Set Kurus Shaklee - CIK MIL MILA

Tuesday, February 14, 2023

Set Kurus Shaklee

Sudah menjadi kebiasaan untuk saya setiap pagi menimbang berat badan.  Untuk pengetahuan anda, tak perlu lah menimbang berat setiap pagi. Ianya boleh mengganggu minda anda jika anda dapati tiada penurunan berat badan berlaku. Kadang-kadang berat badan tiada penurunan, tetapi ia adalah 'fat loss'. 'Fat loss' adalah lebih baik dari 'weight loss'. Bagi saya pula, saya menimbang berat setiap hari hanya suka-suka. Jika tiada perubahan positif, saya 'move on' saja. Tiadalah rasa hampa atau 'frust' sebab saya telah lakukan perkara yang betul. Buat Intermittent Fasting (IF) dengan konsisten, makan vitamin yang sesuai, jaga pemakanan dan perlu banyak lakukan aktiviti fizikal.

Ini ialah berat terkini saya pagi ini. Pada 18/08/2022 berat saya adalah 68kg.

Berat pada 14/02/2023


Selain daripada IF, untuk menurunkan badan dengan optimum anda perlu mengambil kira juga pengambilan vitamin. Kenapa kita perlukan vitamin untuk menurunkan berat badan selain daripada IF. IF itu penting, pengambilan vitamin juga penting. Ini kerana, makanan yang kita ambil tak semua nutrisinya diserap dalam badan kita. Kena tahu juga kualiti makanan kita. Kita akan jadi lesu, penat dan terlalu lapar jika badan kita kekurangan nutrisi. Jadi, penurunan berat badan tidak berlaku dengan optimum. 

Kami di Shaklee menyarankan Set Kurus Shaklee untuk tujuan penurunan badan ini. Vitamin apa yang ada dalam Set Kurus Shaklee ini?

  • CINCH Chocolate (Mixed Soy Protein Chocolate Shake)
  • OmegaGuard
  • Lecithin
  • Herblax
  • Vivix 
Set Kurus Shaklee


Set Kurus Shaklee ini adalah gabungan produk-produk dengan nutrisi yang seimbang. Selain IF kita perlukan pemakanan seimbang dan senaman untuk membantu anda menguruskan berat badan dengan berkesan. Produk-produk Shaklee ini disokong oleh sains dan dibuktikan oleh ramai orang yang sudah mencubanya. Ia membantu anda mencapai sasaran berat dengan bijak dan selamat serta mengekalkan berat badan yang ideal secara sihat.

Bagaimana CINCH Chocolate Boleh Membantu dalam Penurunan Berat Badan

Di dalam CINCH Chocolate mengandungi Leusina; Protein Soya dan Multivitamin (20 jenis vitamin dan mineral penting) Leusina ini membantu membakar lemak tanpa mengalami kesan yo-yo. Selain daripada itu Leusina membantu membina dan mengekalkan otot untuk berat badan yang lebih sihat dan badan yang lebih langsing. Jika kita hanya melakukan IF tanpa mengambil kira kualiti nutrisi makanan, berat badan mungkin akan turun tapi ia akan menjadi menggelebeh dan otot menjadi lemah jadi ia sangat penting sebagai salah satu vitamin dalam Set Kurus Shaklee. Multivitamin yang ada dalam CINCH Chocolate ini membantu merapatkan jurang nutrisi. Kurus dan sihat, bukan kurus tetapi nampak lesu dan tidak bermaya.

Omega Guard Mambantu Meningkatkan Metabolisma

OmegaGuard membantu membekalkan asid lemak penting Omega 3 bergred farmaseutikal yang berspektrum luas. Dihasilkan melalui proses penyulingan molekul proprietari tiga peringkat. Asid Lemak Omega-3 sangat dikenali membantu meningkat metabolisma. Ada orang buat macam-macam cara untuk menurunkan berat badan tetapi tidak berjaya. Kemungkinan besar, metabolisma badan mereka rendah. Kenapa rendah? mungkin kerana kekurangan nutrisi. OmegaGuard juga membantu meningkatkan kadar metabolik dan mempercepatkan proses pembakaran lemak. Ia juga menambah baik kepekaan insulin untuk mengawal atur penyimpanan lemak. Bagi saya, walaupun tanpa anda mengambil Set Kurus Shaklee, tetap juga menjadi wajib mengambil OmegaGuard setiap hari untuk kesihatan secara umum. 

Lecithin Memecahkan Lemak Degil 

Lecithin mempercepatkan proses pemecahan lemak.  Jika anda konsisten makan lecithin ia mampu mencegah pengumpulan lemak dan menyingkirkan toksin daripada hati. Lecithin ialah pengemulsi daripada sumber semula jadi kacang soya. Apa maksud pengemulsi? Air dan minyak tidak boleh bersatu, tapi jika pengemulsi ini maka dua benda ini boleh bercampur. Begitulah yang berlaku dalam badan kita. Apabila ia sudah bercampur, makan lemak itu larut dan tidaklah berkumpul menjadi toksik dalam darah. Pernah dengar 'fat reduce fat'? Di mana ianya menjadi pembakar lemak semulajadi. Best kan salah satu vitamin Set Kurus Shaklee ni?

Pencernaan dan Pembersihan Usus Yang Lebih Baik Herb-Lax™ 

Bahan utama dalam Herb-Lax ialah daun senna. Daun senna ini digunakan secara tradisional sebagai laksatif semulajadi. Dipertingkatkan dengan campuran proprietari termasuk daun senna itu sendiri. Ia membantu menggalakkan pergerakan usus untuk membantu proses semulajadi tubuh badan. Ia dikenali sebagai laksatif semula jadi untuk meningkatkan kekerapan pergerakan usus malah membantu menyingkirkan toksin daripada badan. Tiada masalah sembelit, pembuangan lancar, badan menjadi segar dan kurus secara semulajadi. 

Gabungan produk ini dan mengamalkan IF secara konsisten, membuatkan pengurangan berat badan bukannya daripada kehilangan air dan otot kerana leusina yang ada dalam CINCH Chocolate membantu mengurangkan lemak dan ukuran badan sambil mengekalkan jisim badan tanpa lemak. 

Oleh itu, jangan risau berat badan naik semula. Selagi anda konsisten melakukan IF, menjaga pemakanan dengan mengurangkan karbohidrat dan mengambil protein, makan Set Kurus Shaklee dan melakukan senaman anda akan dapat mengekalkan BMI yang normal.

VIVIX Sebagai Booster kepada Set Kurus Shaklee

Apakah Vivix? 


SHAKLEE VIVIX®



VIVIX ialah minuman botani yang lazat diperkayakan dengan campuran polifenol yang sempurna. Ia diperbuat dari Anggur Muscadine iaitu buah yang luar biasa dengan antioksidan yang luar biasa, Ekstrak Knotweed Jepun, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Elderberi Eropah.

 
Anggur Muscadine


Anggur Muscadine


Di antara 8,000 jenis anggur di dunia, anggur Muscadine adalah salah satu anggur terbesar dan jarang didapati. Besar, tebal dan penuh dengan antioksidan, telah menarik perhatian saintis di Shaklee, untuk menjadikannya dalam bentuk minuman yang sihat, juga pekat.

  • Kulit dan Benih yang Tebal = Kuasa Antioksidan
  • Lebih Kromosom = Kuasa Antioksidan Tambahan
  • Polifenol = Kawan Baik Kesihatan Anda


Ekstrak Knotweed Jepun

Ekstrak Knotweed Jepun

  • Tinggi antioksidan
  • Menggalakkan kadar keradangan yang sihat.
  • Membaiki peredaran darah.
  • Menghalang pengumpulan platelet darah.


Ekstrak Lobak Ungu

Ekstrak Lobak Ungu


  • Mengandungi antosianin
  • Menggalakkan penglihatan yang sihat.
  • Meningkatkan keanjalan saluran darah.
  • Mengurangkan keradangan.


Ekstrak Eldeberi Eropah


Ekstrak Eldeberi Eropah


  • Mengandungi antosianin
  • Meningkatkan perlindungan imun.
  • Mengandungi ciri anti-bakteria dan anti-virus.
  • Menggalakkan perkembangan sel normal dan sihat.


Bagaimana Vivix Bertindak Sebagai Booster Kepada Set Kurus Shaklee?


Kajian menunjukkan bahawa polifenol terutamanya reveratrol boleh menggalakkan fungsi hati yang normal. Fungsi hati yang normal sangat penting kerana ia melindungi hati dengan membantu badan mengawal tekanan dalam badan, mengurangkan keradangan (anti-inflamatory) dan bengkak (swelling), serta mengurangkan sel-sel yang mati pada organ hati. Ia juga boleh menyerupai atau seolah-olah menyamar seperti orang yang berpuasa atau pengurangan kalori, yang boleh membantu anda menurunkan berat badan. Polifenol ini menghasilkan hormon yang sama ketika seseorang itu berpuasa atau mengurangkan makan. 
 
Apabila hormon yang sama terhasil, walaupun kita tidak berpuasa atau mengurangkan pengambilan makanan, kita tetap akan boleh menurunkan berat badan dengan syarat kita mengambil Vivix secara konsisten. 

Mengikut pengalaman saya, apabila saya hendak berbuka puasa IF, saya akan mulakan dengan sesudu teh Vivix kemudian diikuti dengan protein, lemak dan sayur-sayuran. Bacaan gula tidak akan meningkat dengan mendadak. Cepat rasa kenyang dan tidak  'craving' makanan yang bukan-bukan. Ia dikenali sebagai 'brain protective' yang mana  ia membantu memelihara otak kita daripada memikirkan tentang makan. Selalunya kalau kita selesai makan, kita tidak akan rasa kenyang terus. Selepas 20 minit baru otak hantar 'signal' kita sudah kenyang. Dengan adanya polifenol ini, ia akan menghantar 'signal' dengan cepat bahawa kita sudah pun kenyang dan tidak perlukan apa-apa makanan lagi. 

Vivix bertindak sebagai anti-diabetes di mana ia membantu meningkatkan fungsi pankreas. Apabila pankreas sihat, metabolisma gula juga akan sihat. Apabila metabolisma gula sihat, sensitiviti insulin juga akan normal. Apabila sensitiviti insulin normal, tiadalah berlaku kerintangan insulin yang boleh menyebabkan kegemukan dan pelbagai penyakit metabolik lain. Ini membolehkan anda menurunkan berat badan dengan mudah.

Polifenol di dalam Vivix juga bersifat anti-angiogenesis. Anti-angiogenesis ini bertindak sebagai agen untuk menghalang pembentukan sel darah baru yang tidak normal (sel kanser atau tumor) berkembang. Jadi, ia membantu mengurangkan risiko kanser.

Untuk lebih informasi tentang Set Shaklee Kurus anda boleh klik link ini Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee

COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya. Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!


WhatApps: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 
 

2 comments: