Majlis perlantikan Pemimpin Kecil SK Cyberjaya 2014 - CIK MIL MILA

Wednesday, March 12, 2014

Majlis perlantikan Pemimpin Kecil SK Cyberjaya 2014

Lambat pula saya bercerita tentang tajuk di atas. Saya terkejut mendapat jemputan ini kerana Nurin hanyalah seorang penolong ketua kelas. Bukan memandang rendah pada jawatan ini tapi biasanya pemimpin lebih terarah kepada pengawas. Saya melihat majlis ini dari sudut positif walaupun ternampak kelemahan di mana-mana.




Majlis dibuat pada hari persekolahan, yang mana pada sebelah petangnya Nurin ada peperiksaan Bahasa Arab di sekolah agama. Notis pula diberi agak lewat untuk suami saya memohon cuti tahunan. Syukur saya bekerja dari rumah. Bolehlah ke sekolah untuk meraikan majlis ini. 

Berikut aturcara majlis. 


Perasmian dilaksanakan oleh IPD Cyberjaya kalau saya tidak silap. Seronok mendengar ucapannya yang bersahaja tapi penuh info bermanfaat. Secara ringkas, dalam ucapannya dia mengimbau kembali zaman persekolahan kita dengan zaman persekolahan anak kita. Betapa banyak bezanya suasana persekolahan. Paling penting, isu keselamatan sangat ditekankan. Kes culik memang berluasa sekarang ini. Syukur lagi sekali bila saya berpeluang menghantar dan menjemput anak saya  sendiri.



Tujuan majlis ini ialah untuk memperkenalkan secara rasmi ketua dan penolong ketua kelas kepada warga sekolah. Ia juga sebagai penghargaan, supaya pemimpin kecil ini bermotivasi untuk melaksanakan tugas dengan amanah.

Maaf gambar gegar. Huhu.



Kami tidak sempat menunggu sehingga ikrar dibacakan kerana perlu pulang untuk persediaan peperiksaan Nurin di sekolah agama. 

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: