Jerebu 2013 - CIK MIL MILA

Friday, June 21, 2013

Jerebu 2013


Saya mengikuti perkembangan jerebu di Johor dan Singapura dari FB teman-teman sahaja. Nampak sungguh kritikal berbanding tahun-tahun yang sudah. Kali ini berita disampaikan begitu laju kerana kecekapan kawan-kawan meng'update' situasi sebenar.

Kasihan kaum keluarga di Johor. Saya harap keluarga saya di sana menjaga kesihatan, kurangkan aktiviti luaran dan sentiasa makan makanan yang berkhasiat supaya kesihatan sentiasa terjaga. Kalau sudah sakit, susah juga. Cuaca yang panas ditambah pula dengan jerebu.

Jerebu kali ini seakan tidak memberi kesan kepada saya tetapi pagi tadi saya rasa suasana rasa lain macam pula. Ketika memandu ke pejabat, saya melalui laluan Lingkaran Putrajaya. Kiri kanan saya adalah kawasan perumahan yang sedang dalam pembinaan. Ada juga pokok-pokok yang masih terpelihara. Pandangan agak kabur dan sangat terhad. Baru saya sedar yang jerebu sudah tiba di kawasan perumahan dan tempat kerja saya di Cyberjaya. Rasa lemas juga dengan situasi begini. Pernafasan tersekat-sekat akibat bau asap.

Semoga kesihatan kita semua terpelihara.

Saya sempat google gambar-gambar di bawah. Nampak bezanya kan?





Ini gambar kebakaran hutan di Indonesia




Rakyat dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar rumah dan minum air yang banyak.

Ada tips yang akan dikongsikan sebentar lagi. Tungguuu..





No comments: