Percaya tak, sebenarnya tak sesusah mana, betul!! Tak percaya ke?
Terima kasih yang buat saya gigih untuk kitar semula ini, terutama buat biras saya Dalila Idrus, adik ipar saya Hanarisma Idawati dan lebih lebih lagi mohor besar kitar semula Puan Paridah Ahmad atau nama FBnya Ciklilygugu. Jika Allah tidak membukakan hati mereka sharing pasal kitar semula ni, pasti saya pun tidak akan celik mata dan minda.
Bukan susah pun, mula-mula sediakan tempat untuk kitar semula. Saya gunakan laundry room/utility room. Agak messy sikit, tapi masih terkawal. Saya belum ada budget untuk beli container, jadi saya gunakan plastik hitam sahaja. Saya asingkan siap-siap ikut kategori. Kaca, plastic, kertas, kotak tetra pak dan kotak biasa. Saya asingkan supaya nanti masa ditimbang, dia beli ikut senarai harga. Kalau kita campur sahaja, kemungkinan besar mereka akan beli ikut harga pukal yang murah.
Ini koleksi sejak awal tahun.
Saya jual barang-barang kitar semula di sini. Presint 9, Putrajaya.
Model kitar semula saya. Kacak. Awww
Harga yang dibeli. Alhamdulillah.
Baru saya tahu kita boleh kitar semula minyak masak, barangan elektrik terpakai, baju-baju dan banyak lagi lah.
Semoga saya memberi anda semua inspirasi untuk kitar semula.
Kalau jual tin lagi mahal die amik..hehe..contoh, tin susu, tin minuman, tin sardin etc...
ReplyDeleteRumah I xbyk guna tin. Kotak tetra pak ada byk.
ReplyDelete