Adakah Buah Pinggang Anda Sihat? - CIK MIL MILA

Thursday, December 12, 2013

Adakah Buah Pinggang Anda Sihat?

 Penyakit buah pinggang atau ginjal adalah kerap dihadapi. Ianya merbahaya tetapi boleh dirawat.

1 dalam 10 orang dewasa di dunia menghadapi masalah buah pinggang.

http://www.childrenshospital.org/health-topics/conditions/p/polycystic-kidney-disease


Apakah penyakit buah pinggang kronik?

Ia berlaku bila seseorang individu mengeluarkan protein berlebihan di dalam air kencing atau mengalami pengurangan fungsi buah pinggang yang ketara. Ini boleh mengakibatkan komplikasi seperti tekanan darah tinggi, kekurangan darah dan keroskan jantung dan salur darah.

Tahukah anda berapa kerapkan penyakit buah pinggang kronik berlaku?

Terdapat lebih dari 500 juta individu di seluruh dunia yang mengalami penyakit buah pinggang.

Apakah sebab utama yang menyebabkan penyakit buah pinggang kronik
  • diabetis (kencing manis)
  • Tekanan darah tinggi
  • Glomerulonephritis (penyakit keradangan buah pinggang)
  • Jangkitan kuman
  • Batu karang
  • Penyakit keturunan

Tanda dan gejala
Ramai orang tidak sedar bahawa buah pinggang mereka rosak sehingga mereka menjalani pemeriksaan perubatan. Ada di antara individu yang pernah mengalami tanda dan gejala seperti berikut:

  • Ketidakselesaan atau rasa membakar semasa membuang air kecil
  • Darah keluar bersama-sama air kencing
  • Perubahan kekerapan membuang air kecil
  • Sakit belakang (bahagian loin)
  • Membuang air kecil dengan lebih kerap pada waktu tengah malam
  • Bengkak pada pergelangan kaki
  • Sembap di keliling mata yang berlarutan, terutamanya pada sebelah pagi

Bagaimana cara untuk mengesan penyakit buah pinggang pada peringkat awal?

Dengan menjalani ujian darah dan air kencing bagi mengesan kesan tanda-tanda berlaku kerosakan kepada buah pinggang.

Apakah akibat jika tidak dikesan awal?
  • Risiko mengalami kerosakan teruk hingga memerlukan rawatan dialisis atau menjalani pemindahan buah pinggang.
  • Risiko kematian disebabkan penyakit jantung

Apakah langkah-langkah pencegahan?

Pemantauan hendaklah diberi keutamaan pada individu berisiko tinggi iaitu:

  • Pesakit diabetis(kencing manis)
  • Pesakit darah tinggi
  • Perokok
  • Berat badan yang berlebihan
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidapi  penyakit diabetis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang
  • Pesakit yang mengalami gejala penyakit buah pinggang lain

Langkah-langkah Pencegahan

Langkah-langkah yang telah terbukti berkesan mencegah penyakit buah pinggang

  • Mengambil ubat-ubatan bagi mengurangkan protein dalam kencing dan melindungi buah pinggang
  • Mengawal tekanan darah
  • Mengawal gula dan kolesterol di dalam darah
  • Berhenti merokok
  • Bersenam
  • Mengawal berat badan

Credit: Bahagian Pendidikan Kesihatan. Kementerian Kesihatan Malaysia

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
ike Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: