May 2009 - CIK MIL MILA

Thursday, May 28, 2009

BabySitter
9:32 AM 2 Comments
Hari selasa ari tu aku cuti sebab kene jaga anak-anak. Baby sitter aku hantar anak pompuannya gi kolej. Jiran sebelah umah dia kata nak tolong jaga. Hari Isnin tu aku datang umah jiran tu, dia tak de. Nak tipon xder no tipon. Aisey…aku dah risau mana nak antar anak-anak. Next morning tu aku tengok umah nya memang tak de orang langsung. So aku assume mak cik tu cakap macam kel**g. Geram betul.

Babysitter aku sebenarnya dah preggy 8 bulan. Due 21 June ni. Mula-mula memang plan nak soh jiran sebelah babysitter aku ni. Tapi dah jadi macam ni nampaknya aku kene cari orang ganti. So aku tengah p k p k mana nak antar

Petang tu aku usha kawan-kawan kat area umah sewa lama. Tanya kot-kot ada org berminat nak jaga anak-anak aku tuk 2 bulan. 2 bulan aje sehingga babysitter aku abis pantang. Tapi sedih juga la nak bagi anak aku dijaga orang lain. Sebab Nurin & Alya memang serasi dengan babysitter ni. Namanya Kak Erah.

Ani, my (2nd ex-babysitter) berminat. Dia xkisah. Lagipon dier pernah jaga Nurin sehingga Alya lahir. Tapi dia buat bisnes jual kuih. Sibuk juga la. Aku takot Nurin & Alya ganggu dia buat kuih. Sedangkan aku nak masak pon diaorang sibuk2 kat dapor…

Balik cerita pasal Kak Erah.So far aku amat berpuas hati dengan servis yang Kak Erah bagi. Anak-anak jarang sakit. Balik umah macam biasa aje. Tak ada la nak mengamuk sakan macam dulu (masa tukar 3rd babysitter). Nurin pon rajin baca buku (plus koyak buku), belajar macam-macam sebab anak-anak Kak Erah masih belajar. Banyak belajar new vocabulary sebab berkawan dengan budak-budak besar. Pendek aku aku xpernah mengeluh. Except minor minor things. Aku pejam mata aje..

Bila aku tau Kak Erah pregnant aku memang frust ler…

Tapi tak per la..that is life..people come and go. Bertemu dah berpisah perkara biasa. Fuuhhhh..apsal aku emosi sangat niii..

Aku and hubby dah decide nak anta anak anak kat Taska Smart Reader dalam area taman ni. Fee dia affordable. Aku tengok Nurin pon suka. Ari tu aku lepak lama dengan Nurin & Alya kat situ. Kawan- kawan dia ramai.

Aku berdoa semoga tempat ni serasi dengan Nurin & Alya….Aminnn

Reading Time:

Monday, May 25, 2009

Sabtu 23.05.2009
11:49 AM 3 Comments
Hari sabtu 23.05.2009, pagi-pagi lagi we all dah bangun. Hubby teringin sangat nak wat breakfast. So I allowed him. Menu breakfast adalah seperti berikut:-

1. Cheesy potato
kentang rebus pastu goreng dengan sedikit butter pastu cairkan cheesdale, then taburkan sedikit oregano, parsley & basil

2. Garden salad
Guna pasta yang kaler2 tuh. Kerinting. Ntah apa nama dier pon tatau. Boil sampai lembut.Mix kan je dgn salad, tomato, olive oil plus thousand island dressing..yummy…
Bukan aku and hubby aje yang sedap melantak…nurin and alya pon suka..konon2 cam makan kan Kenny rogers version papa nurins..hehehe..

Lepas breakfast, aku ajak hubby and adik aku (aisyah) gi umah neighbour depan, nak tengok kucing dia. Hubby cakap ada 20 ekor lebih kucing dia…Aku bukanler penggemar kucing sangat pon, tapi mengenangkan nurins tu suka, aku bawa ler. Suka betul diaorang.

Yang tak bestnya jari kaki aku masa tuh kene gigit ngan semut api.abis bengkak.sampai ari ni tak baik lagi…..

Balik umah lepak kat garden..tengok punya tengok…rupanya pokok anggur dah mengeluarkan buah…wahhh..seronoknya…terus masing2 amik handphone nak amik gambar…pastu si nurin & alya pon sibok2 soh amik gambar..




‘ma..nak gambar ma..nak gambar’

Mak usu nurin ler yang melayan…

Ni ler hasil fotografi yang x seberapa tuuu



Cuba tengok betul-betul ...apsal muka diaorang tak seiras langsung dengan aku eh...ni mesti sebab papa nurins lebih dominan kan? kan???

Reading Time:

Monday, May 18, 2009

Nurin & Alya
2:03 PM0 Comments
Nurin

1. Cakap macam bertih jagung. Kadang kadang tak faham langsung dia cakap apa. Time tu aku selalu buat buat faham.Kalau tak nanti Nurin marah. Hahahahha..
2. Susah nak gosok gigi dia. Kena panggil papa amik vacuum baru nak gosok gigi. Itupun sambil menangis. Sebenarnya bila menangis lagi senang. Sebab mulut dia terbuka luas. Cakap pelan pelan dia tak heran
3. Tak nak makan kat baby chair dia. Dia nak join parent dier. Tapi makan berdiri. Kalau duduk camner nak makan kan…
4. Suka sangat menyanyi lagu Baba BlackSheep & Twinkle Twinkle.

Alya

1. Susah nak dengar dia cakap. She really refused to talk.( I assumed). Kalau cakap langsung x boleh faham.
2. Nak gosok gigi pon susah. Tooth brush tu yang dia gigit…
3. Tak nak makan suap. Nak makan sendiri. Tapi kecah satu rumah
4. Kakak nanyi, Alya suka joget joget. Joget tu goyang2 badan, bahu, pinggang & punggung
Reading Time:
13.05.2009 - My 3rd Anniversary
1:47 PM 2 Comments
Alhamdulillah…dah tiga taun rupanya kami hidup as husband & wife, with 2 kids. Masih teringat saat-saat diijab kabulkan. Tak nak cerita lah. Nanti aku emosi lebih2. Tapi anniversary ni aku mintak cuti 2 hari. Boss yang baik hati approvekan cuti tanpa banyak Tanya. Hooreyyyy…

Alkisah-nya. Plan last minute. We all gi Sunway Lagoon aje. Malas nak gi jauh-jauh sebab anak2 kami letak kat umah babysitter. Konon2 macam gi honeymoon ler. Honeymoon apa jadahnya terjerit terlolong kat dalam amusement park tuhh..huhuhuhu…

Mula-mula tu xder la thrill sangat (aku pon dh tau trick suma sebab dah penah pergi). Tapi ntah macamana aku jadi gayat yang teramat plak…We all gi 3 park aje. Takot tak sempat nk perabih dalam sehari. Kalau leh carry forward xper juga. Amusement Park-Water park – Extreme Park. Sangat seronok laaa..

Tak leh upload gambar…sebab banyak gambar seksi meksi..nanti hubby marah…

Yang sebenarnya kitaorg x amik gambar sangat pong. Sebab belonging kitaorg sumbat dalam locker..malas nk carry sana sini..karang masuk dlm kolam nanya aje..

Puas menjerit2 kat amusement park…siap basah lencun lagi dek air sungai buatan ..kitaorg gi water park plak. Alang-alang dah basah, biorler basah trus...seronok btul berendam. Cuaca plak sangat panas.memang sesuai ler. Abih gelap kulit aku, dah ler xpakai sun block (selama ni pon memang xpakai-xreti ler aku)

Dah puas berendam, kitaorg gi extreme park .padahal perut dah nyanyi nyanyi mintak diisi…lapor kemain. Tapi sayang lak nk byr duit locker. 5 hinggit sekali buka. 75 hinggit kali 2 entrance fee x heran plak eh…

Masa kat extreme park kitaorg layan AVI, naik motor 4 roda tuh…leh panjat bukit…masa turun bukit la paling suspense..aku dh terover turn…kaki dah jejak tanah, sikit lg nk tergolek. Nasib baik krew AVI tu tolong…kalau x mau aku kene hempap motor besor tuh…

Pastu hubby nak layan flying fox. Mengah2 panjat tangga setinggi ntah berapa tingkat. Memang tinggi ler…tapi bila tengok tempat nk touch down tu aku jadi seriau…cancel nk join flying fox. Biorler hubby aje..sementara hubby naik, we all cross over jambatan gantung kat situ…Alahai…memang suspense ler…Apsal ler aku penakot benorrr..Half way jer.Pastu patah balik…Tengok cuaca pon macam tak berapa baik..nak ujan…

Penat la nk taip.banyak sangat aktiviti masa tuh…

Esoknya kitaorang layan movie X-Men. Waa..lama btul tak dating ngan hubby camni…

Anyway..untuk Hubby..I love U dear…May our love lasts forever
Reading Time: