perhati. Rupanya dia pakai pes yang dalam tin dan juga jus limau dalam botol. Barulah saya tahu rahsia kesedapan tomyam mereka. Tak lupa juga air stok ayam atau daging. Tak pasti pula. Tapi 3 benda ni yang buat tomyam mereka sedap sangat. Gigih saya cari pes tu. Macam biasa jumpa di mana-mana. 

Sejak itu, saya pun cuba la cara masak begitu. Walaupun tak sama seratus peratus tapi rasa tu dah ada. Hehe. Alhamdulillah. Allah bagi ilham. Bolehlah bagi keluarga makan makanan yang sedap dari air tangan sendiri. In shaa Allah dihiasi dengan zikir dan kalimah Allah.


Tomyam Ayam Mawaddah Warahmah. 

Bahan A

Ayam separuh. Potong kecil
Bawang besar 3 biji. Potong dadu.
Bawang putih 7 biji diketuk
Halia 1 inci - ketuk
Serai satu batang - ketuk
Lengkuas - 1 inci - hiris

Lebur semua bahan A dalam periuk dengan air. Reneh api perlahan sehingga ayam empuk. Lebih lama lebih baik untuk dapatkan stok ayam yang sedap.

Reneh sehingga jus ayam keluar


Agak2 dah cukup lembut, masukkan pes tomyam. Untuk separuh ayam, saya letak 5 sudu besar pes. Ikut citarasa masing-masing ya. Kacau biar sebati.

Pes tomyam terbaik setakat ini.

Tomyam Pes Sedap

Bahan B

Lobak merah
Kobis bunga
Cendawan tiram
Putik jagung
Daun limau purut
Daun ketumbar
Jus limau nipis - dari sebiji limau nipis


Masukkan bahan B kecuali daun ketumbar dan jus limau nipis. Perasakan dengan garam, sedikit gula dan jus limau nipis. Ikut tekak sendiri la ye. Tutup api. Langkah yang ini jangan lama sangat nanti sayur terlalu masak. Tak sedap pula nanti. 

Lepas tutup api hiriskan daun ketumbar dan taburkan atas tomyam tu. 

Tomyam Ayam


Bolehlah makan panas-panas. In shaa Allah sedap.
Reading Time: