Anak Ikan: Like Father, Like Daughter - CIK MIL MILA

Thursday, October 30, 2014

Anak Ikan: Like Father, Like Daughter

Ni betul-betul anak papa. Banyak juga sifatnya mewarisi papanya. Masa encik suami muda dulu (sekarang dah tua-dah 34 tahun), dia sukaaa sangat ikan, pelbagai jenis ikan baik yang mahal yang murah, yang ada cip, yang ada sijil beranak pernah digilai nya. Bila dah kahwin, dah beranak, mulalah luntur minat itu sebab isteri asyik membebel (read: nasihat).

Sekarang minat itu turun kepada anak-anak terutamanya kakak Nurin. Tak perasan pula kalau minat itu dipupuk oleh suami atau datang sendiri, sebab banyak kali suami ke kedai ikan hiasan dan kami lebih senang tunggu di dalam kereta. Ker sebenarnya Nurin nak ikut tapi takut papa tak bagi. Hehe. Banyak pula menduga ye saya ni. 

Hari ini sekolah Nurin menganjurkan Hari Kantin Darjah 6. Dia minta duit lebih untuk shopping. Tak ada lebihnya kami nak bagi. RM1 lebih. Kedekut? Kalau bagi lebih, lebih pula dia akan berbelanja. Jadi total duit belanja dia hari ini ialah RM3.

Bila menjemputnya pulang, saya terkejut bila dia tunjuk ini.



Ikan? Akhirnya mimpinya jadi kenyataan. Pernah dia suarakan kepada saya tentang anak-anak ikan ini but I am against the idea. Know why? Not easy to take care okeh! Sudahlah ikan tu di packing sebegitu rupa. Mana nak dapat oksigen begitu/ Belum cerita pasal air tu. Entah ada anti klorin ataupun tidak?

Bila dah terlanjur beli, mama nak cakap apa eh? Mama bagi syarat jaga elok-elok. Tu je. Nak marah pun tak berguna kan?

Cepat-cepat balik rumah, saya tukarkan bekas ikan itu. Kebetulan ada bekas tempat letak pokok keladi simpanan saya. Saya isikan air yang sudah dirawat (read: Beyond Water). 



Kami bagi nyawa kecil ini  makan roti wholegrain. Hihi. Barulah saya rasa lega. Kalau tidak tentulah saya tidak senang hati seperi menyeksa nyawa kecil. Semoga Nurin istiqamah menjaga anak-anak ikan ini.


Kenapa perlu dua bekas? Sebab Nurin mahu menghadiahkan kepada adiknya Alya. Sayang dia ye kepada adiknya yang comel tu. Hik hik.

Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: