Projek Ahad Bersama Anak-Anak: Samosa

10:44 AM

Pagi Ahad yang hening, saya sepatutnya men-COD vitamin kepada customer. Akibat kecuaian dari pihak saya, saya tak dapat menghantarnya walaupun saya sudah bersiap sedia untuk menghantarnya. Saya siap sejam lebih awal. Saya cuai untuk confirmkan date penghantaran. Padan muka saya.

Tak mengapa, tarikh penghantaran sudah di ubah ke minggu ini.

Yang menariknya, pagi ini saya meneruskan projek Ahad saya bersama anak-anak saya. Samosa. Anak-anak dara, maklumlah suka sangat tolong mama di dapur. Kalau mood saya ok, memang saya benarkan mereka bersama-sama menyediakan juadah. Kalau mood not–so-ok, mereka pun sudah faham.

Projek Ahad ini ialah membuat samosa. Intinya sudah siap sejak Sabtu petang lagi. Separuh saya sudah bawa ke rumah ibu mertua (tak sempat nak buat di rumah sendiri)

Lambat juga saya nak recall cara melipat popiah skin menjadi samosa skin. Ye la setahun sekali saya buat, itupun pada bulan Ramadhan. Saya terpaksa memotong popiah skin kepada 3 bahagian.

Ini inti yang sudah siap



Nurin sungguh-sungguh membantu saya. Boleh harap juga. Dia seorang yang teliti.




Alya pun sungguh-sungguh membantu, tapi half way je. Mudah bosan. Sudahnya dia bantu kami makan



Hasil kerja tangan Nurin. Kempis je intinya. Dia kata nanti comot dan tak cantik



Ni sebahagian hasil mama.




Abaikan background rumah saya yang semak tu ya. Yang tu hasil kerja tangan sekeluarga.

You Might Also Like

0 comments