Sakit!

4:36 PM

Tadi saya dengar IKIM FM bersama Prof. Dr.Abdul Latiff Mohamad, Dekan CUCMS. Tajuknya "Halalkah Ubat Anda?- Kesan Memilih Produk Farmaseutikal Secara Tidak Berhemah". Seronok dan sangat bermanfaat mendengarnya. Rasa menusuk jiwa raga sebab terkena betul-betul ke batang hidung sendiri.

Pendekatan Prof ni lebih kepada holistik. Kenapa kita sakit? Tak tahu macamana nak explain sebab tak boleh nak note down kerana saya tengah drive tadi. Yang saya faham, sakit itu adalah anugerah dari Allah, penawarnya juga ialah dari Allah.

Ada terselit sedikit cerita, dari Ibnu Abbas tentang seorang wanita yang sakit epilepsi datang bertemu Rasulullah mohon Rasulullah mendoakan kesembuhan untuknya kerana apabila sakit epilepsi itu datang menyerang, maka auratnya akan terdedah. Maka Nabi Muhammad (SAW) berkata, ‘Jika engkau mahu, engkau bersabar dan bagimu syurga, dan jika engkau mahu, aku akan mendoakanmu agar Allah Menyembuhkanmu.’

Wanita itu menjawab, ‘Aku pilih bersabar.’ Lalu ia berkata lagi, ‘Tatkala penyakit epilepsi itu menyerangku, auratku akan terbuka, maka doakanlah agar auratku tidak terdedah.’
Maka Nabi pun mendoakannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)



Sebenarnya sakit itu adalah laluan mudah untuk kita meraih keampunan Allah, dengan syarat kita bersabar. Mudahnya berkata sabar, tapi untuk melaksanakannya sangat sukar. Semoga saya tetap istiqamah bersabar. Tidak mengeluh dan tetap taat mengabdikan diri kepada yang Esa.

Dan lagi, apa yang saya faham, bila kita ditimpa sakit hendaklah kita redha dan sabar. Tetap beramal soleh dan berusaha untuk sembuh mengikut syariat. Janganlah kerana terlalu mahukan sembuh sehingga kita sanggup mensyirikkan Allah, mengambil ubat-ubatan yang haram dan terlarang. Sedangkan ketika kita sakit, kita sedang dalam proses untuk mendekatkan diri kepada Allah. Untuk sembuh memerlukan proses. Jangan tergopoh gapah mencari ubat magik, sakit hari ini sembuh keesokkan harinya. Sedangkan sakit itu datang pun memakan masa.

Call/whatapps/sms: 019 2250752

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

You Might Also Like

2 comments

  1. sy juga masih dlm ujian diuji sakit ulser kat tekak. bengkak. ujian yg membuatkan kita kembali berfikir kpdNya. sakit mendekatkan kita kpd Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyakkan minum air ye yumida. Air yang bersih. Semoga cepat sembuh

      Delete