Jeruk Mangga

4:17 PM

Dah viral sungguh-sungguh dalam FB dan ramai kenalan FB buat dan update. Memandangkan ada beberapa biji mangga atas pokok depan rumah, saya pun nak cuba buat sendiri.  Senang je pon. Sedap atau tak belakang kira. Apa yang pasti hasil pokok yang ditanam sendiri semestinya lebih sedap. Wink wink! Haha

Resepinya kalian boleh Google sendiri. Kat FB pun banyak kan. Yang ni version saya.

Jeruk Mangga (untuk satu balang kecil)



3 biji mangga chukonan - petik depan rumah - suami tanam 
7 biji asam boi - saya memang suka nombor ganjil.
3 biji cili padi - ikut suka lah. tak suka pedas-pedas sangat. Yang penting ada rasa pedas sikit
3 sudu gula - GDM mother kena kurangkan gula
1 sudu kecil garam bukit - bagi kick sikit

Cara-cara

Bila dah petik mangga seeloknya biarkan lebih sehari semalam untuk hilangkan getah mangga tu. Jangan buat terus. Nanti getah tu makan mulut kang! Suami yang ajar la. Saya pun tak tahu sebenarnya. 

Agak-agak getah tu dah tak ada, basuh mangga tu. Mulakan kopek kulit mangga dengan peeler. Senang.


 Rendam dalam air garam supaya tak ter-oksidan. 



Then hiris la ikut kreativiti masing-masing. Saya suka potong macam ni. Nipis tapi crunchy!



Dah siap hiris, rendam lagi dengan air garam untuk beberapa ketika. Kemudian tapis dan masukkan dalam balang. Masukkan bahan selebihnya, asam boi, gula, garam, cili padi. Saya nak bagi dia sebati saya somersault kan balang tu. Ikut style anda lah ye.



Simpan dalam peti sejuk. Ikut la nak berapa lama. Saya 2-3 jam dah mula makan. Hihi. Kena ditekak saya. Alhamdulillah...

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

0 comments