Assalammualaikum & Salam
Sejahtera
Selamat datang kepada pembaca blog
Mamanurins. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi singgah ke blog ini. Saya
perkenalkan diri saya. Nama saya Normila Muhamad. Tahun ni berusia 33 tahun.
Isteri kepada lelaki hebat abad ini En Shafie. Mama kepada dua orang puteri
yang sangat comel dan keletah. Anak yang sulung berusia 6 tahun. Namanya Nurin
Hidayatullah dan yang kedua bernama Nurin Alya Fatihah, 5 tahun.
Saya dan Suami tercinta |
Kiri Alya, Kanan Nurin |
Sekali imbas puteri-puteri saya
nampak macam kembar. Apatah lagi pakaian mereka memang sama atau lebih kurang
sama. Saiz mereka pula memang lebih kurang. Beza usia genap setahun. Mereka
dilahirkan pada bulan yang sama iaitu Januari tapi selang setahun.
Dunia blogging saya bermula sejak
2008. Masa tu tujuan blogging cuma untuk ada blog sendiri sebab semua orang
ada blog waktu itu dan blogging tentang anak-anak dan keluarga. Saya akui
saya memang tidak kreatif langsung. ‘Template’ blog pun sahabat saya yang
tolong ‘customize’ kan. Kebetulan kerjaya saya tidak mengizinkan saya blogging.
Alasan. Pernah ‘private’ kan blog sebab rasakan blog saya sudah tiada
ertinya.
Tapi itu dulu. Sekarang sudah
berbeza.
Blog yang sama tapi gaya penulisan
dan ‘content’ yang berbeza. In shaa Allah lebih matang dan perkongsian yang
lebih bermakna. Di dalam blog ini saya ingin kongsikan kisah hidup saya bersama
insan-insan tersayang dan juga perkongsian gaya hidup sihat kami sekeluarga
bersama Shaklee.
Bukan itu sahaja, saya juga
berhasrat untuk selitkan sedikit ilmu-ilmu tentang kerohanian dan ilmu-ilmu
kehidupan yang saya pelajari. Saya yakin mampu memberi faedah kepada pembaca
semua. Seandainya ilmu yang saya kongsikan berkenaan dengan kerohanian ini ada
salah atau cacat celanya, saya mohon berilah teguran kepada saya yang khilaf
ini. Tujuan saya bukanlah untuk berlagak pandai, tapi menyampaikan sebagai
usaha kecil saya untuk berdakwah.
SHAKLEE
Saya bermula dengan SHAKLEE sejak
2012. Saya ingin lebih sihat dan bertenaga. Tuntutan kerjaya lebih masa,
anak-anak yang sedang membesar, tanggungjawab sebagai seorang isteri membuatkan
saya lesu dan tidak bermaya.
Sahabat saya, Jannatul Fadhilah
memperkenalkan saya kepada SHAKLEE. Penggunaan secara istiqamah membuahkan
hasil. Hasilnya, saya rasa lebih segar, bertenaga dan produktif. Alhamdulillah…serasi
dengan saya.
Kenapa saya perlukan vitamin ?
Boleh lihat SINI
dan
mengapa saya pilih SHAKLEE?
Indahnya dunia SHAKLEE ini sebab ia betul-betul menepati keperluan sihat dan kehendak kewangan saya. Tak kenal tak cinta, dah kenal tergila-gila.
Nak rasa apa yang saya rasa?
Jom sertai saya
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
No comments: