Kereta vs Manusia - CIK MIL MILA

Wednesday, August 21, 2013

Kereta vs Manusia

Saya ada dua orang kenalan yang saya hormati dan kagumi hingga ke saat ini. Seorang mikrobiologist dan seorang lagi seorang doktor. Kami masih berhubungan (secara virtual) Mereka berdua memperkenalkan saya dengan dunia kesihatan. Alhamdulillah, Allah menghantar saya dua insan istimewa ini. Saya berdoa semoga ukhuwah kami tetap berkekalan dan Allah melindungi mereka sebagaimana Allah melindungi orang-orang yang soleh.

Saya namakan seorang mikrobiologist ini sebagai ZZ dan doktor itu sebagai HM. Kedua mereka wanita. Lebih berusia dari saya. Tapi jangan terkejut mereka lebih nampak muda. Mungkin disebabkan oleh pemakanan sihat mereka dan amalan rohani yang mereka amalkan secara harian.

ZZ beritahu ini dalam satu pertemuan pertama yang tidak disengajakan. Secara ringkasnya, ZZ beritahu saya tentang kereta. Semua orang tahu kereta itu perlu ada maintenance secara berjadual. Malah ada meter reading untuk kita tahu bila masa untuk melakukan maintenance itu. Apa akan jadi sekiranya kita tidak mengikuti maintenance secara berjadual itu ? Barangkali kereta itu rosak ketika sedang dipandu, mungkin perlu overhaul sekiranya langsung tidak diselenggarakan, paling buruk jika pendek jangka hayatnya. Itulah tujuan meter, sebagai panduan untuk penyelenggaraan.





Kita lihat pula manusia. Manusia adalah ciptaan hebat Allah Taala.  Tiada tandingan. Tapi manusia tiada meter, untuk dilihat bila perlu diselenggara. Apakah kita perlu diselenggarakan? 

OK. Mungkin kita ada banyak persoalan, yang boleh dijawab sendiri.

Betul kita tiada meter, tapi kita ada otak. Kita tak perlu meter pun, ciptaan Allah sangat sempurna. Tiada cacat celanya. Apa yang perlu kita lakukan, ialah dengan sentiasa menjaga kesihatan. Diri kita amanah Allah. Sekiranya ada sakit sakit, atau simptom-simptom itu adalah adalah 'sign' dari Allah supaya kita sentiasa ingatkan Dia dan mengambil iktibar dan berusaha untuk sihat dan memperbaiki amalan kita. Apa jadi jika tiada 'sign' dan tiba-tiba nyawa kita diambil? Dan saat itu kita belum bersedia menemui pencipta Nya?

Seru saya, sebelum simptom-simptom itu datang, jom kita betulkan niat kita. Kita perlu sihat kerana Allah. Untuk sihat kita kena berusaha makan makanan yang halal, amalkan makanan sunnah dan berkhasiat, malah lebin penting lagi bersihkan hati dari ujub, riak, takbur, hasad dengki dan penyakit-penyakit hati yang lain.

Makan vitamin juga satu usaha untuk sihat. Back to our intention. Kita bukan perlu sihat untuk hidup lama, tapi kita perlu sihat untuk dapat usia yang berkat, untuk pengabdian kita kepada Allah. 

Seorang ustaz pernah berkata, amalkan minum air masak ketika bangun tidur, sebelum bersugi, kerana nabi kita Muhammad SAW melakukannya, kerana enzim-enzim yang baik dalam mulut kita membantu mencuci usus, dan melancarkan sistem perkumuhan. Dia juga menegaskan, jadikan makanan pertama yang masuk dalam tubuh kita setiap hari ialah madu. 

Tips dari suami saya , diturunkan dari ayah mertua saya, sebelum makan madu niatkan begini;

Lafazkan bismillahirrahmanirrahim. Selawat ke atas nabi 3 kali. Diikuti doa ini.

"Ya Allah Ya Tuhanku, aku bermohon padaMu Ya Allah, Engkau bersihkanlah segala kekotoran  zahir dan batin yang terdapat dalam badanku ini. Amin "

No comments: