Hari Raya Haji 2010

5:15 PM

Syahdunya bila tiba hari raya dan kita terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang. Apatah lagi pemergian ibu hampir setahun. Emak meninggal 21/11/2009. Seminggu sebelum raya haji taun lepas.  Al-Fatihah.

Malam raya langsung tak macam raya. Kat taman ni apalah yang ada. Nak dengar takbir pon kat tv je. Tu pon bukan ada sangat pon. Menu masak raya pon lambat nak digest...men bedal je lah!

Ini lah hasilnya.


Breakfast  pagi raya, brunch, lunch & tea time dengan menu ini. 

1. Nasi Empit
2. Rendang daging
3. Ayam masak merah
4. Kuah lodeh (lontong)
5. Kuah kacang

Pagi raya hubby solat raya di surau kat taman perumahan kami. Dalam tentatif solat mula pukul 8.00am. So kami anak beranak tunggu hubby balik solat baru bersarapan bersama-sama. After makan hubby kelam kabut gi tolong orang surau lapah lembu & kambing korban. 

Petang kul 6pm nya baru beraya ke umah ibu mertua kat bangi.

You Might Also Like

0 comments