Pagar Belakang Rumah diPecah Masuk

4:35 PM

Hari Jumaat lepas, sedang saya bersiap-siap untuk membawa sedikit bekalan berbuka puasa ke Masjid Besi, saya terperasan melalui tingkap dapur yang pagar belakang rumah saya terbuka. Rumah kami ni jarang-jarang sungguh pintu terbuka, apatah lagi pagar belakang.

Setelah ditanya, hubby cakap dia memang tidak buka. Terkejut saya!

Sebenarnya kawasan rumah kami ini memang kawasan 'panas'. Acapkali berlaku kes pecah rumah baik di siang atau di malam hari. Pagar tinggi, pagar rendah atau pagar automatik pun tidak terkecuali. Golongan pencuri ini memang ‘professional’. Mungkin juga mereka ada ‘ilmu’ Wallahuaklam.

Hubby agak terkejut. Terpana juga. Kami yakin si perompak itu tidak berkesempatan masuk ke rumah kami. Hubby keluar dan memeriksa pagar yang terbuka. Rupa-rupanya pagar telah dibuka secara paksa. Sedangkan pagar itu sudah pun dikunci menggunakan solex yang berkualiti tinggi.

Bukan itu sahaja, rumah jiran saya mengalami nasib yang sama. Astagfirullah.

Tiada kehilangan berupa harta benda. Tidak yang kami perasan. Alhamdulillah, tapi ia buat kami kurang selesa dengan insiden ini.

Sesungguhnya Allah sebaik-baik penjaga dan pelindung. Semoga zakat kami dapat memelihara harta dunia dan akhirat kami.

Teringat malam tadi, sebelum saya perasan tentang pagar itu, saya terbangun tengah malam tadi sekitar jam 2 pagi. Alya kejutkan saya kerana dia mahu membuang air kecil. Setelah itu kami tidur kembali. Kemudian kami terjaga lagi kerana hujan yang sangat lebat. Tiada kedengaran atau berlaku peristiwa pelik.

Kami tidur lena bertemankan alunan bacaan al-Quran oleh As-Sudays-Shraym.

Kami juga bangun sahur seperti biasa.

Ya Allah, peliharalah kami dari hasad dengki manusia dan syaitan yang direjam.Amin


You Might Also Like

1 comments