SAHM, WAHM & SOHO

4:29 PM

Sejak kebelakangan ini, aku selalu masuk kerja lambat. Selalu bermalas-malasan. Alasan biasa aku bagi pada diri sendiri ialah

1. Kalau datang awal pon bukan terus buat kerja (layan facebook, blogwalking & Sudoku)
2. Datang awal pon balik lambat jugak
3. Datang lambat macam-macam boleh buat i.e masak, basuh baju, sidai baju, kemas rumah etc

Tapi suma alasan ini tak ku khabarkan pada HR. Setakat ini rekod kedatangan diisi secara manual. Nature of business office ni memang tak sesuai untuk log in or log out on time. 24 hrs a day, 7 days a week. Bla bla bla. Yang penting kerja aku siap on time as per schedule. Lain –lain hal aku malas nk amik port. Itu la aku. Selfish.

Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Aku nak cerita pasal SAHM, WAHM & SOHO. Sungguh cemburu melihat kawan,jiran, blogger friend yang memang berstatus seperti yang aku sebutkan tadi. Bila la agaknya turn aku. Sungguh sungguh mahu berstatus seperti itu suatu hari nanti. 

Jemu sudah bekerja dibawah telunjuk orang lain. 

Kenapa? Salary? Satisfaction? Flexibility hours? Damn it. 

Apa kemahiran yang aku ada sekarang ini? Baking? Cooking? Memang ada. Tapi sampai ketahap boleh berjualan ker? 

Aku juga tahu aku sangat mahir dengan satu bidang ini. Apalagi kalau bukan preparation of FULL SET OF ACCOUNT. Mungkin aku boleh bermula semula seperti sebelum ini....


You Might Also Like

3 comments

  1. nice posting keep blogging,.... i am very new in blogging, please and kindly visit my blog,.. thanks a lot... here are top ten tips to stay in good healthhttp://jabrasr.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan mama nurins. Nampaknya kita ni sehaluan. Saya pun dah malas nak keje makan gaji. Jeles sgt tgk org berjaya keje sendiri. Sekarang ni saya baru nak start 'projek' sebagai langkah pertama sebelum jadi WAHM. Saya baru jinak-jinak dunia blog ni. Saya ada anjur 2 pertandingan : "Pertandingan Kasih Ibu Membawa Ke Syurga" dan "Pertandingan Gubahan Cenderahati Pengantin". Jemput la singgah di blog saya... http://aliyadaniel.blogspot.com/

    Hope hasrat kita yang murni ni akan tercapai....

    ReplyDelete
  3. thanks umi aliya ( mcm nama anak ke-2 saya)

    semoga tercapai hasrat kita menjadi WAHM nanti. amin.

    ReplyDelete