Tomyam Ayam Sedap

1:41 PM

Saya belajar buat tomyam dari suami. Lebur semua dalam periuk. Reneh api perlahan dengan agak lama. Untuk dapatkan stok ayam. Cuma dia guna pes adabi. Kombinasi pes tomyam putih dan yang biasa. Sedap tau.

Saya ni suka sangat tomyam yang pedas, masam dan pekat. Susah nak dapat yang menepati selera saya. Biasanya yang begini hanya ada di restoran Thai yang agak mahal. 

Ada satu hari tu saya dah jumpa tomyam yang sedap. Kebetulan masa nak order tu saya nampak tukang masak sedang masak tempahan customer lain. Saya perhati. Rupanya dia pakai pes yang dalam tin dan juga jus limau dalam botol. Barulah saya tahu rahsia kesedapan tomyam mereka. Tak lupa juga air stok ayam atau daging. Tak pasti pula. Tapi 3 benda ni yang buat tomyam mereka sedap sangat. Gigih saya cari pes tu. Macam biasa jumpa di mana-mana. 

Sejak itu, saya pun cuba la cara masak begitu. Walaupun tak sama seratus peratus tapi rasa tu dah ada. Hehe. Alhamdulillah. Allah bagi ilham. Bolehlah bagi keluarga makan makanan yang sedap dari air tangan sendiri. In shaa Allah dihiasi dengan zikir dan kalimah Allah.


Tomyam Ayam Mawaddah Warahmah. 

Bahan A

Ayam separuh. Potong kecil
Bawang besar 3 biji. Potong dadu.
Bawang putih 7 biji diketuk
Halia 1 inci - ketuk
Serai satu batang - ketuk
Lengkuas - 1 inci - hiris

Lebur semua bahan A dalam periuk dengan air. Reneh api perlahan sehingga ayam empuk. Lebih lama lebih baik untuk dapatkan stok ayam yang sedap.

Reneh sehingga jus ayam keluar


Agak2 dah cukup lembut, masukkan pes tomyam. Untuk separuh ayam, saya letak 5 sudu besar pes. Ikut citarasa masing-masing ya. Kacau biar sebati.

Pes tomyam terbaik setakat ini.

Tomyam Pes Sedap

Bahan B

Lobak merah
Kobis bunga
Cendawan tiram
Putik jagung
Daun limau purut
Daun ketumbar
Jus limau nipis - dari sebiji limau nipis


Masukkan bahan B kecuali daun ketumbar dan jus limau nipis. Perasakan dengan garam, sedikit gula dan jus limau nipis. Ikut tekak sendiri la ye. Tutup api. Langkah yang ini jangan lama sangat nanti sayur terlalu masak. Tak sedap pula nanti. 

Lepas tutup api hiriskan daun ketumbar dan taburkan atas tomyam tu. 

Tomyam Ayam


Bolehlah makan panas-panas. In shaa Allah sedap.

You Might Also Like

0 comments