Aku ni....orang cerita pasal vocabulary anak,aku po nak cerita jugak! Saja la nak cerita-cerita aje. Setakat ini Nurin yang berumur 3 tahun 4 bulan boleh bercakap dengan lancar sekali. Tapi ada jugak pelatnya. Huruf R suma jadi L. Penat dah mengajarnya.
Tak pe la Nurin, lama-lama nanti pandaila awak kan?
Suka sangat bercerita dan bertanya. Haaa..sampai aku kadang2 hot juga sebab soalan nyer kadang-kadang berulang-ulang. Letihhhhhh nak jawab. Aku selalunya akan ha ah, ha ah aje. Malang la awak Nurin dapat mama macam ni. Huhuhuhu.
Paling best bila aku ambik diaorg ni dari nursery, cikgu-cikgu dia siap cerita apa yang Nurin cerita kat diaorang. Abis rahsia rumahtangga aku diceritanya. Adehhh...tolong la Nurin oit. Cerita je la yang baik-baik aje. Yang keji-keji tu suma tak yah la awak cerita eh...
Cakap macam Nurin bley baca blog aku plak kan.
Meh kita review dua (2) vocabulary Alya pulak:-
1. Nya-mok
Ini bukan nyamuk ok. Maksud nya- GEMUK. Selalunya maksu Aisyah akan suruh Alya ejek papa dia dengan cakap begini
“PAPA GEMUK”.
Tapi tahu Alya cakap macamana?
“MAK SU NYA-MOK”
2. Wu-rus
Ini perkataan lawan nya-mok. Alya selalu sebut
“PAPA wu-rus”
He he he. Semata-mata nak bodek papa dia. Kesian anak aku ni.
Pasni aku nak share lagu-lagu yang dua orang budak comel selalu nyanyi bila balik rumah!
itu la alya... he he he
ReplyDelete