Resepi Cara Berlauk

5:58 AM

Jumaat. 29/9/2017

Buat sarapan cara berlauk tadi. Makan ni dari pagi ke tengahari ke petang ke malam untuk kudapan. Makan berat kat kedai je.

Inilah kali pertama guna acuan baulu cermai. Dulu pakai muffin tray masak dalam oven. Taklah sesedap yang dibakar atas dapur dalam acuan cara. Mana sama cara tradisi dengan cara moden. 

Kali pertama 7 biji semua tak jadi. Padahal dah garing sangat kulitnya. Hampir hangus. Dalamnya lembik dan tak berapa masak. Cucuk dengan lidi pon tak boleh nak keluarkan cara tu. Alamak! 

Saya tutup api dapur. Kemudian duduk sekejap fikir apa silapnya. Lamalah juga fikir samada nak teruskan atau pun berhenti je. Sebab kesuntukan masa nak hantar suami ke klinik. Padahal semua tips dan resepi ikut bulat-bulat.

Hujan lebat membasahi bumi. Nak ke klinik pun agak sukar juga. Bila emosi saya dah sedikit reda saya nekad untuk mencuba lagi. Perlahankan api, sapu minyak. Baca Bismillah dan selawat banyak kali. Letak adunan perlahan-lahan, letak lauk dan bahan hiasan kemudian tutup acuan baulu tu. Saya tunggu cara masak sambil zikir.

Teringat saya dah lama tak dengar kuliah online. Buka YouTube dan pilih kuliah tentang ketauhidan. Topik kegemaran saya. Sambil masak sambil dengar kuliah. Sekurang-kurangnya adalah pengisian dari masak saja-saja kan? Semoga Allah memberi rahmat kepada kami seisi keluarga. Aamiin.

Back to my cara berlauk

5 minit kemudian bila buka penutup nampak seperti dah masak. Saya cucuk dengan lidi. Masha Allah. Mudah sangat nak keluarkannya. Jadi dengan sempurna. Alhamdulillah. Kalau tadi saya dah putus asa, mesti tak dapat nak makan cara berlauk air tangan sendiri kan.

Begitulah hidup ini. Kalau mudah putus asa, tak kemana kita ni.

Satu ketika dulu saya selalu fikir macam-macam. Macam err nak buat ke tak ni, apa orang kata, dia bolehlah... aku ni tak macam dia. Banyak sangat err err err nya. 

Yang sebenarnya orang bukan kisah pun kan? Kita yang nak, kita la yang buat. Begitulah kisah cara berlauk dan sedikit kisah kehidupan saya.

Semoga Allah beri saya kekuatan dan tetapkan iman saya. 

Oklah. Ini dia resepi Cara Berlauk. Asalnya dari blog Azie Kitchen dan diolah oleh saya ikut kesesuaian saya sendiri.

Resepi Cara Berlauk

Resepi Cara Berlauk 


Resepi asal: Azie Kitchen
Olahan : Mamanurins


Bahan bahan

inti daging

250 gm daging kisar  (saya kisar daging batang pinang sendiri)
2 sudu rempah daging Babas 
2 sudu rempah kurma
1 biji bawang besar - cincang
3 biji bawang putih - cincang
Garam dan gula secukup rasa
Daun sup -hiris halus
Cili merah - hiris halus
Minyak untuk menumis

Daging, cili dan daun sup untuk hiasan

untuk adunan tepung

2 cawan tepung gandum
1 kotak santan M&S 200ml
3 cawan air
2 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning telur

Cara-cara

inti daging

Daging dibersihkan dan dipotong kecil-kecil. Hiris halus atau blend menggunakan chopper.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah kari dan rempah kurma. Tambah sedikit air dan goreng sampai wangi. Masukkan daging dan masaklah sampai kering. Letak garam dan gula secukup rasa. Sejukkan.

adunan tepung

campur semua bahan dan blend sampai sebati. Masukkan semua bahan dalam jug.

Kaedah memasak kuih

Panaskan acuan cara atas dapur. Api sederhana. Biar betul-betul panas. Sapu minyak pada acuan. Saya menggunakan berus silikon DIY. Tahan panas, mudah dan sapuannya rata. Nak ambil daun pandan hujan. Haha.

Bila dah panas betul, curahkan adunan tepung sehingga 3/4 penuh. Masukkan satu sudu teh daging, tabur daun sup dan cili merah yang sudah dihiris. Tutup acuan dengan menggunakan tutup periuk yang sesuai dengan saiznya.

Agak-agak dah masak, buka penutup dan cucuk dengan lidi untuk keluarkan cara. Ulang sampai selesai.


Selamat mencuba. Jangan mudah putus asa.

You Might Also Like

0 comments