September 2017 - CIK MIL MILA

Thursday, September 28, 2017

Resepi Sambal Kering Tempe, Kentang, Ikan Bilis dan Kacang
3:32 PM0 Comments
Dah lama saya buat sambal kering ini, tapi nak menaip resepinya agak tertangguh. Maklumlah malas dan sibuk dengan alasan. Bila teringin nak makan lagi, saya upload la dalam FB kalau-kalau ada sahabat yang jual bolehlah saya membelinya. Sebaliknya ada sahabat yang nak order malah ada yang minta resepinya. Mudah aje, jom saya kongsikan di sini.


Resepi Sambal Kering Tempe, Kentang, Ikan Bilis dan Kacang 


Resepi Sambal Kering Tempe, Kentang, Ikan Bilis dan Kacang 

Bahan-bahan

3 biji kentang
Semangkuk ikan bilis kopek 
Setengah mangkuk kacang tanah
2 paket tempe
Minyak untuk menggoreng

Untuk sambalnya

*20 tangkai cili kering-buang biji dan rebus sehingga mendidih.
*3 biji bawang merah
*2 biji bawang putih
Gula dan garam secukup rasa
sedikit air asam jawa

Bahan bertanda * di blender dengan air.

Cara-cara

Kupas dan basuh kentang bersih-bersih. Sagat dengan menggunakan penyagat. Memanjang dan halus. Lebih kurang besar batang mancis. Panaskan minyak. Goreng tenggelam supaya garing. Boleh juga tambah sedikit garam ke dalam minyak panas untuk mengelakkan kentang melekat-lekat. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.

Basuh bersih ikan bilis dan goreng sehingga garing. Jangan sampai hangus pula ya. Angkat dan toskan.

Kacang tanah ni saya memang selalu goreng hangus. Jadi, pastikan api tidak terlalu panas dan goreng dengan api sederhana. Agak-agak macam dah nak garing perlahankan api dan angkat. Kalau lambat boleh hangus tau. Saya selalu kena. Angkat dan toskan.

Tempe pula dihiris senipis mungkin. Goreng garing. Angkat dan toskan minyaknya.

Dari kiri, kentang, kacang tanah dan tempe
tempe sedang digoreng


Jom kita buat sambal sira nya pula

Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan yang diblender dengan api sederhana. Ini akan mengambil masa kerana sambal yang diinginkan ialah yang pekat dan garing. Setelah agak-agak kering, tambahkan gula, air asam jawa dan garam. Biarkan lagi sehingga sambal pekat.

Setelah sambal menjadi pekat dan garing, rasa sambal tu. Kalau ada kurang di mana-mana tambah gula ke garam ke. Matikan api dan sejukkan. Ini untuk mengelakkan kentang menjadi lemau.

Selamat mencuba ya. Senang je sebenarnya, tapi agak penat juga sebab perlu menggoreng banyak kali. Resepi ini dapat sedikit je tau. Untuk 3-4 orang sekali makan. Kalau mahu buat banyak gandakanlah 10x ganda. Haha.

Makan dengan bubur kosong
Sedap betul bila makan dengan bubur kosong dan sayur goreng kilas. Sayur tu suami yang masak. Memang sedap.

Harus diingat, resepi ini menggunakan minyak yang banyak tau. Pastinya kolesterol tinggi. Kalau nak makan juga, pastikan ambil suplemen yang berkualiti untuk mengawal kolesterol dalam badan. 

Kalau nak order vitamin Shaklee atau nak jana pendapatan sampingan pun boleh je PM saya ok.

Normila 019 2250752


Reading Time:

Wednesday, September 27, 2017

Happy Mom, Healthy Baby
5:09 PM0 Comments
Tagline saya ni ada benarnya tau. Happy mom, healthy baby. Kalau ibu hamil sihat, emosi stabil tentulah dia sihat. Bayi dalam kandungan pun in shaa Allah sihat.

Saya makan set hamil ni masa mengandungkan anakanda Sofea. Walaupun terpaksa ke sana ke mari untuk check up tetapi alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan. Hb normal, walaupun GDM cuma perlu jaga pemakanan. Rasa bertenaga dan bersemangat.

Ibu di sana kalau hamil jangan ambil mudah ya tentang pemakanan. Ia memberikan kesan kepada kita dan bayi yang dikandung. Susahkan nak ambil makanan seimbang tapi tak mengapa boleh top up dengan vitamin. 

Kenapa mesti pilih set vitamin Shaklee? Sebab ianya memenuhi keperluan ibu hamil dengan lengkap. Selamat, semulajadi dan berkesan. Saya sendiri dan kawan-kawan dah rasa. Berbeza sangat berbanding tak mengambil set hamil Shaklee ini. Apa yang ada dalam set hamil ni?

set hamil, set kehamilan, testimoni set kehamilan, shaklee cyberjaya, shaklee puchong

Vita-Lea 

*Multivitamin yang terbaik dengan zat besi.
*Ia membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.
*Sekiranya ibu mengambil Vita Lea, obimin ataupun iron tablet tidak diperlukan lagi.
*Sebiji Vita Lea memadai untuk dos sehari.
*Vitamin terbaik untuk bacaan Hb yang cantik

B-Complex 

*Mengandungi 8 kumpulan lengkap vitamin B termasuklah asid folik.
*Asid folik dan vitamin B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan.
*Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural.
*Menstabilkan hormon dan memberi ketenangan kepada ibu hamil

Sustained Release Vita-C

*Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan
*Berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat.
*Ia juga membantu dalam penghadaman zat


Ostematrix 

*Ibu hamil memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari.
*Mulai trimester kedua bayi akan menarik kalsium ibu untuk pertumbuhannya.
*Ostematrix mengandungi bukan sahaja kalsium malah Magnesium dan Vitamin D.
*Vitamin D berfungsi untuk meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan tulang dan kerangka.
*Pengambilan Ostematrix juga untuk menguatkan dalam pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat. 
*Pengambilannya juga boleh mengurangkan sakit pinggang , sakit belakang , kebas-kebas atau kekejangan ibu hamil.


Omega Guard 

*Omega Guard mengandungi asid lemak Omega 3 yang termasuk di dalamnya DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan perkembangan otak, sistem saraf dan fungsi mata bayi.
*Penting juga untuk antibodi bayi sejak dalam alam rahim lagi.

***Omega guard tidak digalakkan untuk trimester pertama.


Energizing Soy Protein (ESP)

*Ia adalah protein yang mengandungi banyak kelebihan kepada ibu dan anak yang dikandung.
*Protein penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu dan hormon dalam tubuh, untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.
*Protein adalah makanan sel. Sel yang sihat membentuk tubuh badan yang sihat.
*Memberikan tenaga segera kepada ibu, mencantikkan kulit ibu dan bayi dalam kandungan.

Kalau nak order Shaklee atau nak jana pendapatan sampingan pun boleh je PM saya ok.
Reading Time:

Thursday, September 21, 2017

Siapa Kata Mudah Menyusukan Anak Selama Dua Tahun?
3:46 PM0 Comments
Menyusukan anak sehingga dua tahun merupakan perjuangan buat si ibu. Ia seolah-olah berjuang di medan perang. Perlu ada stamina, azam yang kuat, peralatan dan masa. Bersedia dengan apa juga cabaran dan situasi persekitaran. Perlu ada taktik dan teknik yang sesuai. Tak semua ibu berjuang dengan situasi yang sama. 

Perjuangan ini biasanya disusuli dengan air mata dan doa yang tidak pernah putus. Siapa kata mudah nak melengkapkan perjalanan selama dua tahun?

Syukur, saya berjaya melalui dua tahun itu dengan jayanya. Alhamdulillah. Bukan dua tahun sahaja malah lebih dari itu. Setakat ini, Nurin Sofea sudah menyusu selama 2 tahun 6 bulan. Ini ialah percubaan kali ketiga memandangkan dua orang anak terawal tidak berjaya sepenuhnya. Gagal sekali tak bermaksud gagal selama-lamanya. Jangan pernah putus asa. Yang penting usaha.

Jika ada antara kita yang gagal, jadikan ia panduan dan titik tolak untuk menyusukan anak yang seterusnya. Tutup buku lama buka buku baru. Kesilapan lalu jangan diulangi. Nasihat saya yang pernah melalui situasi ini, sematkan dalam minda, sebut hari-hari, yang kita mampu menyusukan sehingga anak dua tahun. Bila kita sebut selalu, itu merupakan doa. Secara tidak langsung ia membuatkan kita nekad dan tidak mudah putus asa. Percayalah!

Walapun begitu, sekuat mana kita berusaha sesungguhnya rezeki menyusukan anak ini rezeki tak ternilai dari Allah.Dialah Maha Pemberi Rezeki. Bersyukur setiap titik susu yang keluar semoga ianya bertambah banyak lagi. Kita hanya berusaha, Dia yang Maha Memberi. Marilah kita beramal seperti mana suruhanNya dan meninggalkan larangannya. 

Inilah anak bertuah tu. 


breasfeeding, my breastfeeding journey, menyusu bayi,
Anak Bertuah-Nurin Sofea

Bagi saya, yang penting niat kerana Allah. In shaa Allah, perjalanan penyusuan dimudahkan. Jika anda perlukan tips penyusuan dan perlu sokongan atau mungkin nak borak-borak tentang penyusuan boleh PM saya. Normila 019  2250752. 
Reading Time:

Tuesday, September 19, 2017

 Mengapa Kaki Wanita Hamil Bengkak?
5:14 PM0 Comments

 Mengapa Kaki Wanita Hamil Bengkak? 

Rahim yang membesar menyebabkan tekanan pada urat pelvik dan vena cava, dan cecair akan terkumpul di bawah lutut. Itulah sebab utamanya kenapa kaki wanita hamil bengkak.
Bila bengkak kaki, biasanya ibu hamil kurang selesa. Walaupun tidak sakit tapi ia  menyukarkan pergerakan. Kadangkala kasut atau sandal yang dipakai tidak lagi muat untuk dipakai. Terpaksa cari kasut yang baru yang lebih besar dan selesa dipakai. Ahh..seperti kaki gajah. Haha.

Ini perkara biasa yang dialami oleh wanita hamil. Jangan risau, ada cara bagaimana untuk mengurangkan cabaran ini. 


1. Elakkan berdiri terlalu lama. Biasa wanita memang banyak berdiri ketika masak dan menguruskan hal rumahtangga. Sediakan bangku atau kerusi supaya selang beberapa minit ibu hamil boleh duduk seketika dan sambung berdiri balik bila perlu. Bila berdiri lama ia memberi tekanan kepada kaki dan menyebabkan ia bengkak.

2. Regangkan kaki dengan kerap. Ibu hamil jangan kerap duduk atau baring sahaja. Buat regangan kaki dengan kerap. Semasa duduk atau baring boleh buat. Perlahan-lahan ya. Saya suka buat sambil baring seolah-oleh  mengayuh basikal. 

3. Tinggikan kaki. Kalau duduk kaki letak atas bangku kecil. Kalau baring letakkan bantal atau apa sahaja supaya kedudukan kaki lebih tinggi. 

4. Pakai stokin sokongan. Ada dijual dipasaran stokin pelbagai jenis. Ada yang mempunyai infra red. Sangat bagus untuk ibu hamil

5. Banyakkan minum air. Cukupkan pengambilan antara 2 hingga 3 liter sehari. 

6. Fokus kepada pengambilan nutrien protein dan vitamin C. Protein membantu untuk menjaga air tetap di dalam aliran darah. Akibat kekurangan protein tersebut, air dalam pembuluh darah akan keluar ke rongga-rongga tubuh sehingga menyebabkan bengkak.Vitamin C pula merupakan vitamin yang tinggi antioksida. Pastinya membantu meningkatkan taraf kesihatan secara keseluruhan.

Semoga ibu-ibu hamil yang selalu menghadapi masalah kaki bengkak boleh bernafas lega dengan tips-tips yang saya berikan. Kalau nak tanya tentang Set Hamil Shaklee atau tentang suplemen protein dan vitamin C boleh whatsapp saya Normila 019 225 0752
Reading Time:
Kenapa Wanita yang Hamil Kerap Mengalami Kekejangan Kaki
4:38 PM0 Comments

Kenapa wanita yang hamil kerap mengalami kekejangan kaki


Dulu masa mengandung anak pertama dan kedua saya selalu kejang kaki. Biasanya pada waktu malam ketika tidur. Bayangkan tengah lena diulit mimpi tiba-tiba awwwwwwwwwwwww. Kaki kejang! Masa tu suami yang sedang lena pun terjaga. Sebab si isteri mengerang kesakitan.

Lebih kerap berlaku semasa trimester ke2 dan ke3. Biasanya berlaku pada betis, kaki atau kedua-duanya. Aduhai. Memang sakit teramat.

Kalau terjadi begini, apa kita patut buat?


1. Tinggikan dan angkatkan kaki. Kalau boleh kaki lebih tinggi dari badan.

2. Pakai stokin. Sekarang ini ada macam-macam jenis stokin di pasaran. Ada yang sangat bagus untuk menyokong kaki dan betis.

3. Regangkan otot betis. Yang ni kita buatlah regangan sedikit. Sekurang-kurangnya tak adalah kaku sangat betis tu ye tak?

4. Minum air yang banyak untuk kekal hidrasi. Jangan takut minum air yang banyak. Sebaiknya air yang dirawat dan bebas logam berat dan klorin. Lebih baik kalau ada kandungan mineral yang tinggi.

5. Ambil suplemen kalsium. Yang ini sangat membantu in shaa Allah. Saya memang mengambil kalsium setiap hari untuk anak yang ketiga. Alhamdulillah. Mujarab dan berkesan untuk saya. Tiada episod kejang malah saya tidur saya lebih lena dan mudah bangun pagi.

Harapnya tips ni dapat membantu ibu-ibu hamil di luar sana untuk menangani masalah kejang kaki semasa hamil. Kalau nak tanya tentang Set Hamil Shaklee atau tentang suplemen kalsium boleh whatsapp saya  Normila 019 225 0752

Reading Time:

Thursday, September 14, 2017

4 Nutrien Penting untuk Kulit yang Cantik dari Dalam.
5:04 PM0 Comments

Ketahui 4 nutrien penting untuk kulit cantik berseri dari dalam.

Pernah tertanya-tanya bagaimana sesetengah orang mempunyai kulit yang sihat dan berseri?
Mereka memberikan aura positif dan sihat. Seringkali juga, anda tertanya-tanya apakah yang
diperlukan untuk mendapatkan kulit yang cantikdan menawan. Dapatkan kulit yang berseri dari dalam dengan nutrien ini!

Kecantikan Dari Dalam

MENGANJALKAN

MEMBINA

MELEMBAPKAN

MELINDUNGI
 

Protein untuk membina kulit yang sihat

Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:
  • Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk fungsi kulit yang optimum.
  • Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
  • Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
  • Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu
  • Melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari8

Perlindungan Antioksida dengan Vitamin C

Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, badan anda tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk :
  • Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar. 4 
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.5,6 
  • Membantu dalam penyembuhan luka.5 
  • Mempertahankan kulit daripada radikal bebas

Kekalkan Kelembapan Kulit dengan GLA

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit
dan juga:
  • Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.3
  • Mengekalkan kelembapan kulit.4  
  • Melawan keradangan.7

Tingkatkan Keanjalan dengan Kolagen

Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda. Ia mengekalkan keanjalan kulit anda dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan anda boleh menghasilkannya sendiri. Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan anda kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk:
  • Kulit yang lebih anjal.1
  • Mengurangkan kedutan.2
  • Kulit yang lebih anjal.1 
  • Mengurangkan parut.2

Lindungi kulit anda dari sinaran UV

• Kuatkan perlindungan terhadap sinaran UV dengan meningkatkan pengambilan karotenoid harian
anda. Karotenoid bermanfaat dalam melindungi sel-sel kulit yang sihat daripada kerosakan sinaran matahari6. Ia juga dikenali sebagai ‘Pelindung Matahari Dalaman’ anda.
• Tingkatkan perlindungan anti-keradangan dari omega-6 (GLA) dengan melengkapinya
bersama vitamin C.
shaklee puchong



Rujukan:
1. Porksch E, Segger D, Degwert J, Schunck M, Zague V, Oesser S. Oral supplementation of specific collagen peptides has beneficial
effects on human skin physiology: a double-blind, placebo-controlled study. Skin Pharmacol Physiol. 2014;27(1):47-55.
2. Matthias CA, Fernandes D, Kolokythas P, Kaplan H, Vogt P. Percutaneous collagen induction therapy: an alternative treatment for
scars, wrinkles, and skin laxity. Plastic Reconstruct Surg. 2008;121(4):1421-1429.
3. Bjørneboe A, Søyland E, Bjørneboe GE, Rajka G, Drevon CA. Effect of dietary supplementation with eicosapentaenoic acid in the
treatment of atopic dermatitis. Brit J Dermatol. 1987;117(4):463-469.
4. Cosgrove MC, Franco OH, Granger SP, Murray PG, Mayes AE. Dietary nutrient intakes and skin-aging appearance among middle-aged
American women. Am J Clin Nutr. 2007;86(4):1225-1231.
5. Catani MV, Savini I, Rossi A, Melino G, Avigliano L. Biological role of vitamin C in keratinocytes. Nutr Rev 2005;63:81–90.
6. Wolfgang Ko, Jean Krutmann. 2008. Protection from Sunburn with β-Carotene—A Meta-analysis. Photochemistry and Photobiology.
84: 284–288.
7. Kapoor R1, Huang YS. Gamma linolenic acid: an antiinflammatory omega-6 fatty acid. Curr Pharm Biotechnol. 2006 Dec;7(6):531-4.
8. Poljšak, Borut, and Raja Dahmane. “Free radicals and extrinsic skin aging.” Dermatology research and practice 2012 (2012).
Reading Time:
Pilu - Tragedi Kebakaran Pusat Darul Quran Ittifaqiah, KUALA LUMPUR.
4:16 PM0 Comments
Bila dah lama tak update blog rasa kejang jari nak menaip. Penyakit berat ni kalau malas nak menaip. Tak ada ubatnya. Biasalah kan, bila dah lama tak buat perkara yang kita biasa buat, memanglah lambat sikit.

Sudah-sudahlah kan saya berehat. Sudah tiba masanya saya masuk gear dan pecut.

Hari ini pun kebetulan laptop saya sudah ter-on. Anakanda sulung sedang buat sedikit ulangkaji dan dia lupanak shutdown. Lepas menyusukan baby besar ni (read: 2 tahun 6 bulan) terrr rajin pula nak update blog. 

Topik apa hari ini? Pastilah berita meruntun hati tentang kebakaran di sekolah tahfiz. Scroll FB pun rasa tak sanggup. Sedih dengan berita mengejut ini. Didoakan keluarga mangsa redha dan tabah dengan kehilangan anak-anak syurga mereka. Jasad mereka rentung tapi pastinya roh yang menemui Allah itu sangat wangi dan suci. 

"Semoga Allah memberikan pahala besar untukmu, menguatkan ketabahanmu, mengampuni orang yang meninggalkanmu"

Innalillahiwainnailaihirojiun. 

Kita dengan ajal ini terlalu dekat. Baik muda atau tua. Persiapkan diri . Semoga Allah mengambil nyawa kita dalam keadaan Allah dan semua orang redha dengan kita. Aamiin.

Reading Time: