June 2009 - CIK MIL MILA

Sunday, June 21, 2009

Karipap Pusing
10:48 PM 3 Comments
Dah lama aku teringin hendak membuat karipap. Selama ini aku cuma menolong mak saja. Tolong kelim. Akhirnya sampai juga hajat aku. Percubaan pertama. Tidak menghampakan.Sakit pinggang rasanya nak selesaikan. Ha ha..nampak sangat jarang buat kuih. Alhamdulillah. Menjadi juga.
Siap untuk dimakan. Pukul 1pm start membuat. Pukul 6pm baru siap suma. Dapatnya cuma 20 biji aje. Tak pandai bajet. Ada lebih kurang 8 kulit karipap lagi, tapi intinya dah abis. Last-last goreng kulit karipap tu mixed dengan icing sugar. Tak sangka pulak Nurin & Alya suka.
Reading Time:
Selamat Hari Bapa
10:31 PM 2 Comments
Tahun ini merupakan 10 tahun pemergian arwah abahku. Tiada ucapan yang terindah. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. A-Fatihah!

Buat ayah mertuaku...Selamat Hari Bapa. Terima kasih atas kepercayaan, perhatian, doa dan segala-galanya. Ayah da besh!

Buat hubby...Happy Father’s Day dari Ma, Nurin & Alya...

Thank you for being such a wonderful, responsible & lovely father to our kids.

Thank you for taking care of our kids

Thank you for your wonderful cooking

Thank you for the household chores you’ve done all these while

Thank you for cheering us up when we are down

Thank you for everything
Reading Time:

Friday, June 12, 2009

My Feberet Kaler - Hijau
3:30 PM 3 Comments
Nak cerita panjang-panjang malas...tapi nak blogging juga...meh ler cuci mata tengok benda-benda hijau...

Sebenarnya CD kawen aku photographer pinjam. Dah dekat 3 tahun pinjam tak pulang-pulang. Rindu ni nak layan gambar kawen...kalau dh print tu ada la...tak syiok nk scan...

Reading Time:
Haziq Kindercare - Day 9
3:24 PM0 Comments
Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun Nurin masih menangis bila dihantar, tapi perkembangannya positif. Adik Alya biasanya tidak menangis. Nurin memang crybaby sikit,macam mama dia. Ha ha…

Hampir 2 minggu, aktiviti harian kami semacam berubah sikit tunenya. Sebab bila my kids balik mereka Nampak letih. Mana tak nya, bila tiba waktu kami fetch diaorang kat day care tu,Nurin & Alya seronok bermain dengan kawan-kawan. Panjat sana-sini. Lari-lari. Sangat aktif. Balik umah masing-masing kepenatan. Minta air. Lepas tu dua-dua terbaring depan TV. Beberapa kali Nurin tertido masa tengok Barney/Nursery Rhymes/Indahnya Iman kegemarannya.

Bila selesai makan malam, biasanya Nurin & Alya makan main-main aje. Cikgu Eli kata mereka sekarang berselera sangat makan. Tu yang xkisah nak makan kat rumah tuh. Satu kelegaan buat aku. Lepas makan, Hubby akan ajak mereka naik ke bilik tengok siri ulangan Macam-Macam Aznil. Memang Nurin & Alya peminat setia rancangan ni. Siap joget-joget lagi. Aku pula kemas meja makan, basuh baju dan kemas beg sekolah mereka. Lepas tu baru aku mandi dan join the family.

Biasanya mereka tidur awal sebelum pukul 10. Jadi aku and hubby ada banyak waktu bebas sehingga tengah malam. Kadang-kadang hanyut awal juga. Keletihan seharian di opis. Tapi aku perasan, Nurin bangun awal pagi minta susu. Haus anak mama ni rupanya. Bukan sekali, banyak kali. So, dah lama aku tak bangun malam buat susu, sekarang kene biasakan semula. Alya pula tidur memang xingat dunia. Janji ada bantal & selimut dia. Siap tutup muka lagi…

Nanti bila senang aku upload gambar diaorang kat Kindercare ni yea…

Reading Time:

Thursday, June 4, 2009

Day 3 in Daycare
9:49 AM 2 Comments
Semalam hari ke-3 Nurin & Alya di Tadika Islam Haziq. Nurin masih menangis bila di hantar. Ayat yang kuar dari mulut dia mesti ini “ Tak nak gi school”. Adik Alya tak menangis tapi dia asyik mahu berkepit dengan Nurin.

Tanya feedback teacher dia, how the girls is doing. Teacher Najwa cakap Nurin mula-mula aje nangis. Lepas tu dia okey. Cuma Nurin x mau makan. Kalau makan pun 2-3 suap saja. Itu lah masalahnya. Nurin memang tak mahu disuap. Dia suka makan sendiri. Bila balik umah aku tanya kenapa Nurin tak mahu makan. Tahu apa jawabnya..

“Nak mama masak aje..”

Sayu hati aku. Kadang-kadang bila teringat diaorang kat opis hati aku jadi tak senang. Tu yang bila balik umah petang-petang aku sanggup masak untuk Nurin. Resultnya memang dia makan banyak. Nak air tangan mama juga rupanya.

Alya pula makan boleh tahan banyak. Sampai kenyang. Alya memang suka makan. Tengok aje lah badan dia yang debab tu. Berat Nurin & Alya pon beza sekilo aje. Walaupon beza setahun. Tapi Alya belum pandai berkawan. Teacher kata dia mahu selalu berkepit dengan Nurin. Nurin nak main pon Alya x bagi. Naik rimas Nurin dibuatnya –kata Teacher Najwa ler.

Aku faham. Alya memang suka dibelai dan dimanja. Kalau kat rumah babysitter Kak Erah itu, anak nya Mira memang selalu dokong Alya. Manjakan Alya. Memang x berenggang. Kalau Mira tak der Taufik pula yang manjakan. Sebab tu ler Alya jadi mcm tu…tapi kat tadika ni lain. Diaorang lacking personal attention.
Reading Time:

Wednesday, June 3, 2009

Surprise....Surprise...
12:02 AM 2 Comments
Penat betul siang tadi. LDP from Damansara to Puchong is (extra, extra and extra) ordinary jammed. Nasib baik aku naik bike dengan hubby. Itupon tersangkut juga...waaaaaaa..tensennya aku. Selalu kalau dari opis kul 6.10ptg mcm tu before 7ptg aku dah boleh reach umah...tapiiiiiiiiiiiiiiiiii....kul 7.20ptg baru sampai Tadika Islam Haziq...tempat penginapan baru buat anak-anakku...huhuhuhu...macam hotel plak eh...

Sampai-sampai tinggal Nurin & Alya saja. Kengkawannya dia suma dah balik..siannya anak mama...But diaorang tak nangis macam semalam. Semalam...bila nak pick them up..Nurin & Alya both crying...sayunya hati mama...sorry girls...I have to let you stay here...Arghhh..hati mana tak sayu tengok anak kat tadika tu, no personal attention, no freedom, no good food (ice cream, sweets bla bla bla) no – no – no...

Balik umah aku masak sikit.simple...tapi aku tengok nurin banyak. Alya makan main-main. Tak kisahla, janji makan.

After meals, aku kemas kitchen, clear the dining table, buat laundry, sapu lantai and clear the messy toys .Hubby bawa kids naik bilik. Tengok Macam-Macam Aznil.

Then..apa yg surprisenya kannn..kan...

Tu ler...

Bilik masuk bilik...aku tengok kids dah mengantuk sangat. Switch dengan light off, the tv off...and aku took over the duty. Tido kan budak-budak. Hubby kuar gi sedekah duit kat bermacam-macam bank. Then aku pon switch off jugak dengan kids...sebelah lengan kiri Alya..sebelah lengan kanan Nurin...sweet aje kann...

Then apa surprisenya niiiiiiiiiiiiii

Tetiba aku dengar bunyi pintu bilik dibuka. And hubby wakes me up. Dia suruh aku teman dia sidai baju. Dalam samar-samar aku tengok jam pukul 11.30mlm.

“Am I hear it right???”

Sebab selalunya aku yang selalu suruh dia teman since aku ni memang penakot. Backyard kitaorang tu ada sedikit scary sikit...perasaan aku aje...

Then hubby tarik tangan aku. Pastu aku pon bangun ler...mamai...
Tengok kat bawah gelap except ada cahaya tv...Kata nak sidai baju kan..patutnya terang ler...but then I saw something on the table. Macam bunga..but since aku ni memang rabun kan...aku switch on the light. Betul ker apa yang aku tengok ni. But bunga sapa plak tengah 2 malam ada atas meja ni...

Tengok hubby tengah layan dokumentari kat TV1...

Heee...memang bunga lerrrrrr..tok sapa..tuk aku ler....mana ada orang lain dalam umah ni yang boleh menghargai sejambak bunga tu...eh..iya ker..perasan je aku kannn...hehehe..tapi tauuuu...

Tanya hubby

“Bunga ni untuk sapa”...tanya direct aje...tak yah kias-kias

“Tuk ma la...sapa lagi..tak suka ker” melompat juga bila dengar dia cakap macam tuh.

“Suka....tapi kenapa bagi bunga. Ada occasion apa-apa ker..” – bagi ler duit ker kan..leh aku joli sakan..kalau tak pon bg aje credit card leh aku shopping online (dalam hati aje)..hahahaha..sangat tak bersyukur betul ler aku ni. Aku tanya bukan sebab apa, anniversary baru lepas..lagipon we all dah celebrate. Hubby yang belanja. Birthday lambat lagi. So..for what occasion.

“Ye laa..ma kan penat jaga anak, masak ...tuk suma yang telah ma buat”

Macam nak menangis juga masa tuh.. Bukan senang hubby nak cakap macam tu.. sangat terharunya...Well... for what I did, I did because I loves my family.With all my heart...

Pastu aku salam and kiss his hand. No other words. Just THANK YOU.

Note: Tarikh tu bukan tarikh sebenar yer...ha ha..malas ler nk tukar setting camera
Reading Time: