Jaundice

5:26 PM

Semalam dengan hari ni aku memang fully occupied. Keje keje keje. Time nak balik time tu la kene create payment to vendor, time tu la nak itu nak ini. Sudahnya pukul 7 baru la keluar office. Nasib baik opis dekat ngan umah.

Ada good news. Dapat niece yang pertama sebelah hubby. Ainul Mardhiah namanya. Tapi kene warded NICU sebab jaundice. Teringat dekat Alya. Dia lagi la dulu kene prolong jaundice.

Masa preggie dia senang aje. Tak banyak karenah. Masa tu kami masih duduk umah flat kat Taman Putra Perdana Puchong. Kerja pulak kat Dataran Sunway, Kota Damansara. Jauhhhhh memangg jauhhhhhh. Mencari rezeki la katakan.

Bak kata mak mertuaku, bahagian masing-masing. Ada yang senang masa mengandung, susah nak bersalin. Vice versa. Aku pulak susah time nak bersalin. 12 jam kat labour room. Tu belum kira time dia bagi ubat untuk buka pintu rahim. Sakit tang tu aje dah 2 hari. Sudahnya kene c-sect juga. Tapi syukur Alhamdulillah. Sumanya selamat.

Alya lepas lahir tak banyak karenah. Asyik tidur aje. Dia kene jaundice bila aku dah discharge. Berulang alik ke hospital. Sebab jaundice dia belum tahap serius sehingga kene warded. Tapi..prolong pulak!

Masa dalam pantang tu, setiap minggu aku ke hospital serdang. Buat blood test dengan urine test untuk Alya. Bayangkan la betapa tegarnya seorang ibu. Aku boleh drive sendiri ke hospital dengan sakit c-sect yang bersisa-sisa tu. Menunggu giliran sorang-sorang. Dari parking area yang jauh untuk ke bilik rawatan. Kalau difikirkan memang tak sangka aku boleh melalui saat sat itu. Allah is Great. Hubby sekali sekala akan teman. Kesian dia asik EL aje.

Kes Alya ni takkan ku lupa hingga ke akhir nyawa. Dua bulan Alya kene jaundice. Dua bulan juga kulit dia kuning, mata dia kuning. Serba serbi kuning. Risaunya Allah aje yang tau. Macam-macam kami usahakan. Susu kambing, bunga sen-sei, jemur cahaya matahari...fuhh...tapi bila dah dua bulan tu, paediatric kata dia allergy breast milk aku.Doctor kata jangan berhenti breastfeed. Teruskan aje.

Masuk tiga bulan, Alya punya kulit jadi putih melepak. Kulit dia putih dan bersih. Syukur pada Tuhan.

Ni hubby dah hint untuk yang ketiga pulak ni...

You Might Also Like

4 comments

  1. aku SUSAH time ngandung, SUSAH lagi time nak bersalin. memang bahagian masing2. nampak sangat banyak dosa

    ReplyDelete
  2. itu ujian namanya iszan...kene la redhda. mana la tahu yg kedua tu nanti dipermudahkan semuanya.aminn

    ReplyDelete
  3. aku plak susah time perut boroi...susah nak wat itu ini...baju, keje, suar suma terlibat dlm kesusahan nih...walopon aku da beratus kali bersalin (melepas), tetap tidak menyusutkan perut aku nih...yg senang plak time nak makan makanan yg sedap2 la kan...hehehe...

    ReplyDelete