My Girls

9:32 AM

Lama sungguh tak cerita pasal my two girls. Gambar tak der nk attach la. Asik lupa nak transfer

Nurin

1. Dalam percubaan pacifier-free. On 22nd August 2009. Puting Nurin telah di mis place kat umah atoknya kat bangi. Penat mencari sampai kami dah fed-up. Dalam kereta on the way nak menghantar Aisyah (my adik) balik ke KUIS, Nurin berebut puting dengan adik Alya. Sampai keadaan tidak terkawal. Aku jadi hilang sabar. Pastu Hubby dengan kejam telah membuang puting Alya semasa dalam perjalanan pulang kerumah selepas Nurin & Alya bergaduh dan mengamuk kaw kaw. Hubby cakap kat Nurin & Alya no more puting from now. Malam tu kami struggle..menguatkan semangat dan jadi manusia yang paling kejam. Lama juga mereka menangis. TIdo pon jadi tak nyenyak sebab pacifier tak ada!

2. Minggu yang sangat besh buat aku sebab Nurin dah tak menangis bila hantar ke Nursery. Kalau tak asik. ‘nak mama…nak mama..nak salam’. Sebelum ni teacher dia kata kalau menangis pon kejap je. Lepas aku pergi dia dah boleh bawa diri. (Nurin memang pandai berlakon)

3. Kuat makan – bila amik Nurin mesti tanya teacher How Nurin is doing there? Teacher cakap Nurin selera makan. Tengok pipi dia pon dah montel. Pipi jer yang montel. Bila balik umah, aku masak untuk berbuka. Bila dia Nampak aku hiding makanan, dia pon ‘ma, kakak nak makan’. Jawabnya memang kena suap. Berlumba-lumba dengan adik Alya siapa yang makan banyak.

4. Makan suap – Makan suap ni bukan amik rasuah yer. Dulu-dulu sebelum masuk tadika Nurin memang tak mahu makan disuap. Dia suka makan sendiri. Sekarang terbalik. Dekat tadika memang diaorg makan suap. So bila balik umah…memang makan suap. Seronok tengok dia makan. Banyak.

5. Suka main masak-masak. Guna lego. Tapi pakai mangkuk, cawan, sudu, garfu ikea yang kaler-kaler tu. Bersepah umah dibuatnya. Ikutkan aje. Malas nak sekat kreativiti dia. Bear pon dia masak! Part yang paling tak suka bila aku terpijak lego tu kat lantai. Hanginnnn tol.

Alya

1. Macam kakak dia dalam percubaan pacifier-free.Alhamdulillah. Alya tak sefanatik kakak nya. Tapi both can handle it well. Cuma kadang-kadang bila tertido tu terjaga dia dok raba-raba cari putting. Masa tu dia mula la merengek-rengek. I will calm her down.

2. Alya tak boleh diusik. Kalau dia usik memang dia melawan balik. Aku pon selalu kene. Kakak dia Nurin pon selalu cari pasal. Pantang tengok Nurin pegang apa-apa. Alya mesti nak merampas. Ikot perangai sapa ler agaknya eh…

3. Point 3-5 sama mcm kakak dia…

Dah dahhhh….aku kene buat kerja…

You Might Also Like

4 comments

  1. kejap je derang nangis... tp 2-2 parents Nurin n Alya kejam...huhu...sadis2....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. sweetnyer walaupun ade citer yg kejam dan ganazzz hehe

    masz....

    ReplyDelete
  4. rai & masz>terpaksa kejam utk masa depan dia....walaupon sedey sgt terpkasa berbuat begitu

    ReplyDelete