Monday, November 21, 2016

Orang Dewasa Pun Boleh Kena Jaundis- Part 4

Rabu 29hb Jun. 2016. 

Setelah berbincang dengan suami dan doktor yang terlibat, saya perlu menyerah diri ke Hospital Ampang pada hari Khamis. Jadi saya perlu buat persiapan. Anak-anak akan dicutikan dua hari sebelum bermulanya cuti persekolahan sempena hari raya. Saya pula sibuk menyiapkan tempahan Almond London sebanyak mungkin. Walaupun ada yang terpaksa dibatalkan saat akhir. Maafkan saya wahai pelanggan setia. Keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

Suami sudah menguruskan GL untuk kemasukan wad. Saya siapkan baju seolah-olah akan bercuti di hotel. Haha. Malamnya, suami menghantar anak-anak ke rumah mama mertua. Syukurlah masih ada yang boleh menjaga anak-anak. Sedihnya tak terkata tapi tidaklah saya tunjukkan kepada mereka.

Ini baru permulaan bagi segala-galanya.




Terima Kasih Singgah Blog Mila's View Point

Sunday, November 20, 2016

Orang Dewasa Pun Boleh Kena Jaundis- Part 3

Selasa 28hb Jun. 2016. 


Saya mendapat panggilan bertalu-talu dari Klinik Suraya. Lupa saya ter 'set silent mode'. Saya 'return' call balik, Keputusan darah sudah keluar tapi Doktor Suraya sudah mula bercuti raya. Awal sungguh dia bercuti.

"Alamak... jadi siapa nak terangkan kat saya keputusan darah tu?"

"Mana-mana doktor pun boleh puan. Sekarang Doktor xxx bertugas" - saya tak ingat namanya

"Tak apalah. Nanti saya collect"

Saya buka sampul surat dan baca keputusan darah tu. Allahuakbar. Sukar nak percaya tapi itulah hakikatnya. Inilah dia keputusan yang paling teruk pernah saya dapat sejak di 'diagnosed' pada 3 tahun lalu.

ALT: 1200

Balik rumah saya snap gambar keputusan tu dan hantar kepada suami dan Doktor Azam. Doktor Azam merupakan sumber rujukan saya tentang masalah kesihatan terutamanya yang melibatkan kes saya ini. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya lebih jelas tentang apa yang berlaku.

Suami pula forward kepada sahabatnya yang juga seorang doktor pakar SLE.

Tahu apa reaksi mereka?

Secara ringkas, kata mereka, saya perlu ke hospital dengan segera. Keputusan darah sangat membimbangkan dan besar kemungkinan saya perlu dimasukkan ke dalam wad untuk membuat ujian darah sekali lagi, ultrasound dan pemerhatian yang lebih mendalam.

Mulalah saya menggelabah dan tidak tentu arah. Dalam kepala memikirkan bagaimana untuk menguruskan persekolahan anak-anak yang tinggal beberapa hari lagi sebelum cuti hari raya. Paling penting, tentang Nurin Sofea yang masih menyusu badan. Ketika itu dia berusia 15 bulan. Menangis jugalah saya. Belum pernah saya berpisah dengan dia walaupun satu malam. Sedih sungguh!

Jika saya tidak mendapatkan rawatan secepat mungkin, mungkin keadaan menjadi lebih parah. Saya harus lupakan soal berpuasa dan berhari raya. Adalah lebih baik saya mengikuti rawatan sekarang dalam keadaan yang lebih baik dan selesa. Manalah tahu jika saya pulang berhari raya, saya jatuh sakit di mana-mana. Maklumlah usim perayaan hospital mestilah sibuk dan ramai doktor yang bercuti. Kes saya pula agak istimewa dan tidak semua hospital punya doktor pakar . Tidak dapat saya bayangkan situasi itu. Dalam keadaan sekarang pun saya rasa letih, lesu dan tidak bermaya. Penatnya saya lebih teruk dari orang yang berpuasa. Seolah-olah seperti saya berpuasa juga walaupun hakikatnya saya tidak berpuasa.

Selera makan menyusut. Anak-anak seperti hilang semangat berpuasa bila melihat saya lesu tak bermaya. Kasihan mereka. Saya cuba gagahkan diri tapi emosi sememangnya pada tahap yang paling bawah ketika ini. Sofea masih kuat menyusu. Dia juga kurang makan. Lebih banyak menyusu dari biasa. Saya fikir situasi ini buat saya lebih letih.




Terima Kasih Singgah Blog Mila's View Point

Tuesday, November 1, 2016

Orang Dewasa Pun Boleh Kena Jaundis- Part 2

Isnin 27hb Jun. 2016. Tengahari.

Setelah selesaikan menguruskan anak-anak ke sekolah, suami membawa saya ke Klinik Suraya. Kasihan suami terpaksa mengambil cuti kecemasan apabila melihat isterinya ini susah hati. Isterinya ini tidaklah sakit teruk. Dia seperti biasa tenang saja. Jarang melihat dia kelam kabut seperti saya ini. Haha.

Doktor Suraya yang bertugas waktu ini. Benar. Katanya saya nampak kuning. Mata saya kuning. Keseluruhan wajah saya kuning. Beliau mengambil sampel darah saya untuk diuji. Mula-mula cuma menggunakan mesin di bilik prosedur tapi katanya keputusan darah itu agak 'weird'. Ada bacaan yang tak selari dengan bacaan yang lain. Hb saya normal iaitu 12.5. Platlet agak rendah katanya tapi ia bukanlah bacaan yang tepat. Jadi sampel darah yang sama dihantar ke makmal untuk keputusan yang lebih terperinci.

Ok. Saya berdoa semoga keputusan darah itu baik-baik sahaja.

Selepas selesai urusan di Klinik Suraya, sempat lagi kami ke HQ Shaklee untuk 'restock'. Walaupun agak bimbang dengan apa jua keputusan darah tu, tapi saya cuba berlagak seperti tiada apa. Suami saya memang cool orangnya. Dia cuba gembirakan saya. Ikut apa sahaja kemahuan saya. Allah... bersyukur sungguh dapat suami sepertinya. Penyabar dan sangat bertanggungjawab.

Urusan harian berlaku seperti biasa juga. Saya juga masih meneruskan tempahan cookies Almond London dari pelanggan setia. Tempahan perlu siap sebelum hujung minggu ini, Masih banyak yang perlu disiapkan.

Semoga Allah beri saya kekuatan untuk melalui ujian ini. Sentiasa redha dan tenang. Allah uji sebab sayang. Syukur selalu. In shaa Allah.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut tentang Shaklee.

COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit  

























Terima Kasih Singgah Blog Mila's View Point

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...