Panggilan Misteri dari Pusat Darah Negara

7:22 AM

Ingat lagi tak, saya pernah menderma darah beberapa minggu lepas?

Selasa tengahari, 23hb Julai, 2013 saya mendapat panggilan dari Pusat Darah Negara (PDN)

"Puan Normila, puan ada menderma darah di MMU kan? Doktor hendak berjumpa puan"

"Kenapa ye?"

"Darah yang kami ambil ada masalah, doktor nak berbincang dengan puan. Puan sila datang ke Pusat Darah Negara hari Selasa/Rabu/Khamis. Pukul 8 - 12 tengahari"

"Masalah apa ye?"

"Maaf puan, maklumat adalah sulit. Puan perlu datang ke sini, nanti doktor akan terangkan"

Gulp! 

Saya tahu ini bukan panggilan biasa biasa kepada orang biasa biasa macam saya.

Berderau darah saya. Berdebar-debar. Kelu lidah tak terkata. Air mata sedikit gugur. Orang pertama yang saya hubungi adalah suami tercinta. Padanya saya ceritakan tentang panggilan dari PDN. En Suami tenang, tapi dia menasihatkan saya supaya bertenang dan meyakinkan saya tiada apa-apa buruk yang akan berlaku. Kebetulan dia ada meeting pada keesokkan harinya, maka hari yang sesuai adalah hari Khamis untuk membuat temujanji dengan doktor di PDN.

My brain stop working ! I googled about problematic blood transfusion immediately and I found this link.


Same feeling I had at that moment.

Ya Allah, aku redha dengan segala ketentuanMu.


You Might Also Like

0 comments