Kisah Tentang Peragut Bersiri (Read at Your Own Risk)

9:56 PM

Cerita ini berlaku minggu lepas kot. Tak ingat tarikh dan harinya. Yang pasti ia berlaku sebelum Nurin mengalami kemalangan. 

Hari itu, saya keluar pejabat tepat jam 6 petang kalau ikut jam di 'finger print', tapi jam di handphone sudah 6:10pm. Seperti biasa, dalam kereta saya akan pasang USB yang saya beli di Majlis Ilmu dan saya akan turn on bluetooth supaya mudah saya menjawab panggilan suami atau pelanggan. Sekiranya saya pulang awal, saya memandu dalam lingkungan 70-80km sejam sahaja. Santai dan rileks. Tiada apa yang hendak dikejarkan. En suami mungkin sudah mengambil anak-anak.

Semasa memandu, saya perasan seperti dieekori oleh motorsikal di belakang sebelah kiri saya. Dekat dan rapat sehingga saya boleh mendengar deruan enjin motorsikal itu, sedangkan radio yang saya pasang juga sangat kuat. Rasa tidak sedap hati. Tanpa menoleh ke sisi kiri atau belakang, saya mula menekan minyak. Laluan yang saya lalui sangat lancar, maka membolehkan saya memandu lebih 120km sejam. Dalam hati berdoa semoga Allah menjauhi saya dari manusia yang berniat jahat. Saya kira pemandu motorsikal itu mungkin peragut bersiri atau sesiapa sahaja yang berniat tidak baik.

Rumah saya tidaklah jauh mana, tapi saya memandu laju ingin cepat sampai. Setelah pasti motorsikal itu saya tinggalkan jauh kebelakang, saya mula memandu seperti biasa apabila tiba di kawasan perumahan.

Saya mendapat panggilan dari suami sejurus saya masuk ke persimpangan kawasan perumahan saya.

"Ma, nanti ambik anak-anak. Abang lambat sikit dari Ma ni, Abang nampak Ma kat highway"

"Eh, abang bukan dah sampai ke?"

"Abang on the way ni. Dekat roundabout. Ma bawak kereta laju sangat"

"Err...Mana abang tau?"

"Abang follow Ma tadi dari MEX. Tak dapat nak kejar Ma. Ma laju sangat"

"Larr...Abang ke yang follow ma dekat-dekat tadi?"

"Ha laaaaa...."

Muahahahhahaa...

"Ma ingat peragut bersiri tadi, tu yang Ma speeding tu...."

Tak ku sangka, yang kusangka peragut bersiri tu rupanya suami sendiri.

Moral of The Story...tengok la kiri kanan. 



 





You Might Also Like

4 comments

  1. Kah kah kahhhh!!! Lawak gilaaaaaa..... u ni kan. Hubby sendiri pun dah xkenal. Hadoii..

    ReplyDelete
  2. fara>i bukan xkenal. tp i takot nk tgk the so called peragut tu...

    muahahahaha

    ReplyDelete
  3. Hahaha..suami kejar,isteri lari..
    Bila ketakutan menguasai diri..huhuhu.lawak, serius, ko da buat aku takut kejap...

    ReplyDelete
  4. tyn> berhati-hati sgt. tak sangka suami sendiri

    ReplyDelete